BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?

BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?   - Assaalamualaikum, selamat pagi semua. Korang dah tengok ke Boboiboy Movie 2?  Filem animasi tempatan Bo...

BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?  - Assaalamualaikum, selamat pagi semua. Korang dah tengok ke Boboiboy Movie 2? Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 ini adalah terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw. Mummy dan keluarga mummy dah khatam dah. Awal-awal lagi kami dah plan nak bawa anak-anak ke BOBOIBOY MOVIE 2. Tak tunggu pun review orang lain masa ni, booked dan just pergi. BOBOIBOY MOVIE 2 best ke tidak pada masa tu? I dont care. Justa watch hahaha. 


BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?


Mummy booking terus di aplikasi TGV. Dan memilih untuk menonton di TGV CHeras Cheras Selatan. Sehari sebelum Hari Raya AidilAdha. Hahaha. Orang sibuk kat dapur masak untuk raya. Kami anak-beranak dengan selambanya pergi tonton BOBOIBOY MOVIE 2. Setelah mummy dah tengok BOBOIBOY MOVIE 2. BOBOIBOY MOVIE 2 ni, mesti korang pon nak tahu best ke tidak movie ni,kan ?




Semestinya BEST ! Memang tak kering gusi di buatnya kami dalam panggung. Daim jelah, boleh bantai tidur haha. Bising-macam mana pun, time tidur tetap akan tidur. Punctual kononya hehehe.

SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2

Boboiboy Movie 2 kali ini memang lain dari yang lain. Dah taraf international dah !. Dari jalan cerita, watak dan kualiti gambar. Memang superb ! Jalan ceritanya yang tak membosankan berkisahkan BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. BoboiBoy dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Kemuncak cerita ini datang apabila, BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah diserang oleh Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan raka-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Retak'ka berjaya mendapatkan kesemua elemen kuasa yang ada pada Boboiboy.

Waktu ini, memang rasa kesian sangat pada BoboiBoy.

Boleh ke BoboiBoy menentang Retakka dengan sedikit kuasa yang tinggal?

Ha...bab ni, korang tengoklah sendiri ye, yang pastinya kisah perjuangan Boboiboy dan kawan-kawannya memang BEST. Ada watak anak kepada papa zola, si Dudu yang banyak hal dan banyak lah lagi yang menarik

BOBOIBOY MOVIE 2 ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water.


Bagi yang belum tonton lagi, mummy highly recommend pada korang. Serius tak rasa membazir bayar tiket wayang tu. #sisterhibur tau !






Baca Ini Juga


7 comments

  1. Seronoknya ~ Syaza belum berkesempatan tengok lagi. Anak pun masih setahun hihihi. Nanti la tunggu dia besar sikit :)

    ReplyDelete
  2. Belum tengok pun lagi. Tapi nak tengok.

    ReplyDelete
  3. LeYa tengok pun ramai cakap best movie boboiboy ni.. Tak sempat lagi nak pergi tengok

    ReplyDelete
  4. Hari tu Abang Man dengan anak bongsu Kak Sue si Adik ja pi tengok.. kata Adik best Ibu, siap nak repeat tengok lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Tak berkesempatan lagi nak tgok hehe tapi review semua ckp best

    ReplyDelete
  6. Memang best.. Anak-anak sha ajak repeat tengok.. hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau ada anak2, mmg wajib la bawak movie kartun ni..tmbh boboiboy ni..tgh hot..mmg anak2 berzikir kat telinga mak pak selagi tak bawak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -