Showing posts with label dentist. Show all posts
Showing posts with label dentist. Show all posts

GIGI GRAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH - Beberapa hari dah.. mummy sengsara dengan sakit gigi geraham bongsu. Rasa macam nak makan orang pun, ada tau! Sakit yakmat plus yut yut tu.. Perghhh! Dari sehari ke sehari nak pi jumpa dentist. Tapi tak p jumpa. Sebab? Banyak nau kerja hahaha. Salah satunya projek dapur tu ha.

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH




So, Selasa baru ni, terus tak nak delay. Terus call klinik gigi dan buat appointment 1 jam dari tempoh call. Yes! Dapat slot. 



Kalau cerita bab klinik gigi. Tempat yang biasa mummy pergi adalah Klinik Pergigian Ain di Sunway Kayangan. Best sini, sebab parking senang, environment klinik tenang dan selesa. Doktor gigi pula merupakan owner klinik gigi, Dr Ain. 


Tapi, kali ini, mummy tukar angin ke Klinik Gigi Mrs Wong and Partners di Subang Perdana. Sebab tak nak hadap jem petang. Subang Perdana ni pekan kecil dalam area rumah mak mummy. So, kalau nak balik, 5 minit je sampai! 

1st try, ke klinik ni.suasana ok juga, doktor pun baik-baik. Sini ada 3 doktor. Mummy dapat doktor gigi perempuan muda. Masa masuk check gigi, doktor gigi kata gigi geraham bongsu mummy ni dah goyang. No choice, memang kena cabut. Lagi pun gigi tu dah pernah tampal. Agak susah juga dulu nak tampal sebab dalam sangat.

Mummy memang plan cabut juga. Malas nak simpan gigi macam tu. Tambahan pula geraham bongsu yang tak rajin pakai. 

Cuma, gigi geraham bongsu ni. Semua orang tahu, nak tumbuh pun SAKIT gila!

Apatah lagi, nak CABUT?

Insyaallah, mummy dah kumpul kekuatan. Dari nak tanggung sakit tu kan. CABUT JE lah! Nanti kalau sakit telan la pa pe ubat. Ye dak?

BERAPA HARGA CABUT GIGI? 


Harga cabut gigi Geraham Bongsu kat sini RM150. Sebab doktor kata memang susah sket la gigi geraham bongsu ni. Bius pun pakai 2 jenis bius. 

Tak silap mummy, Klinik Pergigian Ain murah sedikit kalau cabut gigi. Tapi, tak pasti bab gigi geraham bongsu. Anak-anak je pernah cabut gigi geraham kat sana.

Tapi, menang is jugaklah. Belum cabut pun dah nangis haha. 

So, berbalik gigi geraham bongsu mummy tu. Sakit ke tidak masa cabut gigi? Of course lah tak sakit. Sebab dah bius kan. Tapi kepala goyang lah. Hehe keras yarabbi gigi geraham bongsu mummy.

Lepas cabut tu, nampak lah ada 4 akar. Tapi dua akar lagi tu, bersambung. Besar sket lah akar tu, sebab bergabung.

Gambar gigi mummy tak amek, sebab takut terasa sakit pulak. Biasalah law of attraction kan. So, nak avoid negative vibe rasa sakit. Tak nak amek gambar dan tak nak simpan hehe.



Lepas 30 minit cabut, doktor arahan mummy makan paracetamol yang di bekalkan. Tapi lepas 30 minit tu, Allahuakbar azab beb! Berjurai air mata, sakit nyut nyut dia makan sakit!

Erm, lama juga lah sakit.. Rasa paling sakit tu nak reda. Dalam 2 jam sakit reda dan dalam 2 jam juga darah hampir stop!

Sakit nyut nyut geli geli manja. Masa ada dalam 2 hari tapi, tak ada sakit gila sangat lah. 



So, dah lega dah harini.. Tinggal nak tunggu gusi recovery. Doktor kata dalam 2 minggu macam tu. 

Doktor cadangan implant atau letak gigi lain. Erm. Malas lah banyak-banyak gigi. Belah belakang banyak-banyak gigi tak bagus sebenarnya. Lelagi geraham bongsu. Function dia tak banyak, malah boleh banyak kan bakteria dan menyebarkan gigi berbau.


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy

Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy - Hambik ! Banyak betui la gigi kami ni nak kena buat. Ni merupakan aktiviti tertunda untuk Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy. Untuk mummy, lama bertundanya dekat hampir 1 tahun tak scalling atau cuci gigi. Bukan cuci berus gigi ye. Berus gigi tu wajiblah hari-hari buat. Scalling ni, sepatutnya 6 bulan sekali. 


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy



Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy


Untuk Dhia just few months je tertunda. Sampai Dhia cakap tak tahan sakit, barulah maknya ni lelaju bawa ke jumpa dentist. Dah sekali, datang jumpa dentist tu, sekali harunglah mummy buat scalling dan filling. Geraham bongsu mummy tu pecah banyak, lubang pun besar. 

Kalsium semakin kurang, nampak tak di situ...kena sedarkan diri hakikatnya tua dah menjelma hehehe.

Tak amek kalsium ke? Erm...wajiblah amek, mummy ni peminat susu tau, pil OSTEMATRIX pun ku bedal juga. Kalau langsung tak amek, mau kerepot terus kot tetulang ni ha.

Okay berbalik kisah kami jumpa dentist, kami pi klinik pergigian yang kami selalu pergi. Doktornya lembut, tak sakit dan ngilu peralatan yang di gunakan. 

Mummy ni sebenarnya, memang sangat penakut jumpa doktor gigi. 

Mungkin kecik-kecik sekali sekala je, p jumpa dentist. Sebab tu la, kot faktor ketakutan tu menebal sangat.

Dhia tu pun, masa 1st time macam apa jumpa dentist. Sekarang? Erm...wat relax, wat cool aje haha. 


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy


Total damages untuk tampal 2 gigi geraham Dhia RM120, gigi mummy pulak total RM270 (gamabr resit tak hado, ntah mano lah hai.

Mahal juga, tapi servis tip top. Tak sakit, tak ngilu. So, memang suka repeat buat gigi kat sini. 

Dan, paling best sebab laki yang bayar hahaha.

Anyway, thanks hubsbaby..love u till the moon and back !

DAH TAK ADA DRAMA DI KLINIK GIGI LAGI !

DAH TAK ADA DRAMA DI KLINIK GIGI LAGI ! Tahun lepas, Dhia Batrisya ke klinik gigi. Hrmmm..macam nak give up dah kami laki bini. Rasa macam, tak nak bawa gi ke klinik gigi lagi. Oleh kerana, gigi Dhia sakit dan 4 gerahamnya berlubang. Maka, tahun lepas ...nak tak nak.. kena jugalah bawa. Kisah tahun lepas, boleh baca di http://www.azlindaalin.com/2017/04/gigi-geraham-dhia-sakit-kena-tampal-di-klinik-ttdi-grove-kajang.html?m=1

 

DAH TAK ADA DRAMA DI KLINIK GIGI LAGI


Tahun lepas, tampal gigi Dhia yang sakit je. Lain-lain tu, hold dulu. Sebab tak sanggup nak tengok drama babak Dhia kat klinik gigi. Tahun ni, gigi Dhia sakit lagi. 1 geraham yang berlubang tu sakit dah. Hrm..ada ke DAH TAK ADA DRAMA DI KLINIK GIGI LAGI ? Yezzzaaaa...DAH TAK ADA DRAMA DI KLINIK GIGI LAGI. Syukur alhamdulillah, Dhia Batrisya dah okay jumpa dentist !


Dr Ain ni, pandai ambil hati Dhia Batrisya. Sampai kan, Dhia langsung tak takut dan tak nangis

Kali ni, proses mencuba juga. Oleh kerana mencuba....1 geraham Dhia je yang di tampal.

Untuk gigi lain, akan di tampal pada next visit.


 Muka happy dapat macam-macam hadiah dari Dr Ain. Iaitu, dapat ubat gigi, berus gigi, pensil, pemadam


Sekampung weiii datang tengok Dhia. Hehehe kot kot lah, takut Dhia mengamuk dalam bilik.

Macam tahun lepas...tangan daddy pn kena gigit !

Kali ni, mummy bawa Dhia ke Klinik Pergigian Ain. Mummy dan daddy dah pernah ke sini juga. Boleh baca di SINI


SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM

SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM. Jumpa doktor gigi adalah aktiviti wajib  mummy lepas berpantang. Biasanya ngam-ngam abes pantang. Sebelum masuk kerja, mummy dah pi jumpa doktor gigi dah. Sebenarnya sebelum bersalin, masa mengandung tu dah buat check up gigi. Tapi, waktu mengandung tak boleh nak buat servis macam tampal gigi ataupun nak cabut gigi. Demi baby tersayang dalam perut tu.


SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM.


SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM

Masa mengandung tempoh hari mummy buat rawatan di Dr Pinky Kajang Perdana. Lepas pantang kali ini, mummy buat rawatan SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM.



SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM

Best buat treatment kat sini. Tak sakit pun bila gigi kena scalling. Bersih pulak tu doktor Ain ini buat.

Tampalan gigi pun lembut je dia buat, mummy ni sejenis yang tak tahan sakit. Kalau korang spesis macam mummy, boleh lah ke Klinik Pergigian Ain ni.

SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAMSelesai buat scalling gigi dan tampal gigi. Bila mengandung ni, masalah gigi lah yang paling macam-macam yang timbul.

Gigi pecah lah, tampalan gigi pecah lah. Apapun, dugaan yang datang tu..kita kena redha. Mak tak ada gigi pun tak pe, nak. Asalkan kandungan dalam perut tu cukup kalsiumnya. Tariklah kalsium mummy ni bebanyak. Hehehe.

Jangan cakap mummy tak consume kalsium tau ! Ostematrix, susu semua tu mummy amek, ye !

Siap buat scalling dan tampal gigi. Doktor gigi hadiahkan mummy satu bungkus ubat gigi, ubat kumur-kumur. Seronok buat treatment kat klinik gigi ni. Macam-macam benda free dapat hehe. Banyak pulak, tu !


SCALLING DAN TAMPAL GIGI DI KLINIK PERGIGIAN AIN SEK U9 SUNWAY KAYANGAN SHAH ALAM

Total damage untuk scalling gigi dan tampal gigi ialah RM270.00 tak boleh claim kat company pun. Claim kat poket suami je hahaha.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang klinik gigi ini, layari atau hubungi :-

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove Kajang

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove  - Alkisah hujung minggu kami yang macam-macam hado. Memang orang kata sibuk nau la hujung minggu kami tu ha. Dengan gigi geraham Dhia sakit apabila tergigit makanan. Mengadunya dah beberapa hari. Tapi, kami ambil keputusan untuk bawa DHia ke dentist. Selepas balik dari kenduri kahwin cousin. Tak tunggu apa dah...terus ...ke Klinik Gigi TTDI Grove. Satu-satunya Klinik Gigi di kawasan kami yang buka hingga ke malam.

Tapi, petang dari kenduri terus bergegas ke Klinik Gigi TTDI Grove. Kami tak tunggu malam baru nak bawa. Pada awalnya...Dhia excited nak ke Klinik Gigi. Sebab, mummy pernah bawa Dhia ke Klinik Gigi Dr Pinky Kajang Perdana juga untuk scalling gigi mummy.


Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove


Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Main-main dulu, sementara tunggu doktor panggil untuk turn Dhia Batrisya.

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Boleh berehat sambil tonton tv juga ! Ni yang sangat menarik, ni !

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Bilik rawatan pergigian. Gambar gegar vaganza tu saje je mummy kasi gegar hehehe...

Apabila nama Dhia di panggil. Dhia dulu yang meluru masuk ke bilik ini. Tahu-tahu, dah siap duduk atas kerusi dah. Excited !

Doktor pun puji..baiknya Dhia ni. 

Sekali...bila dengar macam-macam bunyian. Terus Dhia menangis ketakutan.

Adoi...gigi geraham awak tu, dah la banyak yang berlubang. Tapi..paling teruk tempat yang Dhia mengadu sakit setiap kali makanan masuk. Geraham bawah sebelah kanan.

Pujuk punya pujuk...tak berjaya nak pujuk Dhia tampal gigi.

Cas pemeriksaan di kenakan sebanyak RM10.

Nak Bella Teman, Tampal Gigi ....


Malam tu..Dhia janji nak tampal gigi gerahamnya. Dengan syarat, Dhia nak bawa sepupunya Bella dan nak shopping coklat banyak-banyak.

Daddy pun setuju dengan deal Dhia. Malam tu juga, ke rumah Bella untuk temankan Dhia.

Dalam pada ketakutan dan nangis-nangis. Dhia akur juga. 

Gigi Geraham Dhia Sakit, Kena Tampal di Klinik Gigi TTDI Grove

Alhamdulillah gigi geraham bawah sebelah kanan Dhia siap di tampal ! 

Kenapa tak cabut,je ? Sebab doktor kata, gigi geraham budak lambat tempoh untuk keluar yang baru. Biasanya, gigi susu sebelah depan yang akan cepat tukar dengan gigi kekal.

Jumlah kena bayar tampalan gigi anak di TTDI Grove ialah sebnayak RM50 untuk satu gigi.

Lama Tak Dating dengan Dentist

Lama Tak Dating dengan Dentist - Tiap kali mengandung memang masalah gigi akan datang. Faktor umur pun ye juga tu. Jangan kata mummy tak minum susu dan amek kalsium tau. Padahal mummy memang minum susu dan makan pil kalsium (ostematrix). Hehehe. Siap mentioned gitu, 

Doktor klinik ibu dan anak memang sarankan pada mummy, yang ibu mengandung di haruskan untuk buat check up gigi. Mummy dah selesai check masa kandungan 3 bulan di KK Kajang. Doktor gigi kata gigi mummy sihat. Cuma kena scalling je. Aah, lama tak scalling gigi. Memang patut kena scalling ni,ha !

Tapi, mummy dapat rasakan tampalan gigi geraham mummy dah pecah. Tak tahu lah doktor tu perasan ke tak. Oleh kerana dia kata gigi mummy, ok. Maka, mummy pun positif je la..

Anggap gigi mummy ok jugak, lah !

Dan baru-baru ini, mummy dah tak boleh gigit makanan sebelah kiri dan kanan. Dedua geraham tu rasa ngilu bila menggigit makanan.

Nak tak nak, Sabtu yang lalu...mummy ke dentist depan rumah, Dr Pinky Kajang Perdana. Kekonon datang nak check dan dapatkan nasihat je. Jumlah nak kena buat 2 tampalan geraham - redo, 1 tampalan baru dan harus kena cuci 'scalling'.


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Muka takut nak buat treatment gigi. Hahaha. Mummy memang jenis tak tahan sakit. Scalling pun tak tahan ! Tapi, demi untuk makan dan baby dalam perut. Harus kena buat juga. Kalau tak scalling nanti gusi cepat berdarah, bila dah berdarah banyak la kuman dalam mulut dan mulut pun mudah berbau.

Terus mummy pilih buat scalling dulu. Treatment seterusnya, baru buat tampalan la kot.


Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !

Lama Tak Dating dengan Dentist -  Masa untuk dating dengan Dentist !


Peneman mummy untuk berjumpa dengan dentist. Nasib buat scalling tak lama, dalam 10 minit je. Terima kasih anak-anak. 

Dok pikir lagi lah ni, samada nak buat tampalan geraham - redo pada waktu terdekat ini ke tunggu nanti. Sebabnya, redo ni wajib bius, nak korek tampalan lama dan buat tampalan baru.

Bius pula, kurang bagus untuk wanita mengandung. Dentist lain, sarankan untuk tunggu hingga bersalin. Jika mummy boleh tahan. 

Buat masa ni, gigi dah tak ngilu. Mungkin sebab dah scalling. Hilang rasa ngilu-ngilu yang dulu. Macam majik pulak hehehe.

Cuma nya tampalan gigi geraham tu dah pecah, dan ada lubang kecil.

Di belenggu sekejap huhuhu...