4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

4-IN-1 BUFFET DINNER  DI RESTORAN ROYALE SONGKET - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Wow..wow..wow promosi buffet dinner  DI ...


4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Wow..wow..wow promosi buffet dinner DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM kembali lagi ! Apa yang menarik 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM . Ha..jom baca sampai habis ye !




4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM food di sini adalah dari Chef (Senior Chef De Cuisine) : Chef Al-Hafiz Bin Redzuan yang menawarkan tema terbaharu bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in-1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia di Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam . 


Di sini, terdapat pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments. 




Tumpuan utama bufet makan malam kami ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. 


Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis. 


Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood. 


Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam di sini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung. 


Dessert / Pencuci mulut 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Cakap tentang pencuci mulut ini, haih...part ni paling anak-anak kami suka ! Yang sorang suka kek coklat, sorang lagi suka kek pelangi ! Tak cukup makan kat Hotel Grand BlueWave. Siap bungkus bawa balik lagi tau !





So, kanak-kanak ni memang tak pandai bohong ! Kalau sedap, memang dorang akan kata sedap !





Selain 2 kek yang mummy nyatakan di atas. Ada lagi pilihan pencuci mulut yang lain seperti Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi! 



HARGA 4-IN-1 BUFFET DINNER DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM


4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Harga yang ditawarkan ialah 
RM 95.00+ bagi seorang dewasa
RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak (4 tahun hingga 11 tahun)

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi :-

Telepemasaran : 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 

Layari laman web www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut. 



Baca Ini Juga


4 comments

  1. Dapnya semua makanan....bila nak ajak akak makan kat sini....

    ReplyDelete
  2. 4-in 1..senang mkn sini mcm2 ada menu nya...lpr blk tgk gmbr2 tu

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan kan Linda kalau kat Bluewave nie..

    ReplyDelete
  4. meriah betul pilihan makanan yang ditawarkan.. berbaloi sangat nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -