Buku Cerita #Projek100buku Menarik Untuk Kanak-kanak dan Membantu Ibubapa Mendidik Anak-anak.


#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

Dah lama mummy nak cerita tentang buku yang mummy beli ini. Bahan bacaan kanak-kanak bergambar menarik. Tapi, tak sempat-sempat nak masuk dalam blog. Sempat update dalam facebook dan instagram sahaja.

Mummy sangat gemar beli buku atau bahan bacaan kanak-kanak. Walaupun anak-anak mummy tu masih belum pandai membaca. Tak salah kita ajar mereka selak buku, melihat gambar dan dalam pada tu, kita bacakan sekali imbas pada mereka. Kelak... mereka akan suka dengan buku. Insyaallah.

Buku yang mummy beli ini, ada sebahagian darinya, mummy jadikannya sebagai hadiah kepada anak-anak buah.  Ha !!! Tak payah pening cari hadiah. Belikan buku bergambar ini sahaja ! Anak buah mesti teruja !




Dalam masa yang sama, mummy nak beritahu. Yang mummy juga sedang menyokong Projek#100Buku. Nak tahu apakah Projek#100 buku?  Jom baca seterusnya. .....



Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.

 Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.

* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.

* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.

* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.

* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.

*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.




    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

* harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk









                

Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK dan INSTAGRAM . 

Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.










5 comments on "Buku Cerita #Projek100buku Menarik Untuk Kanak-kanak dan Membantu Ibubapa Mendidik Anak-anak."
  1. first step and a good start untuk anak- anak kan...bagus memperbanyakkan bahan bacaan untuk anak- anak...

    ReplyDelete
  2. sesuai sangat untuk budak2 tadika...

    ReplyDelete
  3. Tq linda... suka cara linda mulakan entri..

    ReplyDelete
  4. nanti nak beli laa dengan ummul.. menarik

    ReplyDelete
  5. ni beli untuk anak buah kc ni, mesti suka sakan dorang ehhe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com