Lihat Dinosaur Secara LIVE di Dinoscovery by Dinosaurs Live

 

LIHAT DINOSAUR SECARA LIVE DI DISCOVERIA KUALA LUMPUR | Dinoscovery by Dinosaurs Live 



Masing-masing muka excited dan tak sabar untuk melihat Dinosaur di Dinoscovery by Dinosaurs Live di Avenue K Kuala Lumpur. Mummy pun excited sebenarnya, sebab banyak sangat soalan yang bermain di minda, bagaimana tempat ini, besar mana tempat ini, kenapa dalam shopping complex, muat ke?... Ok, dah ! Tak perlu fikir banyak sangat ! Jom ikuti penjelajahan kami sekeluarga....... 



Terletak di Aras 4, atau di kenali dengan Roof Top ! Mummy sangat tak sangka pameran
Dinosaur di Dinoscovery by Dinosaurs Live ini ada dalam shopping mall. Sebelum ini mummy langsung tak tahu menahu tentang pameran ini.

  

Peminat dinosaur! Wajib tau ke Discoveria, sebab ini ialah tempat pertama yang bertaraf dunia jenis interaktif,dan pameran dinosaur di Asia Pasifik.



Dinosaur di Dinoscovery by Dinosaurs Live ini menampilkan pelbagai saiz dinosaur animatronic




Seakan-akan pengembaraan yang sebenar !  Pameran seluas 13,000 kaki persegi ini membawa kami sekeluarga mengembara dan belajar tentang dinosaur melalui 15 tasks yang telah diberikan.


Pengalaman di dalam ini, sangat berharga bagi kami sekeluarga menjelajah ke zaman silam bersama-sama sambil belajar pelbagai ilmu baharu.



Antara ilmu yang baru mummy tahu, rupanya ada bukti kewujudan Dinosour ini di Malaysia. Nak tahu di negeri mana? Di negeri Pahang !



Dinoscovery oleh Dinosaur Live! Direka untuk memberikan pengalaman yang sangat menyeronokkan di mana kami sekeluarga dapat melihat dinosaur yang lebih besar daripada yang hidup bergerak dan mendengar mereka mengaum di habitat mereka. 



Antara tarikan pameran itu bintang ini termasuk Dino Quest, sebuah Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) berdasarkan pemburuan paleontologists memburu dinosaur dan spesimen.



Sempat juga daddy lumba lari tau ! Dengan Tripog Dinosour yang sangat pantas berlari ! Tapi, macamana daddy boleh menang, ye? Musykil..musykil hehe


Ini pula, pengembaraan kami...dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan band RFID yang membimbing kami memburu dan mengesan spesimen berhampiran.  




Setelah tamat aktiviti,kami telah menerima Junior atau Pakar sijil ahli paleontologi di penebusan dan barangan kaunter.




Kami juga amek peluang untuk mengambil bahagian dalam pengembaraan misi menyelamatkan Diplocuses dengan menembak nyamuk.






Antara aktiviti lain kami sekeluarga ialah menggali fosil-fosil di pasir, pengendalian dinosaur, melihat video dinosaur, mewarna dan belajar tentang evolusi dinosaur dengan menganalisis.


Anak-anak juga dapat membandingkan haiwan masa kini seperti ayam dan gajah dengan dinosaur seperti theropod dan sauropod.



Di sini juga terdapat kafeteria, di mana pengunjung boleh menikmati makanan fusion lazat pelbagai minuman mocktails unik dan kopi segar di Kafeteria Discoveria ini. 



Mummy sudah melepaskan ahli paleontologi kami ! Anda semua bagaimana? Jom ke Discoveria. ..



Tiket untuk kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah berharga:-
RM35 bagi rakyat Malaysia 
RM50 - bukan rakyat Malaysia


Tiket dewasa berharga :
RM25 bagi rakyat Malaysia 
RM40 untuk bukan rakyat Malaysia.  


Dinosaur di Dinoscovery by Dinosaurs Live ini beroperasi 10:00-07:00 pada hari bekerja dan 10:00-08:00 pada hujung minggu termasuk sekolah dan cuti umum.



Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran ini, hubungi hotline pameran 03 2181 7218, layari www.discoveria.com.my atau layari laman Facebook Discoveria di https://www.facebook.com/discoveria.kl 
4 comments on "Lihat Dinosaur Secara LIVE di Dinoscovery by Dinosaurs Live"
  1. waahh...!! menariknya..!! anak lelaki tu memang minat Dinasour, tak tahu kenapa.. asyik ulang2 tengok Jurassic World tu.. nanti nak bawa lah depa ke sini.. :)

    ReplyDelete
  2. nampak semua enjoy and hv fun.. harga tiket kanak2 mahal dari dewasa pulak disitu..

    ReplyDelete
  3. best ni.. ritu pergi tp dah malam..seronok pergi bawak budak2 ramai..

    ReplyDelete
  4. Nak bawak Dania 16hb ni...akak amik cuti nak berjalan ngan dia seharian...hehehehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com