PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. P...

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Part 1 tentang deko & ubah SUAI DAPUR kami... done! Pada yang belum baca lagi, boleh baca SINI. Jom kita sambung ke part 2, sebenarnya tak siap pun lagi kitchen yard kami. Haritu pun, baru 1% je. Kali ni, baru 2%. Malas tunggu siap, baru nak story kat blog. Sebab nak kumpul banyak cerita ni, bukan mudah. Sat g, lupa atau malas nak tulis blog.. hahaha

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Dulu, sini tempat laundry, tempat masak, tempat letak brg masak. 

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Sekarang, mmg nak letak mesin basuh juga bahagian ni


PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN


Sangat lega ok, bila siap 1 part lagi bab DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN, kita story lah ye. At least adalah entri / konten juga dalam blog ni. 

BTW, mummy akan menulis di 3 blog / website. Eh, dah tulis sebenarnya. Nanti lah mummy share entri bab tu, pulak ye. Hahaha.. Sepanjang mummy menyepi kat blog ini. Sepanjang tu lah, sebenarnya mummy agak busy dengan menyiapkan projek-projek website & portal. Yes, sebenarnya bukan blog pun Walau ada  .com. Satu projek ni, memang pure website tapi selit konten blog dan lagi satu tu memang 100% portal (ghost writer) je! 

Eh melalut cerita lain pulak.. Cerita bab projek pulak haha. OK sambung story PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN. Mummy ada bagi tahu kitchen yard kami sesebelum ni.. memang bersimen je! So, projek tampal tiles untuk Misi kedua ni. Sebelum ni, kami letak karpet atau tukar getah. Tapi, susah nak cuci. Mummy jenis. Kalau cuci bahagia sini suka simbah air terus dengan sabun. Feeling bersih kononnya, tak lalu nak lap-lap. Lambat! Dan sebab tu kitchen kabinet kami pun, pilih 100% aluminium material. Eh, terciter lak kisah kitchen cabinet hahaha. 

11 tahun duduk apartment ni

Dari awal duduk apartment ni.. 11 tahun duduk, sampai la ni.. Gitu je lah. Ye lah, renovation ni bukan murah. Masa beli rumah 11 tahun lepas tu, mummy single & available. Beli rumah, kononnya untuk investment. At the end, rasa nak duduk sendiri je. Sebab umur pun dah hujung 20an, dok fikir kalau tak kawen nanti. Takkan sampai ke tua nak duduk dengan mak bapa! 

So, duduk lah sengsorang situ, tapi.. . ada masa tidur rumah mak abah juga lah. Beli rumah ni, duit macam air ye keluar huhu. Nak pasang lampu, kipas, upah wiring, beli mesin basuh, beli peti sejuk, dpur dan semua lah.  Semua pakai duit sendiri. 

Again..masa tu, mummy belum berkahwin ye! So, habis duit simpanan mummy semua. Puluh ribu jugaklah habis. 

So, korang ada rasa, yang mummy nk reno dapur bagai? 

Memang tak lah beb, pasang grill pun tak mampu dah, tau. 

Masa ni sebenarnya , mummy sedang sambung belajar kat Uitm secara part time dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sains & Polisi. 

Duit banyak pakai juga. Nak bayar yuran, minyak, tol ulang alik lagi. 

Erm.. Memang susah sangat-sangat masa tu. Ikat perut masa tu. Walau masa tu, dah ada kerja yang stabil, di CIMB BANK. 

Gitulah cerita susahnya mummy! Susah ye, bukan lahir je, dah senang! 

Umur 29 tahun baru lah dapat jumpa right person.. Dah berjumpa kekasih hati & beberapa bulan kenal, kami terus bertunang. 

So, mummy pun malas nak sambung study.  Sebab nak kawen, nak simpan duit. So.. Stop  lah study masa part 4 (lagi 1 thn je nak hbs kalau ikut progress). Malas nak fikir banyak, hidup kena ada pengorbanan gituuuuu... 

Kita tak boleh nak dapatkan semua benda dalam satu masa, ada ketika.. kita kena let go salah satu. Orang tamak, selalu rugi. So, mummy tak nak rugi hehehe

Umur 30 tahun mummy berkahwin. Masa ni, mummy kerja dengan RHB dah. Tapi, baru kahwin ni.. pepeham lah. Banyak juga pakai duit. Beberapa bulan lepas kahwin, mengandung pula. Erm... Nak kena buat tabung anak pulak. Simpan duit lagi... 

Umur 31 tahun, kami dapat anak sorang dah. So, duit habis untuk persiapan dan menyambut orang baru. 

Bab nak reno ke ubah SUAI ke rumah, masa ni, memang kami tak pandang dah. Kecuali grill tu je buat half. Bilik tak ada grill. Kami hold dulu. Buat penting-penting je. 

Sekarang? Anak dah besar. Insyaallah 3 je lah anak kami. So, baru lah boleh bernafas nak cantik kan rumah especially dapur. 

Sebab apa mummy cerita gini? 

Sebab ada yang bersuara mengatakan :-
1. Kami boros, tak reti simpan duit. Rumah 11 tahun, macam apa je. 

2. Ada yang cakap kami menunjuk. Tengah kaya, tengah mewah. Orang berada sekarang! 

Erm..penat wei nak dengar cakap orang. Apa pun, alhamdulillah murah rezeki suami. Duit hasil simpanan beliau, dapat lah cantik kan dapur kami. 

So, apa progress PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN? Hahaha... Entri kali ni, hanya nak share pasang tiles & cat je bahagian kitchen yard tu! 

Sebelum

Selepas

Jubin tiles kitchen yard

Kami pakai jubin / tiles ala-ala design batu je. Pilih warna gelap je. Nak ikutkan... nak lah ikut tema / trend sekarang Warna putih nampak Suci je. Tapi, fikir long term takut Warna putih tu makan usia jadi hitam sedikit atau Kuning sedikit pula warna putih tu nanti. Sebab mak mummy pun pera but bilik tidur dia putih beli masa kawen dulu. 

So, atas berbincangan dengan husband.. Kami sepakat amek warna selamat je lah. Warna gelap. Konsep elegant gituuu. 

Lagi sekali.. kami beritahu, bukan mudah ye kami nak kumpul duit. Kami memang tak suka hutang atau pakai kad kredit. 

So, nak nampak warna long term tu. Warna gelap la kot. Tak payah lg nak renovate rumah akan datang. Cukup sekali berhabis je! 

Cat kitchen yard

Bab cat, mummy beli putih, tapi indon tukang kami kata warna tak jadi cantik bila cat. Macam tak lekat, walau berkali cat. So.. Kena lah campur dengan Kuning Hall kami. Nasib ada balance cat aritu. Boleh baca sini tentang cat Hall kami

So, memang tak ada rezeki putih lah tu, orang kata. Kuning pun ok. Naikkan seri dapur tu balik. Sebab banyak warna gelap kat situ. 

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN

PART 2 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR KITCHEN YARD APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN


Pemilihan tile, kami ambil harga RM5. 90 per pc dan cat putih Dulux RM80. Tapi, mixed dengan Kuning yang lama Nippon Paint Washable. 

Alhamdulillah part kitchen yard dah boleh susun barang sket - sket. 

Tapi belum siap sepenuhnya, akan masukkan aluminium box untuk simpanan sabun, softener etc. 

Sorry lah, gambar ni tak habis kemas lagi ye. Sebab belah dalam pun bertumbum barang. Sekejap tolak sana, sekejap tolak sini. 

BTW, tile untuk kitchen cabinet pun siap tukar baru. Tak tukar full untuk kitchen cabinet. Sebab ada space akan bertutup nanti. Tukar sket je. Nanti, kabinet pasang, baru kita reveal ek! Yang pasti bukan tiles / jubin viral. Kita pakai hat tak makan zaman je. Hehehe. 



Baca Ini Juga


9 comments

  1. Abaikan kata kata org tu mummy.
    Kita tahan hati sajalah.
    Apapun, seronok dapat cantikkan rumah guna hasil duit sendiri, Tak hutang piutang tak ikut trend org .. semua usaha sendiri kan...

    ReplyDelete
  2. Good work! Bergerak melawan arus mmg susah, tapi yg penting kita x menyusahkan org lain & keluarga, kan....

    ReplyDelete
  3. Biarkan saja apa orang nak cakap. Bukannya kacau diorang kan? Btw.. nice tile tu

    ReplyDelete
  4. wah.. nak dekat siap dah dapur yer.... ok . nnt update lagi

    ReplyDelete
  5. Seronok renow rumah, dapat pemandangan baru, tp bab mengemas tu... rasa nak upah org jer he he he

    ReplyDelete
  6. wah excited pula akak nak tunggu transformation.. takpe linda slow2 aje yg penting x berhutang

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang ohsem mummy..
    Hidup kena ada pengorbanan kan mummy.. Ada benda yang kita kena lepaskan untuk dapatkan benda lain.. Bagus betul bila mummy share pasal ini..
    Orang hanya nampak senang kita je.. Susah kita, kita je yang tahu..
    Keep on fighting mummy..
    Mesti cantik hasilnya nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -