Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove Kajang

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove  - Alkisah hujung minggu kami yang macam-macam hado. Memang orang kata sibuk nau la hujung minggu kami tu ha. Dengan gigi geraham Dhia sakit apabila tergigit makanan. Mengadunya dah beberapa hari. Tapi, kami ambil keputusan untuk bawa DHia ke dentist. Selepas balik dari kenduri kahwin cousin. Tak tunggu apa dah...terus ...ke Klinik Gigi TTDI Grove. Satu-satunya Klinik Gigi di kawasan kami yang buka hingga ke malam.

Tapi, petang dari kenduri terus bergegas ke Klinik Gigi TTDI Grove. Kami tak tunggu malam baru nak bawa. Pada awalnya...Dhia excited nak ke Klinik Gigi. Sebab, mummy pernah bawa Dhia ke Klinik Gigi Dr Pinky Kajang Perdana juga untuk scalling gigi mummy.


Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove


Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Main-main dulu, sementara tunggu doktor panggil untuk turn Dhia Batrisya.

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Boleh berehat sambil tonton tv juga ! Ni yang sangat menarik, ni !

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Bilik rawatan pergigian. Gambar gegar vaganza tu saje je mummy kasi gegar hehehe...

Apabila nama Dhia di panggil. Dhia dulu yang meluru masuk ke bilik ini. Tahu-tahu, dah siap duduk atas kerusi dah. Excited !

Doktor pun puji..baiknya Dhia ni. 

Sekali...bila dengar macam-macam bunyian. Terus Dhia menangis ketakutan.

Adoi...gigi geraham awak tu, dah la banyak yang berlubang. Tapi..paling teruk tempat yang Dhia mengadu sakit setiap kali makanan masuk. Geraham bawah sebelah kanan.

Pujuk punya pujuk...tak berjaya nak pujuk Dhia tampal gigi.

Cas pemeriksaan di kenakan sebanyak RM10.

Nak Bella Teman, Tampal Gigi ....


Malam tu..Dhia janji nak tampal gigi gerahamnya. Dengan syarat, Dhia nak bawa sepupunya Bella dan nak shopping coklat banyak-banyak.

Daddy pun setuju dengan deal Dhia. Malam tu juga, ke rumah Bella untuk temankan Dhia.

Dalam pada ketakutan dan nangis-nangis. Dhia akur juga. 

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Alhamdulillah gigi geraham bawah sebelah kanan Dhia siap di tampal ! 

Kenapa tak cabut,je ? Sebab doktor kata, gigi geraham budak lambat tempoh untuk keluar yang baru. Biasanya, gigi susu sebelah depan yang akan cepat tukar dengan gigi kekal.

Jumlah kena bayar tampalan gigi anak di TTDI Grove ialah sebnayak RM50 untuk satu gigi.
8 comments on "Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove Kajang"
  1. Alahai....kecik lagi ha dh tampal gigi...seriau mamalong dgr...terus ngilu gigi

    ReplyDelete
  2. Murah la tampal gigi... ni mesti suka makan coklat ni... hehe

    ReplyDelete
  3. Bagusnya boleh bertahan. Good girl Dhia. Between rm 50 tu rasanya ok lah kan..

    ReplyDelete
  4. Good girl Dhia.. bukan senang tau nak pujuk anak-anak nak ke klinik gigi. Klinik pun macam best.. selesa kan..

    ReplyDelete
  5. pujuk-pujuk akhirnya pergi juga dhia ya....
    nak berteman upernya..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com