PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE KOTA MINI LEMBANG BANDUNG INDONESIA

PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE KOTA MINI LEMBANG BANDUNG INDONESIA. Diteruskan lagi cerita kami semasa percutian di Bandung Indonesia. Memang tak di nafikan, banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Bandung Indonesia ini. Salah satu tempat menarik yang kami tak sabar nak surprise kan anak-anak kami ialah KOTA MINI LEMBANG INDONESIA. Kami pasti, anak-anak kami akan seronok to the max di KOTA BANDUNG LEMBANG INDONESIA ini.


PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE KOTA MINI LEMBANG BANDUNG INDONESIA.


Perjalanan dari Bandar Bandung (lepas makan di Kafetaria 170). Boleh baca di : http://www.azlindaalin.com/2019/02/percutian-bandung-2019-day-3-makan-di-kafetaria-170.html ambil masa sejam lebih sampai ke kawasan Lembang. Kami guna perkhidmatan apa? Sepanjang di Bandung ini, mummy memang dari awal booking supir. Amek terus 4 hari, nak ke mana-mana sahaja pun dengan supir. Dinner malam pun supir tolong belikan hehe bahagia sungguh duduk Bandung ! Okay, nak ke Kota Mini Lembang ni lama jugaklah perjalanannya sebab jalan agak sesak. Hari Ahad, hari minggu orang Jakarta pun datang ke Bandung. Tambahan pula, ramai cuti panjang sempena CNY. Memang ramai yak mat lah umat manusia di jalan raya Bandung yang kecil itu.



Kami? Wat relax wat peace je, tak ada apa pun nak kejar. Sekadar aktiviti bawa anak bermain je hari ini.






Kota Mini Lembang Bandung ini terletak bersebelahan je dengan Floating Market Lembang. Apa pun, priority kami ialah ke Kota Mini Lembang Bandung terlebih dahulu. Sampai anak puas beraktiviti di Kota Mini Lembang Bandung. Barulah, kami plan ke Floating Market Lembang untuk jalan-jalan cuci mata.

HARGA ENTRANCE FEE KE KOTA MINI BANDUNG


Dalam banyak-banyak entri blog percutian kami ke Bandung. Entri ni lah paling banyak gambar, banyak cerita dan ambil masa berminggu-minggu untuk mengarang. Fuh ! So, kita mulakan dari harga masuk Kota Mini Lembang Bandung dulu lah ye ! Pasti korang yang baca ni nak tahu harga terlebih dahulu. Mummy pun sama juga, masa buat itinerary Bandung. Harga Entrance Fees dululah yang mummy kena senaraikan !





Kota Mini Lembang ini  sangat cantik, bukan sahaja untuk yang ada anak kecil je WAJIB datang. Yang tak ada anak kecil juga ramai yang datang ke sini tau. 

Harga entrance fees ke Kota Mini Lembang Bandung juga mempunyai 3 pilihan.






1. Entrance fees biasa ke Kota Mini Lembang berharga Rp25,000 (weekends)  dapat free air 1 cawan = lebih kurang RM8



2. Boarding pass Kota Mini Lembang pula berharga Rp80,000 (5 permainan + air) = lebih kurang RM26.

3. Passport untuk  Kota Mini Lembang Rp150,000 (10 permainan + air) = lebih kurang RM50

Costume rental Rp75,000. Kitorang tak sewa pun costume untuk bergambar. Sebab baju tu sharing. Ai is penggeli sket haha. Lagipun, bukan nak posing sangat pun kat sini. 

Parking pulak dalam Rp5,000. Supir fees tak termasuk parking, makan ye. So, kena kira semuanya.

Di Kota Mini Lembang ni kami habis Rp215,000 (RM72) untuk entrance fees sahaja. 


BOARDING PASS KOTA MINI LEMBANG 5 WAHANA ( 5 PERMAINAN)


Kami memilih boarding pass Kota Mini Lembang je. Kalau boleh, kami tak mahu habiskan masa sehari di sini. Cukup sekadar ada pengalaman sekejap dan touch down je.  Dan rasanya cukuplah 5 permainan dari 15 wahana (permainan) untuk anak bermain. 


Ada yang cakap Kota Mini Bandung ni macam ala-ala KidZania . KidZania tu kena bekerja dan akan dapat duit kan, hat Kota Mini Lembang ni kena bayar. No gaji gituuu. Tu lah kot lain nya ! Maybe dari segi permainan (wahana ) je lah. Kota Mini Lembang ini, ianya seakan-akan di bandar Eropah gitu hehe dengan permainan outdoor dan cuaca dingin sejuk. Memang wallah! 

Jika boarding pass dah habis, boleh sambung main lagi. Harga setiap permainan dalam Rp25,000 (RM8) setiap satu. Kecuali bakers RP50,000. Bab buat kek ni memang mahal, bahan-bahannya pun dah mahal kan

Antara 5 permainan yang anak kami main di Kota Mini Lembang Bandung ialah sebagai pemadam api, Polisi, Salon, Baby Clinic, Bakers, Juice Maker.

Dzal punyalah seronok main polisi tangkap pencuri tu, sampai 2x mainnya haha !

FIRE DEPT DI KOTA MINI LEMBANG


Posing depan Fire Department 


Kereta yang akan di bawa



Misi selamatkan bangunan yang terbakar !



Balik ke Kantor (office). SIap bawa awek ye !



POLISI KOTA MINI LEMBANG


Misi menangkap pencuri

Berjaya tangkap. Yeaay !

Curi lagi anak patung, kan dah kena tangkap haha


Polisi yang berjaya !




Seronok sangat Dzal main lari-lari tangkap pencuri. Sampai main 2x kat sini.


kantor polisi, Dhia tak nak main polisi. Tengah pilih 5 mainan sendiri !

SALON KOTA MINI LEMBANG


Dhia memilih ke Salon.


Buat rambut hahaha. Dasar gegirl !


Posing depan salon

BABY CLINIC KOTA MINI LEMBANG

Jadi doktor pulak  di baby Clinic !

Cek baby, 

Comel pulak tengok tempat ni, mummy teruja lebih. Huhu dedulu mummy main kat depan rumah je tau. Tpi tak de costume lah !



Bawa baby jenjalan luar wad !



Posing sket ye,doc !


MINI BAKERY KOTA MINI LEMBANG


Mini buat cupcakes pulak !


Cantik Mini Bakery ni.


Ok Chef siap buat cupcakes !


2 kupon habis kat sini.


JUICE MAKER KOTA MINI LEMBANG


Seterusnya sesi membuat jus !


Dhia memang suka buat jus, sebab kat sekolah pun cikgu ada ajar buat jus.
  


+
Siap jus ! Sedap Dhia buat, harap-harapnya sampai besar rajin buat jus ye hehehe




Posing laki bini sementara anak-anak sibuk buat aktiviti. Daim tak boleh beraktiviti lagi, tapi boleh posing  !

Selpie seeketui lah !



Selesai beraktiviti, kita singgah makan dan redeem air FREE. Mummy as usaual selera makan tak ada, suka berjalan-jalan je ! Makan kerepek pisang bawa bekal masa beli kat Kartika Sari. Anak-anak makan bekal biskut oreo (beli kat hotel) dan cupcakes yang depa buat sendiri.



Susu Lembang FREE, sebab dah bayar tiket masuk kan. Sedap susu FRESH depa. Cuma tak berkesempatan je nak melawat ladang lembu sebenar. Sempat tengok anak lembu je semalam kat Farm House Lembang.




Daddy beli bakso, share buat rerasa je. Sambal pulak, kami tak letak. Sebab ada banyak tempat nak gi arini...nak jaga perut sat hehe.




Coke tu pun hasil beli kat Indomaret, macam-macam bekal mummy bawa dalam beg. Untuk anak, untuk mummy, untuk daddy hahaha. Sebab tu lah ke sana sini, bawa beg besar-besar. Macam-macam ada dalam beg tu ha.

Jom layan gegambo Daim Naufal posing pulak. Pandai pulak si Daim ni berposing. Agaknya, tengok orang yang datang Kota Mini Lembang ni bergambar posing. Tu yang Daim pun nak posing sama !



Depan Baby Clinic tunggu kakak main


Depan Mini Bakery tunggu kakak dan abang




Posing depan kedai bear. Tak sempat kakak abang main. 5 wahana tiket main dah habis !

Depan Juicer maker


Depan Rumah Terbalik !


Tunggu depan Fire Dept untuk fire hati awak hahahah


Pop House like me. swet swet ajer


Isi petrol lai..lai..lai. 1 titik RM10


Hello London..ehhhhh hahaha



Kakak pun suka posing




Post saya kat hati awak, plsss :) :)



by hubby !






Bukan senang hubby nak amek gambar, sekali dia amek. Gini jadiknya hahahaha haru ! Bunga tu jugak jadi pujaan hatinya !


Tak pe, i pun bunga di hati u, kan !
.
Bye-bye KOTA MINI LEMBANG. See u ! 


3 comments on "PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : KE KOTA MINI LEMBANG BANDUNG INDONESIA"
  1. pergi mana- mana pun yang penting anak- anak happy kan..kalau diorang tantrum payah nanti..cantik la tempat ni..sama macam kidzania..

    ReplyDelete
  2. Comelnya Daim.. Pandai dia posing.. Seronok anak-anak dapat beraktiviti.. Kalau tengok mummy sharing ini macam kidzania cuma tempatnya open air gitu.. Menarik..

    ReplyDelete
  3. wah sgt berbaloi harga tiket compare dgn kidzania sini mmg jauh beza. budak2 tu pun nampak seronok kat sana

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com