SALAM ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum. Selamat bercuti kepada negeri yang bercuti pada Israk Mikraj. Dan selamat bekerja bagi yang tak berciti dinhari israk Mikraj seperti mummy. ISRAK MIKRAJ, tahun ni jatuh pada tarikh  3 April 2019 | 27 Rejab 1440H. Alhamdulillah, masuknya waktu maghrib 2 April 2019  bersamaan 27 Rejab 1440H iaitu peristiwa Israk Mikraj. Jom kita memahami akan makna Israk Mikraj itu sendiri.

SALAM ISRAK MIKRAJ



MAKSUD ISRAK
 


Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah SWT:


سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ


Maksudnya :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’: 1).

MAKSUD MIKRAJ


Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:



وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ.

عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ.

عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ.

إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ.

مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ.

لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ.




Maksudnya :

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama

Semoga peristiwa Israk Mikraj ini kita sama-sama memgambil ikhtibar dan pengajaran di sebalik peristiwa ini. Allahumma amin. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🕋
2 comments on "SALAM ISRAK MIKRAJ"
  1. isra' mikraj antara cerita zaman Nabi SAW yang paling suka and seronok dengar. tak pernah jemu..

    ReplyDelete
  2. Salam Israk Mikraj Linda.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat kasih Allah.. aamiin..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com