4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Dah alang-alang mummy buat bajet untuk Travel Percutian kami ke Bandung. Teruslah share kat blog untuk 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT . Akan datang mummy juga yang senang, nak semak balik. Biasalah.. bab travel atau bab percutian ni kekadang tak boleh nak ingat details sangat pun huhu. Sebab tu wujudnya blog, sendiri tulis, sendiri refer haha. Okay..ada sesapa tengah cari tips Ke Bandung Indonesia ke? Korang yang ada plan nak ke Bandung pun boleh ikuti 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT. Cara mummy tau !




4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT



Kenapa nak bercuti ke Bandung Indonesia? Awal-awal dulu, mummy pun terfikir benda yang sama. Kenapa daddy sebut Bandung, Indonesia? Daddy nak bawa mummy shopping ke? Hahaha...dasar perempuan kan. Ingat Bandung, Indonesia. Ingat SHOPPING ! Sebenarnya Bandung bukan sahaja tempat bershopping tapi ada banyak tempat menarik di Bandung Indonesia yang perlu di lawati. Bab tempat menarik ni nanti mummy cerita kat tempat lainlah ye !

Plan asal...
Daddy tetiba on nak bawa kami sekeluarga bercuti dan travel jauh sket. Sket je lah jauhnya Bandung Indonesia tu. Kalau dia bagi green light nak travel sekeluarga. So, apa lagi jomlah kita anak beranak tambahkan cop passport lagi. Hehe. Macam biasa, mummy bukan boleh berangan je.. bila daddy ajak bercuti. Ada kerja khas untuk mummy iaitu kena buat bajet untuk travel ke Bandung Indonesia. Lebih kurang pertengahan bulan Disember 2018, daddy sebut dan plan bercuti ke Bandung Indonesia. Yelahkan, last kami bercuti naik kapal terbang pada Disember 2017. Dah lebih 13 bulan tak cop passport.

Mummy bukan buat 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT da
lam pada tu..Mummy ada buat bajet ke Bangkok dan Medan juga. Seolah-olah mencari tempat yang murah untuk flight. Mummy memang jenis kedekut sket haha. Kalau dapat lagi murah, memang nak pi tempat murah je lah !

Bab bajet ni, mummy buat semua tempat 3 di atas tu, kemudian kena tunjuk pada daddy pulak. Samada daddy approve ke idak.

Dekat sebulan buat itinerary Bandung Indonesia ni juga ! FENIN ! Dengan harga tiket dan hotel berubah dari hari ke hari.


Bayangkanlah cek tiket Bandung Indonesia tetiap hari melalui Air Asia, Malindo. Sebab 2 kapal terbang ni je dari Malaysia direct Bandung. Semakin hari, semakin lain harganya huhu.

Nak naik kapal terbang lain, selain Air Asia dan Malindo. Boleh juga,  turun di Jakarta dan naik kereta atau train ke Bandung Indonesia.

Ada anak kecil yang agak ramai, dengan barang yang banyak. Mummy daddy rasa .. tak sesuai turun di Jakarta. 

Dulu masa single, boleh lah... mummy ke Bandung dari Jakarta je. Dapat lah pergi 2 tempat untuk jalan-jalan. Tapi tu dulu lah...SINGLE masa tu.

Ada anak ni, travel ni kena cara ada anak. Itinerary pun tak boleh padat sangat , malah kena selitkan aktiviti anak-anak juga di sana !

Okay jom tengok bajet tiket kapal terbang dan lelain. Masa ni, tak silap mummy dalam tarikh 2 minggu sebelum tahun 2019.

TIPS KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT ini, mummy tunjukkan HARGA DAN KOS dua bulan sebelum beli tiket untuk bercuti (target bercuti Februari 2019) . 

Murah giler 4 HARI 3 MALAM KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR kalau dapat beli dua bulan sebelum (atau sebulan setengah). Kena tempah cepat-cepat !

4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Ini bukan harga asal kami bayar ke Bandung tau, ini harga survey kami. Harga kami yang booking sebulan sebelum tu. Nanti kami cerita lain !

BAJET 5 ORANG UNTUK 4 HARI 3 MALAM KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR  ( 2 dewasa, 2 kanak-kanak, 1 baby)


Parking / Grab : RM46 sehari (parking), grab RM60 (sehala)

Kapal Terbang : RM2,555 (Malindo sebab sesiap seat, baggage, makan)

Hotel : RM60 semalam (2 star hotel di Cihampelas Bandung Indonesia). 4 hari RM240

Kos Pengangkutan di Bandung : Kebanyakan pak supir amek RM600 (untuk 4 hari dari airport Bandung ke hotel dan jenjalan selama 4 hari).

Tempat Untuk Di Lawati Di Bandung : Ada tempat berbayar, ada yang FREE juga. Depend korang nak pi mana. Trans Studios tu je kami 5 orang dah RM400 kat situ.

Duit Poket Untuk Bershopping : rahsia hehehe.

Keseluruhannya berjumlah RM3,462 untuk 5 orang. Kiranya seorang RM700 lebih aje all in. Memang dalam bajet daddy.

Bila dapat buat itinerary gini. Memang on lah, tapi SAYANG SERIBU KALI SAYANG tak terus beli tiket. Daddy nak tengok kosnya dulu. Tunggu awal Januari 2019 baru beli semuanya. Okay kita tunggu. 

Tunggu punya tunggu harga tiket dah naik kau !

Plan menjadi..... yahooo

Awal Januari 2019, daddy berikan mummy duit untuk beli tiket flight. Fuh lega..duit dah dapat di tangan. Tapi...harga tiket harga mahal RM1,000 kau huhu 

Paling murah tiket pun Malindo dalam RM3.5K lebih kurang macam tu, hotel yang murah mummy aim RM60 semalam pun habis.

Kalau Bangkok....

Cek harga tiket ke Bangkok Thailand pulak, erm...harga tiket kebih kurang sama. Harga hotel lah masalah sket, mahal dari Bandung pulak. 

Nak buat macam mana kan...

Kena tunggu daddy punya plan balik, dia on ke tak on.

Petang sket, daddy kata ON je Bandung, Indonesia. Terus cecepat mummy beli tiket flight ke Bandung dengan Malindo.


Hotel pulak tak beli lagi ...

Hotel pulak daddy suruh cari yang ok sket...tak nak macam rumah tumpangan sebab ada anak, nak luas dan ada katil 2 buah jenis double, atau 1 queen + 2 single. 

Keja mummy belum habis, cari dan terus mencari harga bilik hotel yang murah tapi ikut standard daddy nak.

Masa ni, sampai 4 pagi dok tengok telefon je tau.


Bilik hotel, banyak SOLD OUT ye lah kan..cuti RAYA CINA tu...tapi ada satu hotel ni, nampak okay dan harga pun macam okay. 4 hari 3 malam dalam RM354.

Mummy terus on je hotel ni, kang tunggu lagi..semua naik harga huhuhu.

So, berapa bajet kami untuk HOTEL, FLIGHT, GROUND ke Bandung Indonesia kami berlima?

Oh ya, ni peak season tau RAYA CINA. Memang harga cekik darah..we dont care sebab nak cut cost cuti. Annual leave kami bukannya banyak. Terpaksa RELA gituuuu.


Harga tiket Malindo RM3589 (flexi package bukan promo, termasuk insurance) , Hotel RM354, Transport GROUND Bandung RM500, Trans Studios RM400 (kalau jadi pi), parking KLIA +/- RM200 = RM5,043

Kenapa tak amek Air Asia? Air Asia lagi mahal oiii kalau tambah seat, makan etc. Peak season kan !

Burrppppp..tak campur makan, shopping, duit hangus terbakar kena pau anak-anak. Bajet sekepala RM1,000 dah jadiknya. Double dari harga asal plan.

Bagi nak tiket kapal murah tu, better book 2 bulan awal lah ye. Peringatan kepada diri sendiri juga. Apapun, terima kasih encik asben menaja percutian kami anak beranak A-Z.


Walaupun mahal, gigih beliau usaha. Moga sentiasa di murahkan rezeki, ye ! 

Okay ni jelah perkongsian mummy untuk sharing 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT. 

Kemana tempat kami pergi di Bandung? ..jom baca full itinerary 



11 comments on "4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT"
  1. Hehe... Memang bagus ade plan sebelum ke sesuatu tempat ni. Akak..jangan kupa pegi Gunung Berapi Tangkuban Parahu taw. Cantik amek gambat kat sana..

    ReplyDelete
  2. Nice experince sis.. Thank you for sharing. Best dapat bercuti g bandung. Bila pula saya? Mmm

    ReplyDelete
  3. memang kalau kita cari tiket flight, dapat jer harga rendah boleh terus beli..akak selalu beli je dulu tiket..kemudian2 fikir hotel..tapi macam linda cakap la..kalau single senang la...

    ReplyDelete
  4. Yup.. Kalau nak ke luar negara kena book awal.. Kalau last minit memang jenuh juga la.. Bukan kata luar negara je.. Dalam negara pun sama je.. Kena plan awal.. Tapi kalau kami ni jnis travel terjah.. Memang payah la nak travel. Jauh.. Haha

    ReplyDelete
  5. Mahal juga ke tiket ke bandung ye kak. Maybe sebab school holiday kan. Tp berbaloi dpt bercuti.

    ReplyDelete
  6. Detail betul mummy buat perancangan.. boleh dijadikan panduan ini.. tq untuk perkongsian..

    ReplyDelete
  7. menarik lagipun amar tk pernah sampai overseas lagi walaupun negara jiran.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah :)
    boleh la pasni aida refer alin if nak ke Bandung.
    aida plak 5 org semua dewasa dah. surely tiket kapal terbang lebih kos dari alin.
    gitu gini, kena gak prepare not less that RM7k, kalau aida tgk bajet alin yg complete ni.
    sebulan RMM500-RM700 masuk tabung Bandung.
    then selebihnya guna tabung sedia ada. hmmmm menarik! boleh aida gi next year awal thn.
    tapi tu la, dlm hati meronta nak ke vietnam dulu :) ha ha ha ha...
    anyway, tq alin.

    ReplyDelete
  9. Kalau nak jalan jalan luar negara memang pening sikit sebab nak sutvey tiket flight mne yg murah kan

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com