GIGI GRAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH - Beberapa hari dah.. mummy sengsara dengan sakit gigi geraham bongsu. Rasa macam nak makan orang...

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH - Beberapa hari dah.. mummy sengsara dengan sakit gigi geraham bongsu. Rasa macam nak makan orang pun, ada tau! Sakit yakmat plus yut yut tu.. Perghhh! Dari sehari ke sehari nak pi jumpa dentist. Tapi tak p jumpa. Sebab? Banyak nau kerja hahaha. Salah satunya projek dapur tu ha.

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH




So, Selasa baru ni, terus tak nak delay. Terus call klinik gigi dan buat appointment 1 jam dari tempoh call. Yes! Dapat slot. 



Kalau cerita bab klinik gigi. Tempat yang biasa mummy pergi adalah Klinik Pergigian Ain di Sunway Kayangan. Best sini, sebab parking senang, environment klinik tenang dan selesa. Doktor gigi pula merupakan owner klinik gigi, Dr Ain. 


Tapi, kali ini, mummy tukar angin ke Klinik Gigi Mrs Wong and Partners di Subang Perdana. Sebab tak nak hadap jem petang. Subang Perdana ni pekan kecil dalam area rumah mak mummy. So, kalau nak balik, 5 minit je sampai! 

1st try, ke klinik ni.suasana ok juga, doktor pun baik-baik. Sini ada 3 doktor. Mummy dapat doktor gigi perempuan muda. Masa masuk check gigi, doktor gigi kata gigi geraham bongsu mummy ni dah goyang. No choice, memang kena cabut. Lagi pun gigi tu dah pernah tampal. Agak susah juga dulu nak tampal sebab dalam sangat.

Mummy memang plan cabut juga. Malas nak simpan gigi macam tu. Tambahan pula geraham bongsu yang tak rajin pakai. 

Cuma, gigi geraham bongsu ni. Semua orang tahu, nak tumbuh pun SAKIT gila!

Apatah lagi, nak CABUT?

Insyaallah, mummy dah kumpul kekuatan. Dari nak tanggung sakit tu kan. CABUT JE lah! Nanti kalau sakit telan la pa pe ubat. Ye dak?

BERAPA HARGA CABUT GIGI? 


Harga cabut gigi Geraham Bongsu kat sini RM150. Sebab doktor kata memang susah sket la gigi geraham bongsu ni. Bius pun pakai 2 jenis bius. 

Tak silap mummy, Klinik Pergigian Ain murah sedikit kalau cabut gigi. Tapi, tak pasti bab gigi geraham bongsu. Anak-anak je pernah cabut gigi geraham kat sana.

Tapi, menang is jugaklah. Belum cabut pun dah nangis haha. 

So, berbalik gigi geraham bongsu mummy tu. Sakit ke tidak masa cabut gigi? Of course lah tak sakit. Sebab dah bius kan. Tapi kepala goyang lah. Hehe keras yarabbi gigi geraham bongsu mummy.

Lepas cabut tu, nampak lah ada 4 akar. Tapi dua akar lagi tu, bersambung. Besar sket lah akar tu, sebab bergabung.

Gambar gigi mummy tak amek, sebab takut terasa sakit pulak. Biasalah law of attraction kan. So, nak avoid negative vibe rasa sakit. Tak nak amek gambar dan tak nak simpan hehe.



Lepas 30 minit cabut, doktor arahan mummy makan paracetamol yang di bekalkan. Tapi lepas 30 minit tu, Allahuakbar azab beb! Berjurai air mata, sakit nyut nyut dia makan sakit!

Erm, lama juga lah sakit.. Rasa paling sakit tu nak reda. Dalam 2 jam sakit reda dan dalam 2 jam juga darah hampir stop!

Sakit nyut nyut geli geli manja. Masa ada dalam 2 hari tapi, tak ada sakit gila sangat lah. 



So, dah lega dah harini.. Tinggal nak tunggu gusi recovery. Doktor kata dalam 2 minggu macam tu. 

Doktor cadangan implant atau letak gigi lain. Erm. Malas lah banyak-banyak gigi. Belah belakang banyak-banyak gigi tak bagus sebenarnya. Lelagi geraham bongsu. Function dia tak banyak, malah boleh banyak kan bakteria dan menyebarkan gigi berbau.


Baca Ini Juga


6 comments

  1. bab cabut gigi geraham memang azab. Ammi dulu sampai bengkak sebelah muka.

    ReplyDelete
  2. Pernah juga pembedahan kecil cabut geraham, seksa! Huhu..

    ReplyDelete
  3. Saya ada geraham bungsu, baru keluar sikit2 sbb rahang kecik, sempit. Kalau nak cabut, kena buat minor surgeri. So, sabar dulu, tunggu dah betul2 keluar, baru cabut. Senang infection, mmg susah jaga si bongsu ni.

    ReplyDelete
  4. aduh kalau sakit gigi mmg tak boleh bawa bincang. cabut aje setel masalah

    ReplyDelete
  5. Memang sakit kalau cabut gigi graham.. Tapi lepas cabut, lega rasanya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -