Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Pejam celik dah Disember dah huhu. Sekejap je masa berlaku. Cerita bulan bulan lepas, mummy ma...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Pejam celik dah Disember dah huhu. Sekejap je masa berlaku. Cerita bulan bulan lepas, mummy masih tak siap publish haha. Penuh draft kat blog ni ha. Awal bulan, kalau dulu ada announced top komentar blog mummy. Tapi, sekarang tak ada sebab blog ada prob baru ni. So, top komentar akan di tukar giveaway je lah nanti ye. Doakan mummy murah rezeki. Boleh buat giveaway duit besar sket. Oh ya, cerita pasal entri blog tertunggak. Alhamdulillah, Dhia, Dzal dedua dah naik tali pinggang kuning untuk sukan Taekwondo mereka. Grading yellow belt ni, ikut umur. Bukan sama rata nak kena kuat dan pandai untuk batch dorang. 

Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo 





Lama tak amek gambar anak kami pakai baju taekwondo dan letak dalam blog . So, entri kali ni mummy nekad nak publish untuk post Dzal dan Dhia Grading Yellow Belt Taekwondo. 

Entahlah beberapa bulan ni, rasa letih yakmat dan malas nk tengok blog pun ada juga hehe. 

Holiday mood sajo! Haippp tak baik okay.. Walau tak aktif Disini, bab keje, bab anak wajib lah aktif. Ye dok! 





Sekitar grading Taekwondo anak kami. Mummy duduk dalam kereta biasalah Daim tu, time ni lah nak tidur. Time ni, nak susu. Aihhhhh.. Apa pun, Alhamdulillah dapat teman kan anak-anak grading Taekwondo dan untuk pengehtahuan korang. Mummy tak pernah miss hantar dan tunggu anak bertaekwondo. 

Penyokong tegar anak kami!

Alhamdulillah settle yellow belt, moga anak-anak terus maju Jaya hendakNYa

Cerita bab cuti sekolah, cuti atau tak cuti Taekwondo ni lah antara aktiviti wajib anak kami. 

Lain-lain program tu kita adhoc aje lah. Movie, jalan-jalan cari makan dan lelain.... 

Apa program anak korang cuti sekolah ni? 

Baca Ini Juga


8 comments

  1. Proud mommy ya kak. Alhamdulillah 😊. Anak buah Sha setakat hari ni duduk rumah mak je kat Beranang ni. Tebgah Disember rasanya baru nk keluar berjalan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dhia dan Dzal. Dah tukar belt. Anak anak saya dah grading tapi jeputudan tunggu next class diorang nanti

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mummy, kuat demi anak2.
    Tahniah juga buat Dzal & Dhia. Keep it up.

    ReplyDelete
  4. Tahniah! dulu i sampai kuning juga tak silap. bila da pindah sekolah terus tak tersambung hahaha... BTW salam kenal and done FOLLOW from www.lizaizara.com

    ReplyDelete
  5. wah...
    tahniah alin & anak-anak.
    setakat ari ni, lom jalan-jalan lagi. ijat sunat :)
    weekend akan dtg ni baru la kami nak naik KL.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahbiah buat Dzal dan Dhia..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -