Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah?

Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah? - Pernahkah anda berasa kecewa apabila tingkap kuasa sukar digerakkan ke atas dan ke bawah, namun anda terlalu sibuk sehingga anda tidak sempat untuk mendapatkan bantuan mekanik sebelum ia tersekat? 


Atau pernahkah anda berdepan dengan masalah getah tingkap kediaman anda atau pintu peti sejuk telah mengeras sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik lagi? Secara pada asasnya tingkap dan pintu peti sejuk anda tidak tertutup rapat – malah menyebabkan ada ruang terbuka – dan apa yang anda fikir boleh dilakukan adalah mencabutnya dan mengantikan getah itu dengan yang baharu? 

Jelas, keadaan ini menunjukkan bahawa getah dan PVC mudah mengeras dari masa ke masa. Untuk mengatasi masalah ini, selalunya kita memerlukan pelincir bagi mengembalikan getah yang mengeras itu kepada keadaan asal. 

Inilah sebabnya mengapa Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® menjadi penting supaya ada di setiap rumah. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah sembur pelincir silikon ini pada permukaan yang bermasalah. 



Ia adalah formula tanpa pewarna dan berkesan dalam memberikan pelinciran yang sangat baik, tanpa mengotorkan. Ia juga melindungi daripada kelembapan, dan kalis air. 

Adakah anda sedang melakukan kerja penyelenggaraan rumah dan mendapati paip saliran plastik tersekat? Tiada masalah. Hanya semburkan pada bahagian terbabit dan anda akan dapati ia akan mudah dibuka. 

Selain getah dan PVC, produk ini juga berkesan ke atas logam dan vinil. Jadi, anda boleh menggunakan produk ini pada engsel pintu dan kunci mangga, dan untuk menanggalkan 

bahan tampalan seperti tampalan pintu PVC, pemasangan tolak paip dan banyak lagi. 

Manakala bagi tingkap kuasa yang bermasalah, curahkan dan semburkan Pakar Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® di sepanjang penyisipan getah di kedua-dua sisi serta bahagian atas pintu kereta, dan lapkan lebihan yang ada. Biarkan selama beberapa minit, dan tingkap kuasa anda boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti biasa. 

Untuk maklumat lanjut dan tips, mengenai barisan produk pakar automotif, boleh melayari 


MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive 

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia

2 comments on "Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah? "

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com