2ND BIRTHDAY DAIM NAUFAL ! SELAMAT HARI JADI SAYANG !

2ND BIRTHDAY DAIM NAUFAL ! SELAMAT HARI JADI SAYANG ! - 21 Jun  2017 atau 26 Ramadan 1438 merupakan ulang tahun kelahiran Daim Naufal yang selamat di lahirkan pada 21 Jun 2017 ! Sesungguhnya, dari mengandung hingga kini pelbagai pahit manis kita sekeluarga tempuhi bersama. Insyaallah apa pun terjadi, percayalah semua itu adalah GIFT dari Allah, sebelum DIA berikan pelangi. DIA akan hantarkan kilat, hujan dan petir terlebih dahulu !

Mummy sentiasa mendoakan kebahagian dunia dan akhirat buat anak-anak mummy. Di berikan kesihatan yang baik, di limpahkan rezeki halal tanpa putus dan sentiasa di dalam perlindungaNNYA.

Daim walau sedikit garang perangainya, tapi manja dan bijak budaknya !

2ND BIRTHDAY DAIM NAUFAL ! SELAMAT HARI JADI SAYANG !



Melahirkan Daim, tidak ada kesukaran langsung. Dari segi pendaftaran hospital, check up, dapatkan tarikh bersalin (pembedahan) sehinggalah nak dapatkan bilik di Hospital Serdang. Semua Allah permudahkan urusan kami ! Semua perjalanan berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.

Seperti biasa, 1 hari sebelum bersalin 20/6/17 mummy sudah di tahan wad untuk di masukkan tiub air kencing, di cek kesihatan kami berdua dan lelain prosedur.

Turn mummy untuk bersalin secara pembedahan di jadualkan pada waktu pagi (orang ketiga). Doktor menjangkanakan mummy akan di bawa ke bilik pembedahan kira-kira 10 pagi. Rupanya, 8 pagi lebih , mummy dah kena panggil untuk ke bilik pembedahan. Berdebar jangan cakaplah !

Doktor pakar bedah sangat efisyen pada hari tersebut ! Semua ibu yang bersalin pembedahan, beliau hanya ambil masa 1/2 jam je untuk keluarkan baby.

Mummy pun terkejut tau. Sangat cepat !

Tapi, prosedur selepas bersalin tu, bukan terus masuk wad, kena stay di kawasan bilik pembedahan dalam 1 jam macam tempoh bertenang dan monitoring. Sejuk jangan cakaplah ! Dari dalam bilik bedah sejuk menggigil. Mummy macam biasalah, dah 3x masuk bilik bedah untuk bersalin. So, sesiap request minta selimut banyak-banyak !

Masa Daim bersalin ni lagi beberapa hari nak raya (dah 26 Ramadan masa ni). Dalam bilik bedah pun di pasangnya lagu raya. Allahu ! Tak tahu nak gelak ke nangis masa ni !


2 bulan sebelum Daim keluar. Last kopek teropong 5D Daim !

Dalam pantang sama muka scan, kan !

Habis pantang beberapa minggu, agenda WAJIB kami setiap kali beranak ialah berjalan-jalan

PENGALAMAN RAYA DAIM NAUFAL !



Team raya Subang sebab berpantang kat Subang hehe. Pengalaman pertama Daim Naufal beraya AIDILFITRI 2017 pada umurnya 6 hari. Kuat menyusu ! Nangis nak susu lah tu !



AIDILFITRI 2018 team raya Perak. Pengalam raya yang kedua buat Daim. Masa ini (15 Jun 2018) belum setahun lagi umurnya. 1st baju melayu Daim raya tahun 2018 ni !


AIDILFITRI 2019 team raya Perak lagi hehe. Sebab family mummy beraya di Mekah. Kali kedua Daim memakai baju melayu di hari raya. 

Hari jadi kedua Daim, tapi dah 3 kali merasa sambutan Aidilfitri. Alhamdulillah !
8 comments on "2ND BIRTHDAY DAIM NAUFAL ! SELAMAT HARI JADI SAYANG !"
  1. Alhamduillah. Semoga adik Daim Naufal menjadi anak yang soleh kepada ibupa. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...happy birthday Daim..semoga membesar menjadi anakanda yang Soleh dan menggembirakan mummy & daddy

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, happy birthday Daim. Semoga membesar dan menjadi anak yang Soleh ye

    ReplyDelete
  4. daim good boy.. happy birthday sayang

    ReplyDelete
  5. awwwww sanah helwah cutie

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.. Sanah Helwah Daim.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia dunia akhirat ya nak.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  7. Semoga Daim menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu bapa. Daim lahir 21 Jun 2017 ye Adhwa 23 Jun 2016.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah.. Sanah Helwah Daim.. Semoga Daim menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu dan ayah..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com