Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri

Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Fuh, cipta rekod kami kali ni...cuti sekolah masih lagi jalan-jalan dalam bandar sekitar Selangor KL je. Sebenarnya, Dhia dan Dzal lama dah berzikir nak ke kidzooona. Bila tengok balik memori gambar dan video lama. Semasa Dhia dan Dzal kecil, kami rajin bawa mereka ke kidzooona. Rupanya, mummy dan daddy dah tak sempat bawa lagi Daim Naufal (setelah dah dapat kaki) ke kidzooona. Oleh kerana Daim dah 2 tahun dan dah kenal erti main, mummy terus setuju dengan kehendak Dhia dan Dzal untuk bawa ke kidzooona musim cuti sekolah ni.

Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri



Baca juga : kidzooona 2018

kidzooona pilihan kami kali ini ialah di AEON Taman Maluri. Almaklumlah ...tempat baru, dan AEON Maluri ini antara tempat viral yang sedang di gembar gemburkan. Macam-macam pilihan ada di sini, tempat makan dan tempat shopping juga sangat banyak.

Kami sampai di kidzooona AEON Maluri awal pagi. Senang datang awal pagi ni. Mudah cari tempat parking dan juga proses pendaftaran untuk membawa anak-anak masuk ke kidzooona.

Orang pun tak ramai lagi pada waktu pagi ini, memang sakan anak-anak kami conquer kidzooona AEON Maluri ni.



Dah ada kad baru untuk keahlian kidzooona, ada free 500 point lagi. Ajommmlah kita register.

HARGA MASUK KE kidzooona



Berapa harga masuk ke kidzooona? Murah je harga masuk ke kidzooona. RM18 (hari biasa) dan RM22 (hari cuti umum atau hujung minggu). Yang bestnya, harga masuk ke kidzooona untuk ibu bapa adalah PERCUMA je !



Tempat letak kasut dan selipar. Oh ya, makanan dan minuman juga tak di benarkan bawa masuk ke sini. Semua kena tinggal di kaunter !

Jom main.....






kidzooona ni, bukan kekadar tempat bermain. Tapi, ianya sangat bagus untuk tumbesaran mental dan fizikal anak. Seperti tempat Ball Pool ini, ianya bagus untuk membantu penyelarasan otak dan badan ketika bermain.


Di Ball Pool ini, ada buaian dan juga gelongsor angin.


Anak main, mummy boleh rehatkan diri di kawasan rehat yang mempunyai sofa yang empuk. Anak boleh main, mummy pulak boleh buat kerja apa yang patut. Mummy pun syioookk sama lepak di kidzooona ni ! 


Alamak, bateri habis pun muka ada senyum daaaa.. Haruslah ada senyum,kan. Merata-rata ada plug untuk cas hand phone atau iPad. Aihhh, kalau macam ni, hari-hari anak nak datang sini pun mummy tak dak, hal ! kekekeke.

ROLE PLAY DI kidzooona Maluri





Tempat main role play di kidzooona ni, mengingatkan mummy pada mainan zaman silam mummy masa kecil. Main 'olok-olok' atau main 'mak-mak' hahaha.  Masa tu,habis semua jiran-jiran pun turut keluarkan mainan masak-masak, teddy bear, anak patung, petik daun untuk jadikan alatan memasak dan juga duit.


Tapi, di kidzooona ni lagi best...ada banyak mainan 'olok-olok' anak boleh bermain seperti doktor haiwan, main jual beli di kedai aiskrim, kedai jual beli nurger, kedai bunga, kedai makanan Jepun, klinik, saloon kecantikan, supermarket, hospital, dapur memasak, lumba basikal dan banyak lagi.

Daim Jadi Pembeli (Buyer) di kidzooona












Walau pertama kali dapat bermain di kidzooona, gaya Daim jadi pembeli boleh tahan. Pandai role play !









Dhia jangan cakaplah, dah biasa ke kidzoona sejak umur 1 tahun lebih lagi. Boleh buat macam rumah sendiri main dalam ni hehehe.









Daim jadi penjual pulak, hehehe kemahen bergaya dengan uniform chef Jepun tu ha...




Selain role-play.... ada tempat bermain kereta di track juga. Ha, bab kereta, lori semua ni memang favorite Daim lah. Tak payah ajar dan beritahu. Daim sendiri cari dan main sendiri. Senang keje mummy, boleh pertai dari jauh je.

Oh ya, kidzooona ni keselamatannya sangat bagus. Budak-budak tidak boleh keluar masuk sesuka hati tanpa ibu bapa / penjaga.

Mummy, ada keluar sekejap nak pi beli air. Tup..tup Dzal nak ke toilet. Cousin Dzal nak tolong bawakan Dzal keluar dari kidzooona. Memang staff kidzooona minta Dzal tunggu mummy datang juga. Tak boleh keluar tanpa ibu bapa /penjaga



Kemahen Dzal panjang nau senapang tu ha... Nak perang ke mana tu??




Kalau kat rumah, jangan harap mummy dan daddy nak bagi main pasir. Banyak pasir kurang bersih di kawasan rumah kami. Tu sebabnya jarang nak bagi anak-anak main pasir.

Bila ke kidzooona ni, suka lah depa. Dapat peluang main pasir, sebenarnya main pasir ni bagus untuk halus anak-anak



Langkah kanan, datang weekend...macam-macam aktiviti ada. Menari dan menyanyi bersama maskot dan juga sesi mewarna. Sesi mewarna ni, masa kitorang datang akan di adakan dalam pukul 3-4 petang. Malangnya, bebudak semua dah lapar nak take a break. Sudahnya, kita semua tak sambung datang balik.

Insyaallah nanti mummy bawa kids datang lagi dan join semua aktiviti di kidzooona.

Kalau korang semua nak tahu tentang promosi terkini atau aktiviti di kidzooona ni, korang boleh layari ke 



9 comments on "Program Cuti Sekolah ke kidzooona AEON Maluri"
  1. bdk2 dpt p kidzoona ni mmg seronok la..tisya kecik2 dlu pn ada bawa juga pi sini

    ReplyDelete
  2. Anak anak saya kalau dah masuk Kidzoona ni memang tak ingat dunia dah. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Syoknya lahai masuk kidzoona. Harga pun ok. Next time boleh sha cadangkan kpd kakak utk bawa anak dia.

    ReplyDelete
  4. Best nya ni. Kalau anak2 saya, confirm lah tak mau nak balik. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. seronok tengok budak2 ni main kat Kidzoona. rasa nak joint sekali main. hehe. mak pun suka, tmpt lepak, best. haha

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi time weekands memang bestlah.. banyak aktiviti.. berbaloi bayar harga tu..

    ReplyDelete
  7. Seronok budak2 jalan masa cuti sekolah ni. Datang tempat gini nak balik lewat sikit pun tak pe dah. Sebab bebudak cuti. Kalau hari sekolah sebelum petang dah kena balik rumah.sebab nak rehat kat rumah pulak. Hahah.

    ReplyDelete
  8. wa.. banyaknya pilihan permainan kanak2 kat sini.. berbaloi la dengan harga tu..

    ReplyDelete
  9. Eh dekat dgn rumah Sally... Hehehe... Sally tak masuk lagi Aeon Maluri lepas dia dah reopening ni... Nnt nak suruh kakak bawak anak buah laa

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com