SGshop “Jom Shopping!” Contest

Mentang-mentanglah mummy ada akaun dengan SGshop, teruja terus untuk join SGshop “Jom Shopping!” Contest. Sebenarnya, mummy sangat tertarik dengan hadiah SGshop “Jom Shopping!” Contest. Kebetulan, tak lama lagi nak dapat orang baru. Macam banyak pulak wishlists untuk newborn baby tu nanti. Jadi, tanpa melengahkan masa...zasss lelaju mummy join SGshop “Jom Shopping!” Contest .

SGshop “Jom Shopping!” Contest


SGshop “Jom Shopping!” Contest

SGshop “Jom Shopping!” Contest ini anjuran blogger Ayue Idris. Bolek klik banner di atas untuk sertai.

Hadiah Yang di Tawarkan SGshop “Jom Shopping!” Contest 


Antara hadia-hadiah yang di tawarkan untuk SGshop “Jom Shopping!” Contest :-

Peserta lebih daripada 20:
5 X RM 300 SGshop shopping credit

Peserta lebih daripada 40:
10 X RM 500 SGshop shopping credit

RM500 SGshop Shopping credit tu menarik sangat. Hehehe. 

Cara penyertaan SGshop “Jom Shopping!” Contest 

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:


1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost INI link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia



JAWAPAN MUMMY UNTUK SOALAN SGshop “Jom Shopping!” Contest 

1. Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop menawarkan servis pembelian online (shopping online) dari laman web e-dagang Cina yang bekerjasama dengan logistik yang terbaik dan syarikat ekspres untuk pelanggannya.

SGshop menawarkan keselamatan dan keadaan siap pesanan. Dimana mereka juga bekerjasama dengan banyak bank-bank untuk memastikan proses pembayaran adalah seperti selamat dan cekap. 

Pelbagai barangan keperluan harian daripada barangan keperluan diri, keluarga, keperluan dalam rumah dan banyak lagi yang boleh di dapati di SGShop.

SGshop ni juga, menawarkan perkhidmatan customer service yang cekap serta after sales juga !

Perkhidmatan lain yang menarik di SGshop ialah sistem point. Di mana point terkumpul itu, boleh di tebus dengan baucer.


2. Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Part ni agak sukar sedikit, sebab banyak wishlist mummy nak beli dalam SGshop ni. Tapi, boleh pilih 3. Okay mummy pilih 3 item pilihan yang terbaik ye.


Pilihan 1:

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Kenapa mummy memilih katil baby a.k.a Baby Coat ? Sebab mummy nak letakkan di rumah Tok Mak. Almaklumlah dah 3 anak, manalah muat nak tidur sekatil,kan? Jadi mummy perlukan katil tambahan untuk baby.

Kakak Dhia dan abang Dzal pun tidur dah lasak sedikit. Tidur sekatil, boleh kena tindan si baby tu nanti ! Harga katil baby di SGshop ialah berharga RM138.10. 

Pilihan 2: 

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Frozen Dress ni pula, mummy masukkan dalam wishlists sebab dah lama DHia minta. Dhia memang fanatik dengan Frozen, tak pernah bosan dengan barangan Frozen.

Mummy berharap, ada rezeki Dhia untuk memiliki Frozen Dress ini

Pilihan 3 :

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Set Baju Kanak-kanak Lelaki ini pula tentunya wishlist mummy untuk Dzal Aidi Fiqry. Baju ni nampak smart dan seluar berpoket.

Dzal memang suka dengan seluar berpoket gini. Hehehe baru 4 tahun dah pandai melaram,kan !

Harga pun tak mahal mana, RM32.64 untuk 1 set ni.

Alhamdulillah selesai 3 item pilihan mummy di SGshop. Ngam-ngam untuk 3 orang anak ! 


5 comments on "SGshop “Jom Shopping!” Contest"
  1. Good luck kak lin. Boleh rambang mata shopping di SgShop ni kan.

    ReplyDelete
  2. kita lum shooping lagi creadit sgshop bagi..mmg rambang mata tgk,

    ReplyDelete
  3. good luck lynda.. bestnya tmbh lagi satu pilihan online shopping ni!

    ReplyDelete
  4. Semoga kita bertuah dan menang, amin. SGshop best sebab banyak pilihan barang. Kadang-kadang stuck lama nak memilih pun. Hehe.

    Shad
    https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com