ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK | Assalamualaikum korang. Selamat sejahtera. Korang kenal tak dengan anak seni yang ada masalah autisme? Ha...mesti ramai tak kenal lagi dengan anak seni autisme Ariq Azhafi. Mummy pun baru je tahu. Dah alang tahu tu. Mummy share ke blog mummy. Jom berkenalan dengan anak seni autisme ini, Ariq Azhafi? 


ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK


Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 


Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.



Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.


Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 


Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU DAN LIRIK KITA OLEH AYA ARIQ AZHAFI




Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.




Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.



Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.



Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

11 comments on "ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK"
  1. Syabas Ariq kerana akhirnya dapat melancarkan sigle "KITA" selepas sekian lama berusaha. Didoakan Ariq terus mengorak langkah mengejar cita-cita dan mencapai kejayaan cemerlang. Dalam apa jua keadaan setiap individu mempunyai keistimewaan dan bakat anugerah Tuhan. Sentiasa bersyukur kepada Allah swt.

    ReplyDelete
  2. syabas ariq dan family.. lagu kita nii mmg memberikan semangat kan

    ReplyDelete
  3. Syabas Ariq sebab dah buktikan yang anak autisme juga boleh berjaya kan..

    ReplyDelete
  4. Tahniah ariq tak mudah rasa rendah diri. Terus maju ke depan dan buktikan anak autisme jugak boleh berjaya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ariq. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ariq dan keluarga.. semoga terus succes ya..

    ReplyDelete
  7. Walaupun beliau seorang autisme tapi tak nampak pun sebab cara beliau lebih pada normal. Tahniah atas kejayaan yang dikecapi

    ReplyDelete
  8. Moga adik Ariq terus berjaya & suksess dlm bidang yg diceburi..Bagus adik ni, tak jdikan kekurangan tu satu alasan utk.berjaya..salute dari k.fiezz...

    ReplyDelete
  9. inner side tu yg akan bold kan everything, kan. thaniah dik. semoga ramau yang lebih terperinspirasi dengan adik.

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat ariq. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com