INNALILLAH..ALFATIHAH BUAT ARWAH AHMAD SUFYAN BIN MOHD YUSOP

INNALILLAH..ALFATIHAH BUAT ARWAH AHMAD SUFYAN BIN MOHD YUSOP - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mummy masih tak boleh move on dengan kesedihan ini. Walau beberapa bulan kenali client (AIA Insurance) mummy ini, tapi terasa seperti lama sudah kenali beliau. Dari client AIA, borak punya borak (hantar polisi) arwah merupakan junior mummy sewaktu sekolah rendah. Mak arwah juga ustazah di sekolah tersebut. Mummy sempat mengenali keluarga arwah juga.

Orang kata firasat kita boleh tahu, yang kita akan pergi.

Arwah merupakan staff di Emirates Airlines. Nak ikutkan, mereka sudah ada subsidi medical card company (hakikatnya medical card company is belongs to company..kalau resign atau keluar dari situ memang tak ada protection lagi). Setiap ahli keluarga arwah, mempunyai perlindungan medical card sebanyak RM1juta limit. Tetapi, arwah bercadang nak buat medical card untuk semua (sekeluarga) sebagai medical card tambahan. Katanya, kita tak tahu akan datang macam mana. Kerja berjauhan dengan keluarga..

Keduanya, arwah ada whatsapp mummy bahawa beliau telah bayar lebih untuk polisi medical card keluarga untuk beberapa bulan. Arwah bayar secara sendiri menggunakan aplikasi MY AIA. Langsung tak menyusahkan mummy. Nak ikutkan mummy boleh bantu bayar di kaunter AIA.

Ketiganya, arwah sangat baik hati...Arwah juga mewar-warkan perkhidmatan mummy sebagai AIA consultant kepada rakannya di tempat kerja arwah. Alhamdulillah, beberapa orang kawan arwah ambil polisi seperti arwah. Baik sangat arwah ni sebenarnya.

Banyak bantu mummy ..banyak bantu kawan-kawannya...

Ya Allah, rupanya...ini petanda beliau nak pergi.....

Facebook telah di padamkan



Paling terkilan...
Kali terakhir mummy terima Whatsapp adalah pada 1.2.2020 (waktu ini mummy tak banyak balas tulis whatsapp pada arwah..sb Daim dalam wad). Terkilan juga tak sempat nak bertanyakan kesihatan beliau pada waktu itu. Sedihnya....

Dan..secra tiba-tiba
Semalam 3.2.20 (ketika dalam wad sebab daim admit) mummy dapat terima panggilan dari Dubai (client mummy, rakan sekerja arwah) call mummy. Beritahu arwah telah pergi menghadap Illahi....Tiada sakit, tiada apa petanda. Arwah pengsan ketika sedang bekerja.

Kawan arwah di Dubai memberi tahu bahawa jenazahnya di semadikan di Dubai sahaja. Keluarga arwah ke Dubai untuk menguruskan apa yang patut.

Terus sedih sangat, Ya Allah tempatkanlah beliau di syurgamu ! 

Insyaallah, minggu depan mummy akan visit keluarga arwah.



8 comments on "INNALILLAH..ALFATIHAH BUAT ARWAH AHMAD SUFYAN BIN MOHD YUSOP"
  1. Salam Takziah. Sedih bila ada ahli keluarga, kawan atau kenalan pergi tanpa dijangka. AlFatihah.

    ReplyDelete
  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah.. semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.. aamiin Ya Rabb.. Memang kalau orang baik dengan kita, baik pula budi bahasa kita akan terasa kehilangan depa kan..

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiuun... Arwah macam tahu saja dia nak pergi kan.

    ReplyDelete
  5. innalillah...
    moga beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  6. Salam Takziah.. semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh.. Aamiin Ya Rabb

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com