SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

Zaman sekarang, zaman IT. Semua informasi hanya di hujung jari termasuklah semak keputusan periksa anak-anak. Memang mudah cara begini, cepat pun cepat,kan? Bukan mudah pada pelajar, tetapi memudahkan ibubapa melihat sendiri dengan cepat keputusan periksa anak-anak. Sistem ini di panggil SAPS. Apakah SAPS ini? Ha...jom kita baca tentang SAPS pula.

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

 

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE

 

SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !


Apakah SAPS

SAPS adalah satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak. Sistem SAPS Ibu Bapa yang direka ini membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Ibu bapa perlu berjumpa dengan guru kelas dan ini agak memakan masa dan tenaga.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.
 

CARA MENGGUNAKAN SISTEM SAPS



Untuk memeriksa secara online sila klik di sini  SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Ada 3 langkah sahaja di perlukan untuk masuk ke sistem SAPS :-
1. Masukkan No Sijil Lahir / Kad Pengenalan 
2. Pilih sekolah rendah atau Menengah
3. Tahun peperiksaan 


SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !

Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
Mummy suka dengan pendekatan teknologi sebegini, anak-anak pun tak boleh buat surprise result exam pada mak bapa dah. Hehehe. Silap haribulan, mak bapa yang kasi surprise pada anak !

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

3 comments on "SAPS SEMAK KEPUTUSAN PERIKSA ANAK SECARA ONLINE !"
  1. Sekarang ni semua di hujubg jari je

    ReplyDelete
  2. Mak2 ayah2 dah boleh semak sendiri ..tak perlu susah2 nak ke sekolah lagi sebab dlm sistem ni dah tercatat semua keputusan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com