ALHAMDULILLAH! 2ND RUNNER UP FOR SEPTEMBER

ALHAMDULILLAH! 2ND RUNNER UP FOR SEPTEMBER - Syukur, rezeki mummy di AIA. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu mummy sekarang bersama denga...

ALHAMDULILLAH! 2ND RUNNER UP FOR SEPTEMBER - Syukur, rezeki mummy di AIA. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu mummy sekarang bersama dengan AIA. Kalau korang perasan dulu-dulu mummy tak rajin nak cerita details tempat kerja atau kerja mummy dalam blog. Tapi, sebenarnya ada je menyelit. Sapa yang dapat trace, good job! Haha

Dan, mummy dengan drastiknya tetiba nak join AIA. Bila adanya program Elite, program ni baru je mula tahun 2019. Dan, tak lama pengambilan batch ELITE ni. Secara amnya Elite ni program under direct AIA. Walau mummy adalah di bawah agensi Caliph Group. Apa yang mummy suka, dia ada proper training, displin dan ada imbuhan seperti gaji. Full time! Okay, tak nak cerita details dulu bab ni, yang mummy nak cerita kan sebenarnya ialah sebelum ni, mummy tak berapa nak confidence nak cerita dalam blog

ALHAMDULILLAH! 2ND RUNNER UP FOR SEPTEMBER 



Tapi, kang mummy tak cerita ada yang anggap mummy agen AIA yang tak bersungguh pulak,kan.

1st time, rasa nak share tentang moment indah mummy dalam AIA. ALHAMDULILLAH! 2ND RUNNER UP FOR SEPTEMBER dalam agensi sendiri. 

Mummy.. Tak aim pun benda ni. Mummy masuk industry ni sebab nak masa yang fleksi. Tak adalah anak-anak terabai. Nak bawa klinik, hospital, nak pergi perjumpaan sekolah tak payah cuti. Kita adjust masa sendiri je. 

Nampak mudah, tapi hakikatnya kerja sampai malam juga. Tapi, boleh berkomunikasi dengan client di mana-mana je! Korang nak wasap pukul 12 tengah malam pun, mummy okay je haha

Baru ni, tepek kat Whatsapp stories. I love to share there. Ada yang wish congrats, ada juga yang tanya "Senangnya ko buat sales". OMG senang tak senang lah! Sampai tidur pun ko mimpi Insurans.

Nak dekat closing date, otak ko merayau. Tak tahu terbang ke mana fikiran tu ha. 

Rambut di shampukan dengan shower gel. 

Pakai baju terbalik

Pakai tudung terbalik

Alhamdulillah, walau apa pun.. mummy suka dengan rakyat Malaysia kita yang ada kesedaran produk Insurans. 

Yang tak de kesedaran tu.. Lantak pi lah, tak payah fokus yang bab negatif tu ha. Once masuk jiwa negatif, lelama ko pun hanyut ke laut China Selatan nanti hehehe.

Ada je yang minta pandangan mummy, nk Insurans macam ni, macam tu. Tapi, tak ada bajet. 

I am okay, mummy bukan agen cekik darah. Ko nak insurance yang harga bawah RM50 pun boleh bagi. 

Ikut lah bajet memasing, kan.

Eh..eh.. Melalut pulak.. Sebenarnya mummy nak cerita tentang achievement mummy bulan lepas. Bulan-bulan sebelum tu pun ada juga achievement. 

Tapi, macam mummy bagi tahu tadi lah. Tak confidence nak tepek sini haha.

Kenapa baru nak letak? Sebab mummy ada dapat pertanyaan dari member mummy. Ko ni buat insurance ke tak. Tak nampak macam buat insurance pun.

Kat media sosial pun tak de, blog pun tak de. 

Hahaha.. Oklah, sekarang I tepek. OK! Mummy suka tepek bab kerja ni di FB PAGE khas dan IG khas.

Memang jiwa dari dulu macam tu. Media sosial personal tu suka cerita bab personal je. Termasuk lah blog. 

Kang letak bab career je kan, orang annoying pulak kan! 

Bila fikir-fikir balik.. Oklah.. Sekali sekala tepek lah sket bab kerjaya kat blog. 

BTW, Terima kasih pada semua yang support mummy. Especially geng GSL Blogger 😘😘😘

Baca Ini Juga


12 comments

  1. Alhamdulillah tahniah mummy! Mummy kalau jauh boelh ke register dgn mummy? Survey dulu ><

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah! Baru start dah boleh masuk carta. Keep it up kak lin

    ReplyDelete
  3. Tahniah, mudah2an jadi champion nanti

    ReplyDelete
  4. Congratulations dear! Part syampu tu lawak..tapi I pun pernah jadi macam tuh jugak. HAHHA!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....tahniah Linda ...semoga terus success

    ReplyDelete
  6. tahniah mummy...keep up the good work...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Linda.. Linda memang rajin kerja dan usaha. Kak Sue suka cara Linda buat keje.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki tau.. ❤

    ReplyDelete
  8. wah.. Tahniah Mummy.. semoga lebih cemerlang di masa akan datang.. aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -