Dzal Aidi Cucuk 18 Bulan Imunisasi Terakhir

Dzal Aidi Fiqry Cucuk 18 bulan untuk Imunisasi Terakhir DTP, Polio, HIB - dos tambahan


Dzal Aidi Fiqry genap 18 bulan pada 25 Disember 2015. Pada waktu ini, sepatutnya dah cukup tarikh untuk cucuk 18 bulan (imunisasi DTP, Polio, HIB - dos tambahan). Tapi, mummy tak sempat buat appointment cucuk 18 bulan di Klinik Kerajaan untuk Dzal. Sebab masa cucuk umur setahun, mummy dan daddy bawa Dzal cucuk di swasta. Asalnya, nak cucuk di Klinik Kesihatan Kajang juga untuk cucuk setahun tu. Malangya, umur setahun demam (bulan Jun 2015), biasalah budak-budak nak membesar. Nak tumbuh gigi je demam, nak pandai sesuatu je demam. Mummy pun telefon Klinik Kesihatan Kajang untuk buat appointment lagi sekali. Pihak Klinik berikan tarikh dalam bulan September 2015. Erm....lama sangat tu nampaknya ! Sementara anak sihat walafiat, lebih baik cucuk cepat. Tanggung-tangguh lelama lari masa yang sepatutnya. Anak amanah Allah ! Jadi, terus bawa cucuk setahun di Klinik swasta berdekatan rumah. Kebetulan dos untuk imunisasi umur setahun tinggal 2 je. Rezeki ! 

Umur 18 bulan pun plan nak cucuk di klinik swasta. Sebab tak buat appointment lagi di Klinik Kesihatan Kajang. Cari punya cari..rupanya semua klinik tak ada dos tambahan imunisasi 18 bulan. Stok untuk cucuk 18 bulan ni ada di kerajaan sahaja. Terus mummy buat appointment dengan Klinik Kesihatan Kajang. Dapat tarikh minggu depannya. Alhamdulillah di permudahkan urusan Dzal.

 Dzal Aidi Fiqry Cucuk 18 bulan untuk Imunisasi Terakhir DTP, Polio, HIP - dos tambahan


Bila cucuk anak di Klinik Kesihatan Kajang atau klinik kerajaan ini, memang lama. Tempoh menunggu hingga nak ke cucuk tu biasanya ambil masa lebih kurang dalam 2-3 jam. Kalau Klinik Kesihatan Kajang ini, biasanya 3 jam lamanya. Dzal pula dapat appointment 9 pagi. Memang jam 12 tengah hari lah siapnya. Mummy ambil cuti sehari terus. Senang, tak payah risau rush masuk kerja lambat ke apa. Awal tahun, cuti pun masih ada ! Apa salahnya cuti sehari untuk anak ! Tapi, daddy kerja. Daddy tak cuti. Tu tak kisahlah kan. Daddy pun dah tolong banyak juga tu. Bawakan gi klinik, tidokan Dzal sementara tunggu nombor giliran. Mummy bersyukur sangat dah ni.

Dzal Aidi Fiqry Cucuk 18 bulan untuk Imunisasi Terakhir DTP, Polio, HIP - dos tambahan

Cucuk 18 bulan ini cucuk terakhir untuk Dzal Aidi Fiqry. Dos ini bagi melindungi anak-anak daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis B. Appointment seterusnya, pada umur 2 tahun. Untuk pemberian ubat cacing di Klinik Kesihatan Kajang. Selalunya, mummy tak pergi dah hehehe. Bukan apa, nak check up setiap 6 bulan sekali tu yang rasa payah nau tu. Tak apalah, mummy beli ubat cacing sendiri deworm anak-anak setiap 6 bulan seperti yang disarankan oleh klinik kerajaan yang kami pergi ini. Jangan kecam mummy, beritahu yang korang puye doktor tak ada suruh pun buat gini ye. Mummy pun, bukan memandai nak jadi nurse atau doktor. Semua ini, nasihat dari Klinik yang mummy terima. Apa yang terbaik dan apa yang kami boleh ikut. Kami ikut je. Betul,tak?

Dzal Aidi Fiqry Cucuk 18 bulan untuk Imunisasi Terakhir DTP, Polio, HIP - dos tambahan


Apapun, mummy bersyukur dah lengkap imunisasi WAJIB untuk anak-anak. Imunisasi yang tak wajib tu..rasanya macam tak nak ambil lagi buat masa ini. Kita buat yang PENTING dulu !

Mummy yang kat luar sana, cepat-cepat buat appointment untuk cucuk 18 bulan ye. Sebab stok terhad juga ! Mummy ada baca tentang imunisasi cucuk umur 18 bulan ini akan di tunda ke umur 2 tahun di http://www.sinarharian.com.my/nasional/jadual-suntikan-vaksin-bayi-18-bulan-ditunda-1.447613






 
 
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
5 comments on "Dzal Aidi Cucuk 18 Bulan Imunisasi Terakhir"
  1. alahai.. risaunye r nanti time anak-anak kite..ntah ade lg ke tak dos ni.. sob sob

    ReplyDelete
  2. eh..ada lagi cucuk 18 bulan.. sebab haritu kan kecoh pasal xde dah cucuk 18 bulan..tunggu 2 tahun terus kan... rajin lin set appointment dengan klinik..x terpikir pon dulu

    ReplyDelete
  3. best tengok perkembangan anak2 .. heheh

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak lalui pengalaman hantar anak amik imunisasi ni...rindu plak nak beranak kecik

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com