LAGU IRAMA MALAYSIA DARI EMBAH JID

LAGU IRAMA MALAYSIA DARI EMBAH JID - Assalamualaikum dan Selamat pagi semua! Ada peminat lagu irama Malaysia tak! Mummy ni, bila umur dah nak meningkat ni. Memang layan juga lagu irama Malaysia. Asyikkk! 

LAGU IRAMA MALAYSIA DARI EMBAH JID


Bagi anak muda pulak, mummy tak pasti korang jenis suka ke tidak. Sebab ada 1 staff intern mummy (last yr) beliau suka lagu irama Malaysia. Karaoke pun beliau memilih layan lagi irama Malaysia! 

Salute juga bila ada anak muda macam tu. Kebanyakan anak muda zaman sekarang mereka ada pelbagai genre muzik. Yang terkini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop.Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. 

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".


SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???


Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu"Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .

PROFIL EMBAH JID :- 

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -




Apabila ena melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". 


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada"bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada. 

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana paergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.



PROFIL EMBAH JID :


12 comments on "LAGU IRAMA MALAYSIA DARI EMBAH JID"
  1. Biasa karaoke dengar dorang layan lagu jiwang je hehe. Susah nk dengar ank muda layan lagu asli melayu skrg ni.

    ReplyDelete
  2. chaiyokk embah jid.. org muo sama dgn akak gak

    ReplyDelete
  3. Terbaikla embaj Jod kekalkan lagu irama malaysia..lama dah tak dengr dekat mana-mana lagu irama ni kan..

    ReplyDelete
  4. kdg² layan lagu irama malaysia ok jugak..

    ReplyDelete
  5. Zaman sis dah tak leh terima lagu2 zaman skrg. Now balik semula ke lagu2 cam gini lagi syiok..hehehe

    ReplyDelete
  6. Kita mmg suka layan irama malaysia walau pun zmn skrg dh maju. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Remaja dan kanak2 harus diperkenalkan dengan irama malaysia ni.. Bg memupuk semangat cintakan irama melayu..lagu dan joget

    ReplyDelete
  8. Sesekali dengar irama Malaysia memang best...

    ReplyDelete
  9. Semoga embah jid terus sukses..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dengar pulak embah jid ni.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com