PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE FLOATING MARKET LEMBANG BANDUNG INDONESIA

PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE FLOATING MARKET LEMBANG BANDUNG INDONESIA. Hari ketiga di Bandung Indonesia. Tempat menarik yang ketiga kami lawati untuk hari ini ialah ke FLOATING MARKET BANDUNG. Terletak di kawasan Lembang dan bersebelahan sahaja dengan KOTA MINI LEMBANG BANDUNG . Boleh baca di http://www.azlindaalin.com/2019/02/percutian-bandung-day-3-ke-kota-mini-lembang-bandung-indonesia.html. Air bandung mana? Ada jugak yang tanya mummy soklan begini. Nak air bandung pi kedai minum ye ! Atau bancuh sendiri kat dapur !

PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE FLOATING MARKET LEMBANG BANDUNG INDONESIA


Buat entri PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE FLOATING MARKET LEMBANG BANDUNG INDONESIA. Bukan mudah nak ceritakan satu per satu tempat menarik yang kami lawati sepanjang di Bandung Indonesia. Memang tak di nafikan ...Bandung Indonesia banyak sangat tempat menarik. 4 hari memang tak cukup nak explore semua tempat menarik di Bandung Indonesia ini. Alhamdulillah hari pertama dan hari kedua di Bandung Indonesia dah 10 tempat kami berjaya pergi (termasuk hotel check in day..aci lah kan)


ENTRANCE FEES FLOATING MARKET LEMBANG INDONESIA





Entrance fees ke Floating Market ini ialah Rp10,000 (RM3), di dalam Floating Market ini bukan sekadar ada kedai jual makanan dan minuman atas sampan sahaja. Tapi di luarnya ada kedai-kedai cenderamata, ladang arnab dam macam -macam lagi.

Orang di Floating Market sangat ramai. Mungkin kerana hari Ahad, hari minggu. Memang berlanggar-langgar satu sama lain. Kalau korang datang semata-mata nak ambil gambar sahaja. Mau kena spend berjam-jam nak dapatkan photo tanpa photoboom atau angle yang cantik.



Masih di luar Floating Market Lembang. Mood anak-anak masih okay lagi walau kami dah di tempat ketiga untuk hari ketiga. Macam mana boleh okay? Sebab dah bawa pi main kat KOTA MINI LEMBANG terlebih dahulu. Bagi mereka puas bermain dan berlibur. Barulah mood ada OK ! Ha...bijak tak kami?




Not easy amek gambar sekeluarga yang ada 3 anak kecil ye. Walau Daim tu ke sana sini, mummy tetap upload pic ni buat kenangan. Nak dapatkan gmbr semua tengah ready, kang sampai malam tak siap haha



Waktu ni cuaca di Lembang dah mendung. Tapi, sepanjang kami di Bandung Indonesia..petang je memang akan hujan ! 

Risau juga, takut hujan masa kami di Floating Market. So, kami cepat-cepat ambil gambar dan try makanan di Floating Market !


Daddy dah sesiap beli Cakue Ori (Cakoi), masa  mummy tidurkan Daim.


Daim dah tidur nyenyak, daddy sambung jaga Daim. Mummy dan Dhia pi sambung beli makanan.

Token, jangan tukar banyak sangat sebab lebih tak boleh refund !


Food & drink


Kentang goreng je lah depa ni !



Selesai je makan, tetiba hujan selebat-lebatnya. Terpaksa call pak supir untuk ambil kami dan pusing kereta ikut pintu belakang Floating Market. 

Selesai tempat ketiga untuk hari ketiga. Oleh kerana hari dah gelab dan cuaca hujan. Kami decided untuk balik hotel je. Tapi..betul ke kami terus balik ke hotel? Ke ada menyinggah tempat lain?? Jeng..jeng..jeng... kalau nak tahu teruskan membaca entri hari ketiga kami di Bandung lagi ye !


3 comments on "PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE FLOATING MARKET LEMBANG BANDUNG INDONESIA"
  1. Alahai...hujan plak ye...Bandung kalau Ahad especially weekend memang ramai kan...tempat macam ni memang jadi perhatian pelancong dalam dan luar negeri...akak teka sure menyimpang ke tempat lain..kan?

    ReplyDelete
  2. Wah.. menarik juga bila dia buat macam nie.. Banyak aktiviti boleh buat selain gi floating market tu ye kak.. Tapi hujan pula ye.. Kejap jelah ye boleh lepak situ..

    ReplyDelete
  3. wah kat sini pun ada floating market?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com