Resepi Mudah Cucur Bilis dan Cucur Bawang

Resepi Mudah Cucur Bilis dan Cucur Bawang - Musim hujan dan musim sejuk-sejuk. Cepat sangat perut lapar. Dan tekak ni pula nak makan benda pepanas je. Godek dapur, jumpa tepung gandum. Maka, terlintas nak buat Resepi Mudah Cucur Bilis dan Cucur Bawang atau mummy sekeluarga panggilnya dengan nama jemput-jemput. 

Malam sebelumnya tu, daddy dah nak masakkan Cucur Bilis dan Cucur Bawang tapi dia tak jumpa pula tepung gandum. Mummy ni semenjak berbadan dua. Jam 11 malam je dah macam tak larat. Memang baring sahajalah memalam macam tu. Nak carikan tepung kat dapur pun tak berdaya.

Keesokkan harinya, pepagi bila badan dah cergas. Terus mummy cari tepung gandum. Elok terletak je kat rak tu ha. Hehehe

Resepi buat Cucur Bilis dan Cucur Bawang ini memang mudah. Style mummy memang mudah dan ringkas je.


Resepi Mudah dan Ringkas Cucur Bilis dan Cucur Bawang


Tepung gandum
Air 
Sedikit garam
Ikan bilis siap cuci belah dua
1 biji bawang
Minyak masak


Resepi Mudah Cucur Bilis dan Cucur Bawang

Cara Buat Cucur Bilis dan Cucur Bawang


1. Panaskan minyak masak
2. Campurkan tepung gandum, garam dan air. Ikut kesukaan. Mummy suka bancuh lembik sedikit. Tapi tak lembik sangat. Daddy pula suka bancuhan tepung pekat sedikit sebab nak rasa yang kenyal-kenyal
3. Mummy bahagi dua masa masak, sebab tak suka bawang. Maka, ada 2 bancuhan cucur . Iaitu cucur bilis dan bancuhan cucur bilis sama bawang.
4. Dah siap bancuh, terus menggoreng dalam minyak panas tadi.
5. Mummy sukakan cucur nipis-nipis. Jadi mummy letakkan 1 sudu besar setiap 1 cucur tu.
6. Balik-balikkan cucur hingga nampak kekuningan.
7. Angkat.

Siap masak, mummy makan sama sos cili. Memang peberet jemput-jemput bilis cicah sos cili. Dzal pula suka cicah gula. 
1 comment on "Resepi Mudah Cucur Bilis dan Cucur Bawang"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com