Amanah Kami !

Anak amanah kami | Yeay..Jumaat dah hari ini. Tak sabar tunggu weekend. Ada aktiviti untuk anak ke weekend ni? Oh..perkara wajib hoi ! hehehe. Tak kiralah penat ke idak ke. Aktiviti untuk dak 2 ketul mesti ada. Dah amanah kami dariNYA kan ! 

Dak 2 ketul ini kan..kalau tahu mummy cuti. Mesti macam-macam ragam bila duduk dalam rumah. Mummy ni, kadang-kadang malas nau nak bawa turun anak-anak main kat playground bawah rumah. Biasalah weekend tu lagi best kalau dapat renggangkan pinggang sambil baring-baring depan tv bersama anak-anak.

Amanah Kami !

Tapi, anak-anak mesti boring dengan environment sama je duduk dalam rumah. Mesti nak main kat playground dan ambil angin luar. Oleh kerana itu kesukaan mereka. Mummy mengalah ! (kali ini je lah ye..lain kali, kene tunggu ada daddy)

Amanah Kami !


Nak tak nak, mummy kene paksa merajinkan diri juga bawa anak-anak main bawah rumah. Main buai, main lari-lari, main kejar kucing, kejar burung dan macam-macam.

Allah, seronoknya melihat kegembiraan di wajah mereka itu. Anak-anak syurga,,,amanah kami ini. Tanpa mereka, mesti kehidupan mummy dan daddy sunyi sepi.

Memang akui, adanya mereka berdua,,,mummy sukar mendapatkan masa sendiri. Ada mereka, mummy jadi insan yang paling sibuk sekali. Banyak masa mummy di penuhi bersama anak-anak. Nak mandi pun, mereka dok ketuk pintu bilik.. kadang nak melepaskan hajat pun mereka nak masuk sekali dalam tandas. Adesss..memang tak ada privasi tau , korang ! hahahaha.

Amanah Kami !

Huru hara mummy kekadang..tapi, bila fikirkan balik. Esok semua dah besar, semua dah ada kehidupan sendiri. Mesti mummy rindui saat-saat ini, yang tak boleh di ulang lagi. Huhuhu...mummy pula, akan semakin tua dan tua.....Entah la..entah lama ke tidak hidup di dunia ini. 




6 comments on "Amanah Kami !"
  1. Morning mummy..
    yela btl laaa...kenangan bersama anak² adalah sgt bernilai..
    Doakan nieyl one day pun dapat rasa apa yang mummy rasa okey.. :)

    ReplyDelete
  2. samalah kita.. hari minggu malas jer nak keluar tapi kesian kat anak kan, bawak jugak dia jejalan...

    ReplyDelete
  3. gambar last tu cam posing model kanak kanak.. comel.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  4. suka la kan diorang leh kuar jalan2..

    ReplyDelete
  5. Amanah dan anugerah Allah utk kita sbg ibubapa..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya..msuka diorang main kat Taman kan...setuju Anak amanah Allah...sebab tu kena jaga Betul2

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com