Showing posts with label Gigi. Show all posts
Showing posts with label Gigi. Show all posts

GIGI GRAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH - Beberapa hari dah.. mummy sengsara dengan sakit gigi geraham bongsu. Rasa macam nak makan orang pun, ada tau! Sakit yakmat plus yut yut tu.. Perghhh! Dari sehari ke sehari nak pi jumpa dentist. Tapi tak p jumpa. Sebab? Banyak nau kerja hahaha. Salah satunya projek dapur tu ha.

GIGI GERAHAM BONGSU SAKIT? CABUT JE LAH




So, Selasa baru ni, terus tak nak delay. Terus call klinik gigi dan buat appointment 1 jam dari tempoh call. Yes! Dapat slot. 



Kalau cerita bab klinik gigi. Tempat yang biasa mummy pergi adalah Klinik Pergigian Ain di Sunway Kayangan. Best sini, sebab parking senang, environment klinik tenang dan selesa. Doktor gigi pula merupakan owner klinik gigi, Dr Ain. 


Tapi, kali ini, mummy tukar angin ke Klinik Gigi Mrs Wong and Partners di Subang Perdana. Sebab tak nak hadap jem petang. Subang Perdana ni pekan kecil dalam area rumah mak mummy. So, kalau nak balik, 5 minit je sampai! 

1st try, ke klinik ni.suasana ok juga, doktor pun baik-baik. Sini ada 3 doktor. Mummy dapat doktor gigi perempuan muda. Masa masuk check gigi, doktor gigi kata gigi geraham bongsu mummy ni dah goyang. No choice, memang kena cabut. Lagi pun gigi tu dah pernah tampal. Agak susah juga dulu nak tampal sebab dalam sangat.

Mummy memang plan cabut juga. Malas nak simpan gigi macam tu. Tambahan pula geraham bongsu yang tak rajin pakai. 

Cuma, gigi geraham bongsu ni. Semua orang tahu, nak tumbuh pun SAKIT gila!

Apatah lagi, nak CABUT?

Insyaallah, mummy dah kumpul kekuatan. Dari nak tanggung sakit tu kan. CABUT JE lah! Nanti kalau sakit telan la pa pe ubat. Ye dak?

BERAPA HARGA CABUT GIGI? 


Harga cabut gigi Geraham Bongsu kat sini RM150. Sebab doktor kata memang susah sket la gigi geraham bongsu ni. Bius pun pakai 2 jenis bius. 

Tak silap mummy, Klinik Pergigian Ain murah sedikit kalau cabut gigi. Tapi, tak pasti bab gigi geraham bongsu. Anak-anak je pernah cabut gigi geraham kat sana.

Tapi, menang is jugaklah. Belum cabut pun dah nangis haha. 

So, berbalik gigi geraham bongsu mummy tu. Sakit ke tidak masa cabut gigi? Of course lah tak sakit. Sebab dah bius kan. Tapi kepala goyang lah. Hehe keras yarabbi gigi geraham bongsu mummy.

Lepas cabut tu, nampak lah ada 4 akar. Tapi dua akar lagi tu, bersambung. Besar sket lah akar tu, sebab bergabung.

Gambar gigi mummy tak amek, sebab takut terasa sakit pulak. Biasalah law of attraction kan. So, nak avoid negative vibe rasa sakit. Tak nak amek gambar dan tak nak simpan hehe.



Lepas 30 minit cabut, doktor arahan mummy makan paracetamol yang di bekalkan. Tapi lepas 30 minit tu, Allahuakbar azab beb! Berjurai air mata, sakit nyut nyut dia makan sakit!

Erm, lama juga lah sakit.. Rasa paling sakit tu nak reda. Dalam 2 jam sakit reda dan dalam 2 jam juga darah hampir stop!

Sakit nyut nyut geli geli manja. Masa ada dalam 2 hari tapi, tak ada sakit gila sangat lah. 



So, dah lega dah harini.. Tinggal nak tunggu gusi recovery. Doktor kata dalam 2 minggu macam tu. 

Doktor cadangan implant atau letak gigi lain. Erm. Malas lah banyak-banyak gigi. Belah belakang banyak-banyak gigi tak bagus sebenarnya. Lelagi geraham bongsu. Function dia tak banyak, malah boleh banyak kan bakteria dan menyebarkan gigi berbau.


GIGI SUSU DHIA TERCABUT SENDIRI

GIGI SUSU DHIA TERCABUT SENDIRI - Assalamualaikum, Salam Jumaat. Seronok korang ye dengar hari Jumaat hehehe. Mummy pun seronok juga, sebab masa untuk anak-anak pulak. Sebut pasal ana-anak, alhamdulillah gigi susu Dhia dah tercabut sendirinya minggu lepas. 


GIGI SUSU DHIA TERCABUT SENDIRI


Alkisah malam hari, sambil tengok tv. Dhia dok main gyang-goyangkan giginya yang sememangnya dah bergoyang.

Tup..tercabut terus. 

Alhamdulilah Dhia tak nangis dan tak kalut bila nampak darah. Good job Dhia, sekarang awak dah boleh kawal banyak perasaan. 



Bab gigi susu, memang kena cabut. Jika lambat tanggal atau cabut..kelak boleh jadi gigi berlapis. Sebab gigi kekal tu dah sampai masanya, dia akan keluar dnegan sendirinya.



Si rongak hehehe. Dah tak berapa nak lawa dah huhu.

Tu...Ada lagi gigi sedang bergoyang tu. Tunggu masa juga untuk tanggal dengan sendiri.





Bye-bye gigi susu Dhia, ni merupakan gigi susu kedua Dhia yang dah cabut. 

Yang pertama dulu, gigi geraham cabut di klinik gigi sebab dah lubang teruk sangat, kasi laluan pada gigi kekal.



Simpan gambar untuk kenang-kenangan Dhia besar nanti, kita ni tak tahu umur kita panjang ke pendek, kan !


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy

Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy - Hambik ! Banyak betui la gigi kami ni nak kena buat. Ni merupakan aktiviti tertunda untuk Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy. Untuk mummy, lama bertundanya dekat hampir 1 tahun tak scalling atau cuci gigi. Bukan cuci berus gigi ye. Berus gigi tu wajiblah hari-hari buat. Scalling ni, sepatutnya 6 bulan sekali. 


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy



Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy


Untuk Dhia just few months je tertunda. Sampai Dhia cakap tak tahan sakit, barulah maknya ni lelaju bawa ke jumpa dentist. Dah sekali, datang jumpa dentist tu, sekali harunglah mummy buat scalling dan filling. Geraham bongsu mummy tu pecah banyak, lubang pun besar. 

Kalsium semakin kurang, nampak tak di situ...kena sedarkan diri hakikatnya tua dah menjelma hehehe.

Tak amek kalsium ke? Erm...wajiblah amek, mummy ni peminat susu tau, pil OSTEMATRIX pun ku bedal juga. Kalau langsung tak amek, mau kerepot terus kot tetulang ni ha.

Okay berbalik kisah kami jumpa dentist, kami pi klinik pergigian yang kami selalu pergi. Doktornya lembut, tak sakit dan ngilu peralatan yang di gunakan. 

Mummy ni sebenarnya, memang sangat penakut jumpa doktor gigi. 

Mungkin kecik-kecik sekali sekala je, p jumpa dentist. Sebab tu la, kot faktor ketakutan tu menebal sangat.

Dhia tu pun, masa 1st time macam apa jumpa dentist. Sekarang? Erm...wat relax, wat cool aje haha. 


Tampal Gigi Geraham Dhia, Cuci Gigi Mummy dan Tambal Gigi Bongsu Mummy


Total damages untuk tampal 2 gigi geraham Dhia RM120, gigi mummy pulak total RM270 (gamabr resit tak hado, ntah mano lah hai.

Mahal juga, tapi servis tip top. Tak sakit, tak ngilu. So, memang suka repeat buat gigi kat sini. 

Dan, paling best sebab laki yang bayar hahaha.

Anyway, thanks hubsbaby..love u till the moon and back !

1ST GIGI GERAHAM DHIA KENA CABUT

1ST GIGI GERAHAM DHIA KENA CABUT - Dhia dok mengeluh sakit gigi je. Gigi yang dah di tampal. Tapi, masih sakit. Sebab tampalan di geraham Dhia dah tercabut.

Mummy decide untuk cabutkan sahaja. Manakala doktor (dentist) masih nak selamatkan lagi dengan tampalan.


1ST GIGI GERAHAM DHIA KENA CABUT



Doktor cakap, saya gerahan lambat tumbuh. Ermm..tak apa lah, cabut je lah ! Tak larat nak tampal berkali-kali.


Sekali buat tampal dah RM70.


Lagi pun, gigi susu. By hook, by crook memang tak kekal pun.


1st time Dhia kena cabut gigi. Geraham pulak tu.

Daddy bawa Dhia p jumpa dentist. Masa ni, mummy tak ikut sebab kerja.

Lagipun, Dhia dah berani jumpa dentist. Alhamdulillah.



Oleh kerana gigi Dhia, daddy dah buang. Maka, mummy simpan gambar gigi ni dalam blog.


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI

JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI - Pertama sekali, mummy ucapkan TAHNIAH kepada JORDAN. Diam tak diam dah 180 tahun bertapak dalam bidang penjagaan gigi. Tahniah JORDAN ! JORDAN antara berus gigi yang menjadi kegemaran ramai. Termasuklah keluarga kami, kami sekeluarga memang suka dengan berus gigi JORDAN ni.


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA - JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI


Tadaa...berus gigi JORDAN untuk kami sekeluarga ! Tepi sekali berus gigi JORDAN  0-2 tahun tu untuk Daim Naufal. Walau Daim Naufal baru berumur 7 bulan dah nak kena ajar guna berus gigi juga ! Supaya Daim Naufal sama seperti kakak dan abangnya yang suka berus gigi.

Berus gigi JORDAN  3-5 pulak untuk Dzal Aidi Fiqry dan berus gigi JORDAN  6-9 tahun untuk Dhia Batrisya.

Yang lelain tu ..untuk mummy dan daddy lah ! Hehe. Banyaknya berus gigi JORDAN ? Eh, mestilahkan. Doktor gigi sarankan kita untuk sentiasa menukar berus gigi kira-kira 3 bulan sekali.

Ada ke yang pakai berus gigi sampai bertahun-tahun? Eh..jangan macam tu tau ! 

Berus gigi JORDAN ni ada banyak versi, nak jenis berus yang Soft, Extra Soft, Hard, Slim semua ada. Daddy suka extra soft, manakala mummy pulak suka kesemuanya hehehe.

5 TIPS PEMILIHAN BERUS GIGI


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI



Antara 5 tips pemilihan berus gigi:

1. Paling bagus dalam memilih berus gigi ialah pilih berus gigi yang berusnya lembut. Berus gigi yang sederhana atau keras boleh menghakis bahagian dalam mulut dan memusnahkan tisu gusi. 

2. Berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah juga bagus kerana ianya boleh menanggalkan sisa-sisa makanan di kawasan yang sukar dicapai.

3. Pastikan berus gigi itu adalah saiz yang betul untuk korang. Berus bersaiz sederhana adalah yang terbaik untuk muat ke dalam mulut.

4. Carilah berus gigi yang berkepala bulat. Berus yang berbentuk segi empat tepat menyukarkan lagi untuk memberus gigi. 

5. Berus gigi yang boleh pegang secara kuat juga amat baik. Supaya tangan kita boleh kawal sekata sewaktu pembersihan gigi di jalankan.


Kalau korang minat dengan Jordan Oral Care ini, korang boleh dapatkannya di pasaraya besar atau boleh juga daptkan di www.shopee.com.my & www.motherhood.com.my.