Sambal Hitam Belimbing Buloh Kali Kedua
Beberapa bulan lepas, dah pernah buat belimbing buloh di entri Pertama kali membuat resipi Sambal Hitam Belimbing Buloh. Buat sambal hitam
belimbing buloh yang tidak berapa pedas. Dan, kali ini mencuba untuk membuat
menu sambal hitam belimbing buloh untuk kali kedua. Ada sedikit perbezaan resipi dengan kali pertama dulu.
Cara memasak
sambal hitam belimbing buloh kali ini, sama sahaja dengan resipi yang lepas. Cumanya,
baru-baru ini petik belimbing buloh di rumah mertua agak banyak. Jadi, kita gandakan
jumlah bebawang dan bahan masak lelain.
Sebelum ini, saya
rebus belimbing buloh tu sampai jadi lembik dan kering. Tapi, kali ini saya
kisarkan belimbing buloh dan rebus hingga kering. Nasib baik eksperimen sambal hitam
belimbing buloh kali ini, masih menjadi walaupun kita kisar kasar.
Nak cepat punya
pasal, buat eksperimen cara baru dengan kisar belimbing buloh. Tapi, sama je
sebenarnya nak keringkan air belimbing buloh tu makan masa juga. Banyak jam gak
ler nak siapkannya. Semalam buat, hari ini baru siap.
Demi nak makan
sambal hitam belimbing buloh. Cepat-cepat siapkan sambal hitam belimbing buloh
tengah hari tadi. Sampaikan makan tengah hari tadi hanya dengan megi asam laksa
je. Tapi,sedap juga makan sambal hitam belimbing buloh dengan maggi asam laksa.
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
terliur plak SA dibuatnya...
ReplyDeletesedap sambal hitam ni..
ReplyDeletedulu arwah mak akak selalu buat..
Sedapnyaa..jual tak.lin?? Nak beli!!
ReplyDeletesaya tak pernanh bua sambal hitam ni..makan pun baru sekali, beli dengan kawan...tapi memang sedap la kan sambal hitam ni..cuma nak buat tu makan masa, berjam-jam..
ReplyDeletealahai meleleh air liur
ReplyDeletesyira suka buat ni..ada resepi dlm blog :D
ReplyDeletememanggil2 rasa...nak kena order jugak ni kihkih kalau ada belimbing pun rasa mcm xterbuat hihi..
ReplyDeleteBanyaknya stok belimbing buloh. Pokok sendiri ke?
ReplyDeletesedap ni kalau makan dengan nasi panas...nyum2..terliur pulak...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com