ART FRIEND KEDAI MENCARI BARANG ART SENI ANAK-ANAK

ART FRIEND KEDAI MENCARI BARANG ART SENI ANAK-ANAK - Bulan ini, memang banyak projek sekolah anak berkaitan art. Projek kali ini, PROJEK RUMAH SAYA . Seni yang memerlukan banyak bahan seperti batang aiskrim, kertas keras atau kotak dan banyak lagi.



ART FRIEND KEDAI MENCARI BARANG ART SENI ANAK-ANAK




Malas nak pergi banyak kedai untuk mencari barang art / seni. Especially rumput, swimming pool. So, daddy ajak kami semua ke kedai art . Kedai ini banyak student yang amek seni atau arkitek yang datang. memang lengkap barangannya di sini.

harga? Harga jangan cakaplah standard la kan !



Oleh kerana dah malam, balik kerja dan nak terus balik ke Kajang. Memang lalu pun depan The Garden Mid Valley ni. So, daddy kata singgah malam ni juga! Makanya, kita pakai baju biasa-biasa je lah. Dah malam dah pun haaa.




Mummy minat nak buat dollhouse ni, kotak pulak memang ada banyak kat rumah. Tapi, daddy lebih kreatif dan daddy ajak kreatif dari mummy.

Projek sekolah anak kali ini memang dari segi idea hingga siap tu daddy yang buat sendiri. Anak-anak tolong sket-sket je lah !




Total damages untuk 2 orang anak je dah RM220 ! Bulp ! Dah macam kerja budak universiti dah huhuhu.



Plan asal nak buat rumah macam ni, daddy dah siapkan pelan lantai

Sambung gam..keringkan.. sambung lagi..keringkan lagi. 

Adesss, masa pulak mencemburui kami. Kami tak boleh lelama buat menda alah ni, minggu depan daddy kerja almost 24 hour sebab menteri nak lancarkan jambatan .

Mummy pun ada meeting, roadshow dan memang busy.

Nak tak nak kena settle weekend yang ada 



Siap tengok contoh dari google. 

Alih-alih daddy tukar perancangan rumah tu beli kat toyRus. Sebab kami memang kekangan masa sangat-sangat. Kalau D.I.Y semua, mau tak siap kerja projek sekolah anak-anak kami. Dah la ada 2 orang anak pulak. Nak kena buat 2 model rumah huhu.


Berbalik cerita asal, kalau korang nak buat art craft atau kerja seni. Boleh cari kat kedai ART FRIEND.

Haha. Tetiba mummy jadi tukang promote pulak, tak pe lah kita sharing is caring je !
4 comments on "ART FRIEND KEDAI MENCARI BARANG ART SENI ANAK-ANAK"
  1. Baru tau ada eh kedai art macam ni..ni kalau dania tau ni memang dia berzikir kat telinga mama la ni...

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnya kedai art nie..

    ReplyDelete
  3. ookedai art ke..boleh terjah tgk nanti..hehe

    ReplyDelete
  4. Senang ada kedai art macam nie kan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com