21 JENIS RESEPI DESSERT MUDAH MASAK DAN GERENTI JADI

21 JENIS RESEPI DESSERT MUDAH  MASAK DAN GERENTI JADI - Assalamualaikum.. semua, selamat petang semu. Tengah buat apa tu? Hehe. Tengah nak cari Resipi Mudah Masak dan senang ke tu? Nah.. Ni mummy sharekan 21 RESEPI DESSERT MUDAH DAN GERENTI JADI. Hat tak berapa nak mudah, resepi hat tak berapa nak jadi kita tak share. Ni semua resepi dessert gerenti jadi je kami share. 



21 JENIS RESEPI DESSERT MUDAH  MASAK DAN GERENTI JADI
 



21 JENIS RESEPI DESSERT MUDAH  MASAK DAN GERENTI JADI 1st sekali.. Meh tengok resepi Kastard Jagung. Resepi ni korang boleh tengok dessert Tuan tanah (mummy) punya dessert dulu lah ye. Hehehe. Dessert pudding jagung ni antara favourite mummy. Senang masak, senang simpan, senang nak makan. 

Simpan dalam peti ais. Bebila nak makan ulang-ulang pun boleh makan. Haaa... Best, kan! 



















Selamat Mencuba

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum Assalamualikum dan selamat sejahtera semua ! Macam mana dengan PKP / MOC korang? Fuh, bagi mummy mencabar jugaklah. Walau mencabar, mummy tetap jaga kesihatan kulit muka. Even, mummy tak keluar rumah sangat. Rasanya, inilah masa paling sesuai memperbaiki dan menjaga kulit kita untuk lebih canti dan lebih remaja. Mummy senang aje, gunakan aje Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum


Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum, CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM, Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum,

Muka fresh je bila mummy menggunakan Krim Malam Untuk Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum. Tengok tu, make up pun jadi sooth, padahal mummy make up simple je tu. 2 way cake powder, blusher, eye shadow, lipstik dan eye brow je. 

Murad® antara jenama penjagaan kulit klinikal favorite mummy, Murad Retinol Youth Renewal Serum ini bersifat anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan.

Dikuasakan oleh teknologi Murad Retinol Tri-Active Technology, serum bertindak cepat ini mengurangkan garis kedutan yang mendalam, menegangkan, melicinkan warna kulit, menyinar dan memudakan kulit. Mengikut kajian yang ditaja oleh Murad, 93% pengguna telah melihat pengurangan garis and kedutan pada kulit mereka manakala 98% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah menyaksikan kulit yang lebih kukuh selepas hanya dua minggu penggunaan.*

Sementara banyak produk retinol di pasaran bergantung kepada satu bentuk retinol dan boleh mengambil beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara, formula unik Murad mempunyai gabungan tiga teknologi retinol untuk menyampaikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga sistem serampang ini, Retinol Youth Serum Mata Pembaharuan menyampaikan paras optimum retinol dengan bekerja lebih cepat, menyampaikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan.

Retinol Tri-Active Technology berfungsi melalui tiga cara:

1. Fast-Acting Retinoid: Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular;

2. Time-Released Retinol: Diadopsi dalam cangkang lipid yang perlahan-lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retonil yang konsisten dan berterusan sepanjang masa;

3. Retinol Booster: Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol.

4. Peptide-rich Red Algae Extract meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam.

Sebagai tambahan kepada penggubalan dasarnya, Murad Retinol Youth Renewal Serum Eye juga merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu membantu di dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabila dipasangkan dengan bahan aktif yang lain, mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Serum juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan.

CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum, CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM, Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum,

Mudah je nak menggunakan krim malam Murad  Retinol Youth Renewal Serum. Pastikan sebelum memakai Murad  Retinol Youth Renewal Serum. Korang cuci muka, dan menggunkan toner dari Murad untuk kesan yang maksimum.

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum, CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM, Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum,

1. Pam secara tekan Murad  Retinol Youth Renewal Serum sehingga krim keluar di bahagian atas.
2. Ambil krim Murad  Retinol Youth Renewal Serum tersebut
3. Sapu rata di bahagian kulit muka hingga ke kulit leher.
4. Siap ! Tak perlu cuci dan bilas 

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum, CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM, Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum,

Apa yang mummy sukakan dengan Murad  Retinol Youth Renewal Serum ialah tekstur krim Murad  Retinol Youth Renewal Serum berwarna putih susu ini bersifat lembut dan tidak melekit.

Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum


Murad  Retinol Youth Renewal Serum sesuai di untuk semua jenis kulit samada kering, berminyak, kombinasi, sensitif dan berjerawat !

Krim Malam Meremajakan Kulit Murad Retinol Youth Renewal Serum, CARA MEMAKAI KRIM MALAM MURAD RETINOL YOUTH RENEWAL SERUM, Siapa Boleh Menggunakan Murad  Retinol Youth Renewal Serum,

Retinol Youth Renewal Night Cream (RM 428, 50mL) boleh di dapati di Murad.com.my, kedai-kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara . Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Serum atau produk-produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau layari  di FacebookTwitterInstagramYouTube and Pinterest.

NEW COMEDY ‘MONSTER BEACH’ PREMIERES ONLY ON CARTOON NETWORK

NEW COMEDY ‘MONSTER BEACH’ PREMIERES ONLY ON CARTOON NETWORKHi guys, my kids ready for some fun with Cartoon Network's surf-siblings Jan and Dean and a bunch of thrill-seeking monsters on the island of Iki-Iki 😍

NEW COMEDY ‘MONSTER BEACH’ PREMIERES ONLY ON CARTOON NETWORK




Daim just recorded video by himself, please watch it at my Instagram and Facebook

So, how about you? Are you ready? Let's catch Monster Beach every Saturday, 6.30pm on Cartoon Network 👍👍👍👍

Animated in Malaysia, episodes air every weekend from Saturday, April 25 on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635)

Summer just got a lot more exciting with an out-of-this-world tropical getaway you’ll soon discover in Monster Beachpremiering on Saturday, April 25, 6:30pm on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635). New episodes air every weekend at the same time. Find out if surf-siblings, Jan and Dean will experience the best – or worst – summer of their lives!

Ahead of the premiere, get ready for this exciting holiday with a full-episode sneak peek on Cartoon Network APAC YouTube - https://bit.ly/SneakPeekOnYouTube or Facebook - https://bit.ly/SneakPeekOnFacebook(@CartoonNetworkAsia). S1E02: “Lagoon Goons” -When Amphibia mistakes two visiting lazy Aussie sealions for an endangered New Zealand species, the kids invent a translating app to uncover the truth of who they really are. 

Written and produced in Australia, it’s animated by Inspidea, a Malaysian-based studio behind other Cartoon Network originals such as Mighty Magiswords.

Cartoon Network’s Monster Beach follows the frightfully funny adventures of surf-siblings Jan and Dean. Enjoying an endless summer vacation, they have a monster good time on the island of Iki-Iki hanging out with their laidback uncle and a bunch of mischievous, thrill-seeking monsters.

Together with their new fiendish friends, they cruise around in hopped-up hot-rods to unravel the mysteries of a local surf legend and prevent the bad guys from ruining their fun. Monster Beach is much more fun than your typical tropical getaway. After all, life’s a real adventure when your friends are misfit monsters.

This series is sure to become a monster hit from the very first wave!

Catch the show on weekends from Saturday, April 25, 6:30pm on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635).

SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE!

SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE ! Assalamualaikum / Selamat sejahtera semua, dah 3 hari berpuasa baru sempat nak menulis.. haha. Siapa kata, PKP ni bosan, I tak cukup kaki tangan tau, PKP ni huhu. Dengan meeting online, training online, dengan layan customers, layan sekolah online anak, nak masak, nak kemas rumah, kemas dapur haha.

Sebelum terlambat, rasanya tak terlambat pun hehehe. Mummy dan keluarga nak mengucapkan SALAM RAMADAN buat semua ! Maaf Zahir dan Batin !



SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE ! 


Cakap pasal kemas dapur, 3 hari pun tak siap 100%. Dari 1 Ramadan kemas bahagian dapur. Jenuh nak kasi kemas dapur yang sengkangkang kera tanpa kitchen cabinet. Tak pe lah, dapur bogel pun. I dont care, yang penting kena kemas dan minimalis. Almost bertahun tak cuci dapur 100% (bukan tak cuci langsung 100%) tak cuci 100% aje. Kami hari bekerja banyak habiskan masa duduk rumah mak mummy. Kalau balik rumah sendiri setakat mop dapur tu memang lah wajib, cuci kain lap, cuci tingkap dapur. Tapi, hat tipuware melambak tu tak sempat nak kemas. So, 1 Raamdan dan 2 Ramadan (semalam) berjaya sorting pinggan mangkuk (tukar ke jenis lain. Pakai hat Arcopal arwah mak suami. Corelle tu, kasi simpan. Tukar mood pulak hahaha). Tipuware pulak, alhamdulillah 100% dah cuci, sorting. mana rasa tak elok, tak nak pakai. Buang terus. Sayang tu sayang juga. Tapi, kena jugak Marie Kondo ! Tutup mata dan buang aje hahaha.






Sakit mata kalau dapur penuh barang tak tersusun, so memang nekad, tanamkan niat nak pulun cuci awal Ramadan ni. Nak berpuasa dalam keadaan yang indah-indah gitu.

Dhia pun dah boleh puasa penuh, alhamdulillah. Mummy tak paksa pun Dhia untuk puasa penuh. Memang sejenis mummy malas nak paksa anak-anak. Tapi, Dhia sendiri yang nak puasa penuh. Syukur....

Dzal, masih berlatih lagi. Half day pun okay dah. Mummy tak larat nak dengar soalan setiap minit,"bila nak buka puasa". Azan Zohor berkumandang, terus mummy bagi buka.

Lepas kemas dapur 100% , next projek nak kemas bilik tidur utama 100% pula. Tengah fikirkan beberapa storage untuk nampakkan minimalis. So far, bilik utama tu dah ada almari paling besar (tinggi ..almost hampir siling) dan katil pun KIng Saiz. 

Bila atok & Omma tinggal di rumah kami, bilik anak-anak dah jadi bilik atok & Omma. So, baju anak-anak separuh dah berada di bilik kami suami isteri. Nampaknya kena letakkan storage kot. Ntahlah, penat fikir bab kemas. Kena duduk diam-diam sampai dapat hidayah gituuuu

Seronok pulak, bila MCO / PKP ni lama, dapatlah mummy plan kemas itu ini. Bab masak, buat masa ni, masak lah. Tapi lauk simple aje ! 


PKP RAMADAN COD KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI MADINAH DI KAJANG, BANGI, SEMENYIH

PKP RAMADAN COD KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI MADINAH DI KAJANG, BANGI, Semenyih - Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua. PKP ni, bukan mudah bila seorang mummy yang bekerja, nak kena uruskan anak-anak, sekolah online anak-anak, bisnes online dan tambahan bisnes kurma pula hehe. 

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?

Jual kurma pula ke? Asalnya, kami borong kurma untuk buat gifts, lepas tu dapat idea untuk menjual.. Dah Alang-alang kan... 

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?
Pos setiap hari 

So, PKP RAMADAN COD KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI DI KAJANG, BANGI, SEMENYIH


PKP RAMADAN COD KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI DI KAJANG, BANGI, SEMENYIH


Yes kami ada buat delivery, menggunakan runner untuk sekitar berdekatan Kajang, Cheras, Bangi, Semenyih serendah RM5. Manakala delivery dalam apartment ni. Tiada cas, melampau la nak cas kan.

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?
Special packaging as requested 

Kurma yang kami ada sepanjang  PKP RAMADAN ialah KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI MADINAH. 

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?


Kelebihan Kurma Dried Rotab


APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?

Special packaging as requested 

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?
100g order, customer beli untuk sedekah

Kurma Dried Rotab ni saiz besar ala jumbo, sedikit manis dan sedikit rapuh. Macam cair di mulut gitu. 

Kurma Dried Rotab ini tak terlalu basah dan tak terlalu kering. Berwarna coklat dan sedikit berkilat luarnya

Harga Kurma Dried Rotab ini sangat murah dan mampu di milik. 

Serendah RM3/g, RM15 /1kg dan RM85/6kg

Kelebihan Kurma Mariami Special

APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?

Kurma Mariami Special ni adalah berbeza dengan Mariami lain, tak sama dengan kurma Mariami A, AA, Jumbo. Kurma Mariami ni sangat special sebab tu namanya special. 

Saiznya panjang, buahnya semua cantik-cantik.

Teksturnya kering tetapi tidak liat. Antara Kurma favorite ramai. 

Harga kurma Mariami Special ini tidak terlalu mahal dari RM5/100g, RM40/1kg, RM180/5 kg

Kelebihan Kurma Ajwa Nabi Madinah


APA KELEBIHAN KURMA DRIED ROTAB, MARIAMI SPECIAL DAN KURMA AJWA NABI MADINAH?

Kurma Ajwa siapa yang tak kenal, kan? Makan 7 biji sehari untuk hindari badan dari sihir dan racun sepanjang hari!

Kurma Nabi Ajwa kami dari Madinah. Terdapat pelbagai gred kurma Ajwa Nabi. 

Bersaiz kecil, sederhana, besar. Lagi besar, lagi berat. So kami menjual Saiz Kurma Ajwa Nabi Madinah bersederhana iaitu Saiz VIP.

Kurma Ajwa sangat famous, ramai yang beli dari kami untuk bagi surprised kepada family dan juga kenalan. 

Harga kurma Ajwa Nabi Madinah kami sangat berpatutan. Dari RM12/g, RM55/500g, RM110/1kg

Harga kurma Ajwa Madinah A pula ialah serendah RM10/100g, RM48/500g, RM85/1kg

Kami bukan sekadar COD di kawasan berdekatan, malahan kami juga pos kurma sehingga ke Singapore. Alhamdulillah. 

Nak order, boleh wasap terus kami : https://www.wasap.my/60126460421/nak+kurma


HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG ! - Assalamualaikum semua, selamat sejahtera. Apa khabar semua ? Sihat? Mummy doakan semua sihat walafiat hendaknya. Zaman-zaman Covid-19, Corona Virus ini, antara barangan hot adalah hand sanitiser . Hand sanitiser ini, untuk emergency jika kita keluar rumah, ke kedai, drive atau pun selepas berjumpa dengan orang atau sebelum berjumpa dengan orang. Mummy dah lama mengamalkan hand sanitizer sebab dari dulu . Sebab kerja mummy asyik berjumpa dengan orang / client. Ada masa, berjumpa dengan client yang ada baby. So, sebelum masuk rumah mereka. Pakailah hand sanitiser dahulu. Hand sanitizer favorite mummy adalah dari jenama Pureen ! Baunya natural, manakala kandungan alkoholnya tak terlalu tinggi atau pun terlalu rendah. Mummy dan anak-anak insyaallah selamat gunakannya. Anak-anak pun dari awal tahun, memang mummy bekalkan hand sanitizer.

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG !


Walaupun, amalan membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat itu paling penting, tapi...hand sanitiser juga wajib ada tau ! Kalau time keluar tu, tak ada air dan sabun. Haaa..macam mana? Okay, berbalik kisah hand sanitizer Pureen ini. Mummy faham masalah PKP Movement of Control (MOC) ni. Terhad untuk ke kedai. Makanya, mummy ada buat jualan di sekitar Kajang. Bagi yang memerlukan hand sanitizer ini. Dah alang-alang beli untuk keluarga, beli sekali untuk jiran tetanga dan kawan-kawan. Kalau korang yang berada di sekitar Kajang nak dapatkan hand sanitizer ini. Boleh roger mummy ye. Ready stock, manakala yang nak beli secara pos pun boleh juga. Beli sekali untuk jiran tetangga , jimat pos !


HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN !


Korang mesti tertanya-tanyakan, apa kelebihan hand sanitizer Pureen ni. Jom baca 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN !

1. Kalau korang nak tahu, hand sanitiser Pureen ini bersifat anti bakteria, mengandungi 68% alkohol. Membantu melindungi kita dari virus merbahaya termsuklah Covid-19 !

2. 99.99% berupaya membunuh semua jenis kuman dan virus

3. Hand sanitizer Pureen ini, insyaallah tak keringkan kulit. Kerana mengandungipelembab semulajadi dan Vitamin E

4. Sangat sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa dan juga yang mempunyai kulit jenis sensitif !

5. Tak perlu membilas setelah di gunakan.

6. Hand sanitizer Pureen ini bersifat gel. Makanya tak mudah tertumpah dan tertuang banyak. Jimat !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL


Cara pakai hand sanitizer Pureen Instant Antibacterial ini sangat mudah ! 

1. Buka penutup Hand Sanitizer Pureen.

2. Tuangkan sedikit gel Hand Sanitizer Pureen ke tepak tangan

3. Gosokkan rata tangan, jari, celah jari , kuku sehingga gel Hand Sanitizer Pureen meresep .

4. Siap !

HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG, hand sanitizer, hand sanitiser, 6 KELEBIHAN HAND SANITIZER PUREEN, CARA PAKAI HAND SANITIZER PUREEN INSTANT ANTIBACTERIAL,

Nak Hand Sanitizer Pureen? HAND SANITIZER ADA STOCK DI KAWASAN KAJANG ! Boleh wasap terus https://www.wasap.my/60126460421/nak+hand+sanitizer+pureen

Oh ya ! Harga RM7.50 tak termasuk delivery . FREE COD di sekitar Kajang Perdana !

Pengeposan pula, 1 - 10 botol , kos pos courier hanya RM8 sahaja (sem Malaysia)


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?

TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? - Assalamualaikum dan selaat sejahtera. Semenjak PKP - Perintah Kawalan Pergerakan yang raat-rata semua tahu telah dilanjutkan lagi 14 hari sehingga 28 April 2020 dan mungkin / tidak mungkin akan bersambung lagi PKP ni. Wallahualam. Yang mana penuh kerisauan dan tak tahu apa kan terjadi. Dan, mungkin korang ada duit KWSP / EPF (akaun 2) yang mencukupi. Korang boleh juga keluarkannya Apa? Tak ada i-Akaun, tak ada pin nombor, tak pernah buat online KWSP / EPF ini? Jangan risau...meh mummy sharekan MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI TANPA ADA PIN NOMBOR.


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? 


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Ha...senag aje ! Korang boleh mohon i-Lestari Melalui E-mail atau pos

Enri blog mummy sebelum ini di : https://www.azlindaalin.com/2020/04/daftar-iakaun-epf-online-rm500-ilestari-kwsp.html mummy ada sharekan cara nak daftar i-akaun EPF / KWSP. Mummy baru dapat tahu, rupanya tak perlu daftar i-Akaun, boleh apply terus pengeluaran i-Lestari melalui email atau pos

Caranya sangatlah mudah dari kita daftar i-akaun EPF / KWSP dari email tu tau !

CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?


CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Korang ikut aje langkah-langkah ini ye !



1. Download borang

Korang WAJIB download borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/…/…/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf


2. Siapkan dokumen yang diperlukan:

i.  Borang Pengeluaran KWSP 9iL, boleh download dekat link di atas.
ii. Salinan MyKad
iii. Buku bank/ penyata akuan simpanan/ atau penyata akan semasa, atau pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun
iv. Lain-lain dokumen jika KWSP minta selepas tu.
v. Jikalau lupa nombor keahlian EPF / KWSP . Korang jangan risau ye. Tinggalkan kosong je bahagian tu, asalkan no IC / Nombor Kad Pengenalan diisi dengan betul.

3. Print borang, isi borang

Untuk permohonan terus ini, korang kena print borang sesiap tau ! Dah ada borang, langkah seterusnya. Korang kena siapkan isi borang tersebut. Isi semua butiran dengan pen hitam, tau !

4. Scan borang

Borang dah siap di tulis. Korang kena scan borang. Cari lah rumah jiran tetanggan yang ada printer boleh scan jika korang tak ada scanner.


5. Email atau pos borang


Selepas siap semua langkah 1-4 , emailkan kesemuanya kepada ilestarimohon@epf.gov.my



Alamat POS:

KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya ATAU melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula

Siap ! Tunggu sahaja reply dari pihak KWSP / EPF sahaja .....

All the best !

Makan Sedap Masa PKP Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Makan Sedap Masa PKP Domino’s Kek Lava Durian - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua. Wah kemahen kan, tempoh PKP MCO ini memasing tayang gambar makanan. Okeylah, lama juga mummy tak tayang makanan kat blog mummy ini sepanjang PKP / MCO ini.

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. Anda berani untuk mencuba? 



Makan Sedap Masa PKP Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava Durian


Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. 


Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.” 


Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. 

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. 

Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. 


Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/. 

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/

25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA

25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA - Hai geng ! Buat apa tu? Tengah baca blog mummy lah,kan ! Hehe. Okay, tentu korang pernah terjadi macam mummy. Saat boring-boring buka google, tak tahu nak baca apa. Tapi, nak cari blog-blog mak-mak yang lifestyle nya yang penuh warna-warni, yang ada macam-macam cerita, macam-macam kerenah, aktiviti mak-mak ni. Ha..ada tak? Mestilah ada,kan ! Sebab kadang-kadang ada masa, mummy agak down dan memerlukan cerita positif mak-mak. Sometime, malas nak baca buku atau pegang bukuu. Baca kisah dan aktiviti mak-mak secara online alam maya ni, boleh hilangkan stress mummy. Okay..Kalau korang pernah rasa sedemikian, macam mummy ni ha ! Dan tak tahu nak baca blog siapa. Ha...Nah, mummy share kan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW


25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA


Mummy sharekan serba sedikit rumusan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW. Nak tahu panjang lebar kisah mendalam tentang penulisan mereka pulak , korang kena baca blog dorang setiap masa, hokey ! Janji !! Dan, pastinya korang takkan hampa baca blog 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA ni. Sebab apa? Sebab blog mereka penuh dengan informasi ! Serius ! Tak percaya ? 

Ha...jom baca ! Dah baca , pasti korang sukakannya macam mummy sukakannya ! Ewah !


# - Blog Mummy : www.azlindaaalin.com
Niche Blog: Parenting, Lifestyle, Travel, Hobby
Tagline Blog :  Bicara Mummy




Ha..yang pertama haruslah korang kena follow blog mummy. Ye dak ! Takkan nak follow blog orang lain tapi, tak mahu follow blog tuan tanah. Ini kurang adil, lah ! Kih Kih Kih. 

Blog dah kenal, niche pulak apa ye? Okay niche ini bentuk penulisan yang ada dalam blog mummy. 

Parenting : Yang belum kenal mummy lagi...Mummy ini ada anak 3 orang (Dhia, Dzal, Daim - semuanya bersalin secara ceaserian / pembedahan ). Banyak kisah anak-nak dari lahir, kisah jaundice, tak jaundice, kisah sekolah dan perkembangan mereka mummy blog kan di blog mummy

Lifestyle : Ada pelbagai kisah suka duka yang sempat di coretkan. Suka lepak kat mana? Suka buat apa? 

Travel : Kisah tempat kami berjalan, tido hotel di mana, naik apa?

Hobby : Ni pulak, apa yang mummy suka masak, suka buat di masa lapang atau masa tak lapang.

Siapa mummy sebenarnya? Okay mummy adalah full time AIA Insurance Consultant dan suka menulis blog dan sharing pada semua. Sharing bab apa? Bab positif-positif aje ! Nak tahu lagi, kenalah rajin buka blog mummy  ye !

Baiklah, siapakah 25 blogger itu.. Jeng...Jeng...Jeng



#1 - Siti Awadahwww.sishawa.com
Niche & Tagline Blog: Mom Lifestyle Blog




Blogger Hawa ini, siapa yang tak dengan beliau ! Cuba tanya kawan blogger, siapa buatkan template? Mesti ramai yang jawab "sis hawa" buatkan. Ha, bukan itu sahaja. Blogger Sis Hawa merupakan founder kepada group Biters iaitu kelas khas untuk blogger untuk belajar cara penulisan yang bagus dan teknik SEO sekali. Power Sis Hawa ini tau , multi tasking beliau ini, anak ramai bukan penghalang berblog dan kongsikan pelbagai tips di blognya.

#2 Maria Firdz www.mariafirdz.com
Blogger Maria seorang guru full time dan blogger part time. Tapi, kalau tengok blog MF ini dah macam beliau seorang blogger full time ! Rajin menulis ! Kalau korang nak cari blog yang boleh dikira 1 stop center, korang masuk je blog MF pelbagai info ada di blog MF serius ! Tak terkecuali bab agama Alhamdulillah


#3 - Azlina www.ehbelogaku.com
Niche Blog: Beauty & Lifestyle
Tagline Blog : Aura Blogger


Niche blog Azlina adalah Beauty dan Lifestyle dan tag blog beliau "Aura Blogger". Mak anak 3 ini baru sahaja melepasi tempoh berpantang, tips kehamilan, kelahiran anak, resipi dan banyak lagi cerita menarik ada di blog beliau. Boleh singgah dan sama-sama kita baca pengalaman dari blogger Azlina seorang suri rumah, blogger dan kisah parenting 


#4 - Kinah www.apekinah.com
Niche Blog: Lifestyle, Beauty, Food, Travel



Kinah adalah blogger yang mempunyai dua orang cahaya mata (soon), kini sedang mengandungkan anak nombor 2. Seorang full time house wife dan fulltime blogger !


#5 - Liez www.mrsliez.com
Niche Blog & Tagline blog : Malaysian. Lifestyle Blogger


Liez, seingat mummy, kami pernah berborak di messenger FB. Risau juga Liez ini tua dari mummy. So, soalan pertama mummy pada Liez adalah bab umur. Sebab ada setengah orang sangat particular bab umur. Rupanya kami ini, sebaya ! Yeayyy ! Sama-sama lahir pada tahun 1982 ! Liez ini, mama kepada 2 anak . Insyaallah akan bertiga tak lama lagi. Seorang yang suka  memasak. Selain sibuk menguruskan rumahtangga, Liez juga membuat bisnes makanan dari rumah seperti sandwich dan kalau korang nak Vietnamese spring roll dengan sos sedap, boleh tempah dari dia.


#6 - Fiza www.fizarahman.com
Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Personal, Parenting, Review


Afizah Rahman antara blog yang mummy suka baca, penulisan santai tapi content nye. Pergh ! Penuh info ! Mak kepada 4 cahaya mata, supermom ini bekerja di company swasta dan suka berblog secara part time. Nak tahu apa aktiviti supermom ini buat? Ha,,cepat terjah tau blog beliau !

#7 - Mrs PIP www.mrspip.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood

Mr PIP, blogger Sabah. Antara blogger yang hebat di kalangan parenting Malaysia. Rajin datang blog blogger lain (blogwalking). Apa yang mummy paling tertarik dengan Mrs Pip ini adalah beliau sanggup tinggalkan kerjayanya demi untuk menjaga 3 orang anak lelaki dan menjadi full time housewife


#8 - Fadzi Razak https://www.fadzirazak.com/

Fadzi Razak , ibu kepada 2 orang hero. Fulltime housewife dan juga fulltime blogger. Apa yang mummy suka dengan beliau dan blog beliau adalah cara lifestyle beliau yang sangat minimalist. Seorang yang tak banyak cakap tapi, content penulisannya, gambarnya masyaallah superb ! No wonder beliau selalu di lamar untuk menjadi ghost writer.


#9 - Shalimar www.shalimaryusof.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood



Blogger separuh masa dari Terengganu ini adalah ibu kepada 2 anak yang sedang membesar. Blog beliau bukan sahaja share tentang parenting tetapi ada pelbagai cerita tentang masakan, pekerjaan. Haaaa Bab kerja ini yang mummy teruja. Beliau bekerja di mana? Kalau nak tahu, beliau bekerja dengan Agensi Anti Dadah tau. 

# 10 - Mimi www.mimiazirah.com
Niche Blog : Blog Mimi
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Beauty, Advertorial


Mimi Azirah, seorang yang kelakar, santai dan bersahaja. Seronok berkawan dengan Mimi. Mimi ini, antara blogger yang agak rapat juga dengan mumm. mimi merupakan blogger Seremban , seorang ibu kepada 4 cahaya mata. Antara supermom juga kerana Mimi ini bekerja full time di sektor kerajaan (bahagian akaun). Dalam masa yang sama, adakala nak kena manage 4 orang anak seorang diri juga. Kerana suaminya agak sibuk dengan rutin kerja. Walau bsy mana pun kerja blog, masak untuk keluarga tak pernah beliau abaikan. Memang mummy tabik spring ! Laju beliau buat kerja tau.

Mimi juga merupakan salah seorang client mummy (AIA Insurance). Insyaallah akan mummy galas sehabis baik tanggungjawab ini


Aida Hanfiah, blogger Melaka (separuh masa) yang mempunyai 3 cahaya mata dan masih bekerja. Mummy suka baca blog beliau kerana penulisan yang santai tapi content nya sangat baik. Padu ! Walau bekerja sepenuh masa di agensi Kastam. Tapi, blog beliau tak pernah tiada isi ! Memang tabik spring !

# 12 - Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com
Niche Blog : Pot Pet..Pot Pet Bonde
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Novel, Drama, Travelling


Bonde ! Antara blogger yang agak famous. Tapi, sentiasa menjaga tutur kata, penulisannya. Mummy suka dengan sifat mak-mak macam bonda. Blog beliau juga sangat berisi tau ! Info masakan, travel, tips dan banyak lagi yang Bonde suka kongsikan. Bonde juga merupakan blogger yang konsisten update blog. Haaaa..ni lah, blog yang tak rugi di follow !


# 13 - Aju Mohit www.ajumohit.com

Aju Mohit ! Bukan Anju ! Hehehe Gurau sat ! Mommy blogger Klang Valley, 1st time mummy jumpa beliau ketika event Dugro. Seorang yang tak banyak cakap tapi penulisan blognya penuh dengan segaal-gala tips ! Dan, penulisan beliau sangat mantap. bekerja secara fulltime di PUNB bukan menjadi penghalang beliau untuk menulis blog.


Paling mummy suka, Aju ini suka travel dengan geng bff beliau, pakai baju sedondon dan semua sedondon tema ! Perghhhh sporting !

# 14 - KG www.kakgojes.com



KG antara blogger alam maya yang jauh dan lama juga mummy kenal. Seorang blogger Sabah yang rajin menulis blog. Macam-macam penulisannya ada di blog beliau, 3 orang cahaya mata , seorang blogger separuh masa bukanlah alasan untuk beliau menulis dan meneruskan hobi beliau.

Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Food, Beauty, Travel



Blogger Ami atau Shamiera Osment mempunyai niche penulisan dalam Bahasa Inggeris. Ha, jarang-jarangkan penulis blog Malaysia nak menulis dalam English ! Korang nak improve penulisan dalam English. Boleh baca blog beliau. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini merupakan full time blogger ! 



Kak Azni, kami rapat ketika join family day di Pahang satu masa dulu. Seorang blogger yang suka bercerita tentang travel. Sehinggakan mummy ke Bandung pun, minta advice beliau hehe. Takut juga kena tipu kat Bandung tu ha ! Syukur dah selamat pun pergi dan balik . Kak Azni ni power dalam website juga. Pernah juga mummy minta pendapat beliau bab blog ini. Wordpress memang makanan beliau. Nak tanya pasal wordpress, cari Kak Azni ye !

# 17 - Alia Farhan http://www.aliafarhan.com/
Niche Blog : Take only memories, Leave only footprints
Tagline blog : Vanilla Freak

Alia antara blogger utara juga favorite mummy, suka baca kisah travel, tips travel dan cara mengemas rumah. Walaupun beliau seorang suri rumah, full time blogger, bab masak, bab mengmas rumah tak pernah di abaikan. Malahan ! Deko nya cantik2! Jeles.

Beliau juga ada beberapa buah homestay di Penang, nak cari homestay lepas PKP. Carilah Alia ye !


Niche Blog : Parenting, Food, Lifestyle
Tagline blog : Where a wonderful journey of motherhood begin


Lisa, blogger sepenuh masa dan ibu kepada 2 anak juga merupakan content creator bebas. Beliau berkongsi tentang perjalanannya sebagai ibu


# 19 - Nora www.ummizarra.com

Ummizara, atau Nora merupakan blogger yang agak otai dalam Malaysia. Ibu kepada 2 anak ini sekarang agak busy dengan kerjaya dan keluarga. Mummy suka penulisan Nora ini, penulisannya santai tapi sampai ! Nak tahu sampai macam mana? Korang kena terjah blog beliau ye !


Niche Blog & Tagline blog : Parenting, Beauty, Lifestyle

Mummy suka gambar Fiza upload di blog, semua cantik-cantik belaka. Mama blogger yang masih bekerja dan punya 2 anak yang sedang membesar menulis tentang kecantikan dan lifestyle.



Niche Blog & Tagline blog : Malaysian Parenting, Lifestyle, Review
Eda atau nama penuhnya Siti Rohaida Yusof sepertimana di Facebook ni merupakan blogger Johor sepenuh sepenuh masa. Rajin menulis dan pencapaian blog beliau sangat hebat di mata mummy. Kami sering juga berkongsi dan chat tentang perkembangan anak-anak kerana anak kami tak ada beza banyak umurnya. paling best, mummy sukakan tips perkembangan anak dari Eda. Korang yang mana nak cari buku untuk perkembangan anak. Korang boleh cari Eda tau ! Mummy dah dapatkan buku 125 kawalan pensel dari Eda untuk anak-anak mummy !

# 22 - Shahada www.shahadafauzi.com
Niche Blog & Tagline blog : Personal & Lifestyle Blogger
Shahada Fauzi, asal dari Penang. Nama panggillanya CikSha merupakan blogger Terengganu yang mempunyai 3 cahaya mata yang sangat suka coklat ni yang berasal 


# 23 - Yati www.yatizul.com
Niche Blog & Tagline blog : Cahaya Hayati


Blogger yang dipanggil Yati merupakan blogger sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang berasal dan menetap di Kulim. Ibu yang rajin kongsikan pelbagai tips parenting. Tak sombong , rajin bertandang ke blog mummy (blogwalking) dan menegur sapa di media sosial.

# 24 - Hanny www.diarymama.com
Niche Blog & Tagline blog : Diarymama The Essence Of Life

Hanny Abdullah, blogger sepenuh masa yang juga pencinta haiwan yang sangat suka mengembara dan mencari peluang perniagaan. Kak Hanny merupakan blogger Malaysia yang otai dan sering di panggil ke majlis promosi oleh syarikat ternama !

# 25 - Fuzy www.iamfuzy.com

Kak Fuzy blogger yang sangat aktif, title seorang ibu sepenuh masa bukanlah alasan untuk menjada full time blogger yang berjaya. Malah, Kak Fuzy ini tidak sombong. Suka jumpa dengan kak Fuzy sebab macam-macam tips beliau suka kongsikan. Ha..face to face pun peramah , apa ntah lagi di blog beliau.

Okay ini sahaja perkongsian mummy untuk 25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA dari Bites Media Consultant 

Korang ada cadangan lagi untuk blog yang mummy WAJIB baca tak? Sharelah sket ! Boleh?