CouponBelanja | Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong

 Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong Melalui CouponBelanja

Jauh perjalanan, luas pandangan. Tak dinafikan orang yang gemar melancong, bercuti dan berjalan-jalan ini luas pengehtahuannya. Mereka dapat banyak pengalaman budaya baru atau melakukan perkara-perkara yang baru dan menghiburkan. Ada setengah orang gemar melawat negara orang lain dan ada juga yang suka melawat negara sendiri. Negara sendiri, Malaysia juga salah satu destinasi yang paling popular. Banyak tempat-tempat yang indah dan menarik untuk diterokai. 


Berbicara tentang tempat melancong dan bercuti ini. Terdapat banyak laman web dalam talian yang menawarkan tempahan penerbangan dan hotel untuk melancong dengan mudah. Selain tawaran menarik, ada juga yang menawarkan diskaun hebat. Tempahan dalam talian ini juga, menjimatkan masa.


Berikut adalah 7  Penempahan Jimat Untuk Penginapan, Melancong dan Bercuti  :- 


CouponBelanja | Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong




1. Menjadi ahli

Menjadi ahli di laman web penerbangan dan tempahan hotel utama juga dapat penjimatan. Kerana kelebihan menjadi ahli ini biasanya kita akan dapat akses  tawaran dan ganjaran bonus ahli. Eksklusif untuk ahli apabila tempah secara dalam talian (online). Ada juga yang tawarankan milage program untuk ahli yang kerap melancong. Layak untuk mendapat status ahli yang berbeza. Contohnya, seperti Platinum Member, Gold Member, Silver Member. Jadi, nak jimat dan nak rewards. Kene mendaftar sebagai ahli bagi yang gemar menempah tiket atau penginapan secara dalam talian (online). Banyak keistimewaan ahli boleh dinikmati.
CouponBelanja | Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong

2. Tempahan Awal VS Tempahan Saat Akhir

Tempahan penerbangan dan hotel 3 hingga 4 hari lebih awal dari tarikh perjalanan juga menjimatkan. Kebanyakan laman web tempahan utama juga memberi pilihan untuk menempah tawaran saat akhir. Kadang-kadang kita boleh mendapat tawaran yang baik bukan sahaja kepada penerbangan dan hotel tetapi juga pada pakej. Seperti tawaran Expedia Last minute deals untuk hotel dan penerbangan untuk harga yang murah. Samada ke destinasi tempatan mahupun antarabangsa.
CouponBelanja | Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong

3. Tempah melalui telefon pintar anda.

Telefon pintar sangat penting, mummy pun banyak gunakan telefon pintar untuk muat turun beberapa aplikasi. Aplikasi sangat penting dan berguna semasa dalam perjalanan juga. Untuk melancong dan bercuti, aplikasi telefon pintar dapat membantu dan pemberitahuan status tempahan penerbangan dan hotel secara serentak. Seperti Expedia, mereka mempunyai aplikasi mudah alih percuma untuk pelanggannya. Setiap penerbangan dan tempahan hotel melalui aplikasinya akan mendapat tiga kali ganda mata ganjaran

Jimat sehingga 50% jika membuat tempahan melalui Ctrip Malaysia mobile app.

4. Semak Waktu Tempahan dan Tempoh Perjalanan 
Sekarang , ada beebrapa laman web pelancongan seperti laman web seperti Expedia Malaysia dan AirAsiaGo  juga kerap membuat promosi dalam tempoh masa yang terhad. Hanya tempah melalui laman web sahaja.  

AirAsiaGo kini ada menawarkan 20% diskaun untuk semua destinasi dari 28 Februari 2016 hingga 30 Jun 2016.

5. Tempah pakej 

Jika kita kira-kira, melancong bentuk pakej adalah lebih menjimatkan berbanding dengan tempahan hotel dan penerbangan secara berasingan. Di Ctrip, ada tawaran pakej percutian promosi. Percutian pakej akan membantu untuk menampung semua kos pergi balik dan juga penginapan.

6. Promosi dari Pihak Bank

Pihak bank juga ada membuat promosi hebat untuk percutian dan perlancongan ini. Contohnya, promosi kad kredit Expedia Malaysia, kita boleh dapatkan tambahan diskaun 10% MasterCard ke atas hotel-hotel untuk penginapan satu malam (minimum).

7. Tawaran harian

Ada juga yang menawarkan tawaran harian. Promosi untuk Hari Ini Sahaja.  Jadi jangan ketinggalan. Jom rebut tawaran yang ada ini.

Perkhidmatan sewa kereta dan tempahan kereta api juga boleh di tempah melalui laman web CouponBelanja. Jangan lupa untuk
lawati 'Perkara yang boleh dilakukan' "Things To Do" di bahagian laman web pelancongan.  Ada banyak tips dan cadangan menarik yang semua perlu tahu !


CouponBelanja telah memudahkan kita. Semua tawaran dari laman tempahan utama secara online ada disana.
7 comments on "CouponBelanja | Jimat Dengan Menempah Pakej Melancong "
  1. boleh try nanti.. hehehe memang suka shooping online

    ReplyDelete
  2. Boleh la nanti nak melancong dgn cuponBelanja

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba ni kalau nak melancong nanti...

    ReplyDelete
  4. Mudah sekarang nak tempah tiket penerbangan, nak dapatkan bonus dan diskaun terkini hanya melalui couponbelanja. Lepas ni serbu couponbelanja lah nak dapat diskaun :)

    ReplyDelete
  5. wahh dah mudah dah sekarang ni dengan adanya coupon belanja!

    ReplyDelete
  6. eh rasanya ada gak dpat email pasal Coupon Belanja ni...hehehe...nak check balik

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com