azlindaalin.com
blogger
Mulai 1 Mac E-Filing Taksiran Pendapatan 2015 Boleh Diisi
March 07, 2016Sudah siap buat E-Filing Taksiran Pendapatan 2015 - Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)
Alhamdulillah mummy baru je selesai membuat E-Filing untuk taksiran cukai tahun lepas (2015). Portal untuk pengisian taksiran E-filing untuk borang BE bagi tahun 2015 telah di buka pada 1 Mac 2016 dan akan tutup pada 30 April 2016, khas untuk rakyat Malaysia yang makan gaji atau bergaji.
Mummy buat taksiran pendapatan tahunan setiap tahun secara online sahaja di https://ez.hasil.gov.my/CI/ Mudah !
Jangan lupa ye semua. Pada yang ada pendapatan tu, isi borang taksiran di E-Filing. Jangan sampai kene tangkap dengan LHDN, kene denda nanti lagi susah. Tak semestinya kita isi, kita akan kene cukai. Banyak pengecualian cukai ada.
Isi.. jangan tak isi ye !
Selain itu, untuk lain-lain kategori tu tarikh tutup tak sama macam E-FIling yang mummy isi. Sebab mummy kategori makan gaji. Isi borang BE sahaja.
Untuk borang yang lain, sila semak keterangan di bawah :-
Tarikh akhir pengemukaan BNCP
Tahun Taksiran 2015 bagi Borang E, BE,
B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti
berikut :-
JENIS
BORANG
|
PENERANGAN
|
Tarikh Akhir
MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2015
|
E
|
Borang Nyata oleh Majikan
|
31 Mac 2016
|
BE
|
Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak
menjalankan perniagaan)
|
30 April 2016
|
B
|
Borang Nyata Individu (Pemastautin yang
menjalankan perniagaan)
|
30 Jun 2016
|
P
|
Borang Nyata Perkongsian
|
30 Jun 2016
|
BT
|
Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja
Berpengetahuan / Berkepakaran)
|
30 April 2016 (Tidak Menjalankan perniagaan)
&
30 Jun 2016 (Menjalankan perniagaan) |
M
|
Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin
|
SAMA
|
MT
|
Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja
Berpengetahuan)
|
SAMA
|
TF
|
Borang Nyata Pertubuhan
|
SAMA
|
* NOTA
- * tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN.
- * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
- * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2015 adalah 30 April 2016. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2016 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2015. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2015 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2016, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2016 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
- Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos
Kesalahan, Denda
dan Penalti
Jenis Kesalahan
|
Peruntukan Di
Bawah ACP 1967
|
Jumlah Denda (RM)
|
Tidak mengembalikan
Borang Nyata Cukai Pendapatan
|
112(1)
|
200 hingga 2,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Tidak memaklumkan
layak dikenakan cukai
|
112(1)
|
200 hingga 2,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Tidak melaporkan
pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
|
113(1)(a)
|
1,000 hingga 10,000
dan 200% atas cukai terkurang lapor
|
Memberi maklumat
tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain
|
113(1)(b)
|
1,000 hingga 10,000
dan 200% atas cukai terkurang lapor
|
Sengaja mengelak
cukai / membantu orang lain mengelak cukai
|
114(1)
|
1,000 hingga 20,000
/ penjara / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
|
Membantu /
menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan
menyebabkan terkurang cukai
|
114(1A)
|
2,000 hingga 20,000
/ penjara / kedua-duanya
|
Meninggalkan negara
tanpa membayar cukai
|
115(1)
|
200 hingga 2,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Menganggu /
menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas
|
116
|
1,000 hingga 10,000
/ penjara / kedua-duanya
|
Tidak menyimpan
rekod
|
119A
|
300 hingga 10,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Tidak memberi
maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM
|
120(1)
|
200 hingga 2,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Tidak melaporkan
pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan
|
120(1)
|
200 hingga 2,000 /
penjara / kedua-duanya
|
Bayaran Cukai Pendapatan
Jenis Kesalahan
|
Punca Pendapatan
|
Peruntukan Di
Bawah ACP 1967
|
Penalti
|
Membayar cukai
selepas 30 April
|
Selain
Perniagaan |
Seksyen 103(3)
|
a. 10% kenaikan
daripada cukai yang kena bayar, dan
b. Tambahan 5% kenaikan atas baki (a) jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir |
Membayar cukai
selepas 30 Jun
|
Pernigaan
|
Seksyen 103(4)
|
Bayaran Anggaran Cukai Pendapatan
(Bagi Pendapatan Perniagaan)
Jenis Kesalahan
|
Peruntukan Di
Bawah ACP 1967
|
Penalti
|
Membayar ansuran
selepas 30 hari dari tarikh ditetapkan
|
107B(3)
|
10% atas ansuran
tertunggak
|
Cukai sebenar 30%
lebih tinggi daripada pindaan anggaran cukai
|
107B(4)
|
10% atas perbezaan
baki cukai sebenar dengan anggaran cukai yang telah dibuat
|
Semoga entri mummy hari ini, mendatangkan manfaat untuk semua. Mummy dah siap E-Filing untuk diri sendiri. Sekarang, masa untuk siapkan dokumen E-Filing untuk ofis pula. Akauntan dah bagi dateline tu. Kene kejar yang sana pulak !
Sumber :- HASIL
3 comments
alahaiii...tak buat lagi la...
ReplyDeleteAllhamdulillah... memang sgt membantu....
ReplyDeletelom sempat buat!
ReplyDeletein shaa Allah minggu depan la.
ada free skit.
Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -