25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA

25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA - Hai geng ! Buat apa tu? Tengah baca blog mummy lah,kan ! Hehe. Okay, tentu korang pernah terjadi macam mummy. Saat boring-boring buka google, tak tahu nak baca apa. Tapi, nak cari blog-blog mak-mak yang lifestyle nya yang penuh warna-warni, yang ada macam-macam cerita, macam-macam kerenah, aktiviti mak-mak ni. Ha..ada tak? Mestilah ada,kan ! Sebab kadang-kadang ada masa, mummy agak down dan memerlukan cerita positif mak-mak. Sometime, malas nak baca buku atau pegang bukuu. Baca kisah dan aktiviti mak-mak secara online alam maya ni, boleh hilangkan stress mummy. Okay..Kalau korang pernah rasa sedemikian, macam mummy ni ha ! Dan tak tahu nak baca blog siapa. Ha...Nah, mummy share kan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW


25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA


Mummy sharekan serba sedikit rumusan 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW. Nak tahu panjang lebar kisah mendalam tentang penulisan mereka pulak , korang kena baca blog dorang setiap masa, hokey ! Janji !! Dan, pastinya korang takkan hampa baca blog 25 BLOG MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA ni. Sebab apa? Sebab blog mereka penuh dengan informasi ! Serius ! Tak percaya ? 

Ha...jom baca ! Dah baca , pasti korang sukakannya macam mummy sukakannya ! Ewah !


# - Blog Mummy : www.azlindaaalin.com
Niche Blog: Parenting, Lifestyle, Travel, Hobby
Tagline Blog :  Bicara Mummy




Ha..yang pertama haruslah korang kena follow blog mummy. Ye dak ! Takkan nak follow blog orang lain tapi, tak mahu follow blog tuan tanah. Ini kurang adil, lah ! Kih Kih Kih. 

Blog dah kenal, niche pulak apa ye? Okay niche ini bentuk penulisan yang ada dalam blog mummy. 

Parenting : Yang belum kenal mummy lagi...Mummy ini ada anak 3 orang (Dhia, Dzal, Daim - semuanya bersalin secara ceaserian / pembedahan ). Banyak kisah anak-nak dari lahir, kisah jaundice, tak jaundice, kisah sekolah dan perkembangan mereka mummy blog kan di blog mummy

Lifestyle : Ada pelbagai kisah suka duka yang sempat di coretkan. Suka lepak kat mana? Suka buat apa? 

Travel : Kisah tempat kami berjalan, tido hotel di mana, naik apa?

Hobby : Ni pulak, apa yang mummy suka masak, suka buat di masa lapang atau masa tak lapang.

Siapa mummy sebenarnya? Okay mummy adalah full time AIA Insurance Consultant dan suka menulis blog dan sharing pada semua. Sharing bab apa? Bab positif-positif aje ! Nak tahu lagi, kenalah rajin buka blog mummy  ye !

Baiklah, siapakah 25 blogger itu.. Jeng...Jeng...Jeng



#1 - Siti Awadahwww.sishawa.com
Niche & Tagline Blog: Mom Lifestyle Blog




Blogger Hawa ini, siapa yang tak dengan beliau ! Cuba tanya kawan blogger, siapa buatkan template? Mesti ramai yang jawab "sis hawa" buatkan. Ha, bukan itu sahaja. Blogger Sis Hawa merupakan founder kepada group Biters iaitu kelas khas untuk blogger untuk belajar cara penulisan yang bagus dan teknik SEO sekali. Power Sis Hawa ini tau , multi tasking beliau ini, anak ramai bukan penghalang berblog dan kongsikan pelbagai tips di blognya.

#2 Maria Firdz www.mariafirdz.com
Blogger Maria seorang guru full time dan blogger part time. Tapi, kalau tengok blog MF ini dah macam beliau seorang blogger full time ! Rajin menulis ! Kalau korang nak cari blog yang boleh dikira 1 stop center, korang masuk je blog MF pelbagai info ada di blog MF serius ! Tak terkecuali bab agama Alhamdulillah


#3 - Azlina www.ehbelogaku.com
Niche Blog: Beauty & Lifestyle
Tagline Blog : Aura Blogger


Niche blog Azlina adalah Beauty dan Lifestyle dan tag blog beliau "Aura Blogger". Mak anak 3 ini baru sahaja melepasi tempoh berpantang, tips kehamilan, kelahiran anak, resipi dan banyak lagi cerita menarik ada di blog beliau. Boleh singgah dan sama-sama kita baca pengalaman dari blogger Azlina seorang suri rumah, blogger dan kisah parenting 


#4 - Kinah www.apekinah.com
Niche Blog: Lifestyle, Beauty, Food, Travel



Kinah adalah blogger yang mempunyai dua orang cahaya mata (soon), kini sedang mengandungkan anak nombor 2. Seorang full time house wife dan fulltime blogger !


#5 - Liez www.mrsliez.com
Niche Blog & Tagline blog : Malaysian. Lifestyle Blogger


Liez, seingat mummy, kami pernah berborak di messenger FB. Risau juga Liez ini tua dari mummy. So, soalan pertama mummy pada Liez adalah bab umur. Sebab ada setengah orang sangat particular bab umur. Rupanya kami ini, sebaya ! Yeayyy ! Sama-sama lahir pada tahun 1982 ! Liez ini, mama kepada 2 anak . Insyaallah akan bertiga tak lama lagi. Seorang yang suka  memasak. Selain sibuk menguruskan rumahtangga, Liez juga membuat bisnes makanan dari rumah seperti sandwich dan kalau korang nak Vietnamese spring roll dengan sos sedap, boleh tempah dari dia.


#6 - Fiza www.fizarahman.com
Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Personal, Parenting, Review


Afizah Rahman antara blog yang mummy suka baca, penulisan santai tapi content nye. Pergh ! Penuh info ! Mak kepada 4 cahaya mata, supermom ini bekerja di company swasta dan suka berblog secara part time. Nak tahu apa aktiviti supermom ini buat? Ha,,cepat terjah tau blog beliau !

#7 - Mrs PIP www.mrspip.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood

Mr PIP, blogger Sabah. Antara blogger yang hebat di kalangan parenting Malaysia. Rajin datang blog blogger lain (blogwalking). Apa yang mummy paling tertarik dengan Mrs Pip ini adalah beliau sanggup tinggalkan kerjayanya demi untuk menjaga 3 orang anak lelaki dan menjadi full time housewife


#8 - Fadzi Razak https://www.fadzirazak.com/

Fadzi Razak , ibu kepada 2 orang hero. Fulltime housewife dan juga fulltime blogger. Apa yang mummy suka dengan beliau dan blog beliau adalah cara lifestyle beliau yang sangat minimalist. Seorang yang tak banyak cakap tapi, content penulisannya, gambarnya masyaallah superb ! No wonder beliau selalu di lamar untuk menjadi ghost writer.


#9 - Shalimar www.shalimaryusof.com
Niche Blog & Tagline blog : Review, Lifestyle, Motherhood



Blogger separuh masa dari Terengganu ini adalah ibu kepada 2 anak yang sedang membesar. Blog beliau bukan sahaja share tentang parenting tetapi ada pelbagai cerita tentang masakan, pekerjaan. Haaaa Bab kerja ini yang mummy teruja. Beliau bekerja di mana? Kalau nak tahu, beliau bekerja dengan Agensi Anti Dadah tau. 

# 10 - Mimi www.mimiazirah.com
Niche Blog : Blog Mimi
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Beauty, Advertorial


Mimi Azirah, seorang yang kelakar, santai dan bersahaja. Seronok berkawan dengan Mimi. Mimi ini, antara blogger yang agak rapat juga dengan mumm. mimi merupakan blogger Seremban , seorang ibu kepada 4 cahaya mata. Antara supermom juga kerana Mimi ini bekerja full time di sektor kerajaan (bahagian akaun). Dalam masa yang sama, adakala nak kena manage 4 orang anak seorang diri juga. Kerana suaminya agak sibuk dengan rutin kerja. Walau bsy mana pun kerja blog, masak untuk keluarga tak pernah beliau abaikan. Memang mummy tabik spring ! Laju beliau buat kerja tau.

Mimi juga merupakan salah seorang client mummy (AIA Insurance). Insyaallah akan mummy galas sehabis baik tanggungjawab ini


Aida Hanfiah, blogger Melaka (separuh masa) yang mempunyai 3 cahaya mata dan masih bekerja. Mummy suka baca blog beliau kerana penulisan yang santai tapi content nya sangat baik. Padu ! Walau bekerja sepenuh masa di agensi Kastam. Tapi, blog beliau tak pernah tiada isi ! Memang tabik spring !

# 12 - Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com
Niche Blog : Pot Pet..Pot Pet Bonde
Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Novel, Drama, Travelling


Bonde ! Antara blogger yang agak famous. Tapi, sentiasa menjaga tutur kata, penulisannya. Mummy suka dengan sifat mak-mak macam bonda. Blog beliau juga sangat berisi tau ! Info masakan, travel, tips dan banyak lagi yang Bonde suka kongsikan. Bonde juga merupakan blogger yang konsisten update blog. Haaaa..ni lah, blog yang tak rugi di follow !


# 13 - Aju Mohit www.ajumohit.com

Aju Mohit ! Bukan Anju ! Hehehe Gurau sat ! Mommy blogger Klang Valley, 1st time mummy jumpa beliau ketika event Dugro. Seorang yang tak banyak cakap tapi penulisan blognya penuh dengan segaal-gala tips ! Dan, penulisan beliau sangat mantap. bekerja secara fulltime di PUNB bukan menjadi penghalang beliau untuk menulis blog.


Paling mummy suka, Aju ini suka travel dengan geng bff beliau, pakai baju sedondon dan semua sedondon tema ! Perghhhh sporting !

# 14 - KG www.kakgojes.com



KG antara blogger alam maya yang jauh dan lama juga mummy kenal. Seorang blogger Sabah yang rajin menulis blog. Macam-macam penulisannya ada di blog beliau, 3 orang cahaya mata , seorang blogger separuh masa bukanlah alasan untuk beliau menulis dan meneruskan hobi beliau.

Niche Blog & Tagline blog : Lifestyle, Parenting, Food, Beauty, Travel



Blogger Ami atau Shamiera Osment mempunyai niche penulisan dalam Bahasa Inggeris. Ha, jarang-jarangkan penulis blog Malaysia nak menulis dalam English ! Korang nak improve penulisan dalam English. Boleh baca blog beliau. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini merupakan full time blogger ! 



Kak Azni, kami rapat ketika join family day di Pahang satu masa dulu. Seorang blogger yang suka bercerita tentang travel. Sehinggakan mummy ke Bandung pun, minta advice beliau hehe. Takut juga kena tipu kat Bandung tu ha ! Syukur dah selamat pun pergi dan balik . Kak Azni ni power dalam website juga. Pernah juga mummy minta pendapat beliau bab blog ini. Wordpress memang makanan beliau. Nak tanya pasal wordpress, cari Kak Azni ye !

# 17 - Alia Farhan http://www.aliafarhan.com/
Niche Blog : Take only memories, Leave only footprints
Tagline blog : Vanilla Freak

Alia antara blogger utara juga favorite mummy, suka baca kisah travel, tips travel dan cara mengemas rumah. Walaupun beliau seorang suri rumah, full time blogger, bab masak, bab mengmas rumah tak pernah di abaikan. Malahan ! Deko nya cantik2! Jeles.

Beliau juga ada beberapa buah homestay di Penang, nak cari homestay lepas PKP. Carilah Alia ye !


Niche Blog : Parenting, Food, Lifestyle
Tagline blog : Where a wonderful journey of motherhood begin


Lisa, blogger sepenuh masa dan ibu kepada 2 anak juga merupakan content creator bebas. Beliau berkongsi tentang perjalanannya sebagai ibu


# 19 - Nora www.ummizarra.com

Ummizara, atau Nora merupakan blogger yang agak otai dalam Malaysia. Ibu kepada 2 anak ini sekarang agak busy dengan kerjaya dan keluarga. Mummy suka penulisan Nora ini, penulisannya santai tapi sampai ! Nak tahu sampai macam mana? Korang kena terjah blog beliau ye !


Niche Blog & Tagline blog : Parenting, Beauty, Lifestyle

Mummy suka gambar Fiza upload di blog, semua cantik-cantik belaka. Mama blogger yang masih bekerja dan punya 2 anak yang sedang membesar menulis tentang kecantikan dan lifestyle.



Niche Blog & Tagline blog : Malaysian Parenting, Lifestyle, Review
Eda atau nama penuhnya Siti Rohaida Yusof sepertimana di Facebook ni merupakan blogger Johor sepenuh sepenuh masa. Rajin menulis dan pencapaian blog beliau sangat hebat di mata mummy. Kami sering juga berkongsi dan chat tentang perkembangan anak-anak kerana anak kami tak ada beza banyak umurnya. paling best, mummy sukakan tips perkembangan anak dari Eda. Korang yang mana nak cari buku untuk perkembangan anak. Korang boleh cari Eda tau ! Mummy dah dapatkan buku 125 kawalan pensel dari Eda untuk anak-anak mummy !

# 22 - Shahada www.shahadafauzi.com
Niche Blog & Tagline blog : Personal & Lifestyle Blogger
Shahada Fauzi, asal dari Penang. Nama panggillanya CikSha merupakan blogger Terengganu yang mempunyai 3 cahaya mata yang sangat suka coklat ni yang berasal 


# 23 - Yati www.yatizul.com
Niche Blog & Tagline blog : Cahaya Hayati


Blogger yang dipanggil Yati merupakan blogger sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang berasal dan menetap di Kulim. Ibu yang rajin kongsikan pelbagai tips parenting. Tak sombong , rajin bertandang ke blog mummy (blogwalking) dan menegur sapa di media sosial.

# 24 - Hanny www.diarymama.com
Niche Blog & Tagline blog : Diarymama The Essence Of Life

Hanny Abdullah, blogger sepenuh masa yang juga pencinta haiwan yang sangat suka mengembara dan mencari peluang perniagaan. Kak Hanny merupakan blogger Malaysia yang otai dan sering di panggil ke majlis promosi oleh syarikat ternama !

# 25 - Fuzy www.iamfuzy.com

Kak Fuzy blogger yang sangat aktif, title seorang ibu sepenuh masa bukanlah alasan untuk menjada full time blogger yang berjaya. Malah, Kak Fuzy ini tidak sombong. Suka jumpa dengan kak Fuzy sebab macam-macam tips beliau suka kongsikan. Ha..face to face pun peramah , apa ntah lagi di blog beliau.

Okay ini sahaja perkongsian mummy untuk 25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA dari Bites Media Consultant 

Korang ada cadangan lagi untuk blog yang mummy WAJIB baca tak? Sharelah sket ! Boleh?

13 comments on "25 MOMMY BLOGGER MALAYSIA 2020 YANG BEST UNTUK FOLLOW DAN DI BACA"
  1. Blog otai2 ni heheheh ok kita nak terjah la hehhehe tq list

    ReplyDelete
  2. Wahh hebat2 semua blog mummy² ni

    ReplyDelete
  3. Memang best kalau baca blog mak mak ni. Sebab kita pun mak mak kan. Kadang kadang tu boleh relate dengan cerita diaorang

    ReplyDelete
  4. Ada yang saya tak follow lagi. Kejap lagi saya terjah semua..

    ReplyDelete
  5. seronok kenal ramai mommy blogger, banyak info boleh dapat lagi2 bab parenting dan resepi2 menarik yang sedap.

    ReplyDelete
  6. first time kita jumpa kat event Shopee kan masa Linda baru beberapa bulan bersalin kan pastu kali terakhir kat event di KLCC..kudos to all bloggermom BITERS

    ReplyDelete
  7. Waaa... semuanya mommy iron lady ni..hebat2.

    ReplyDelete
  8. Kak Alin.. Link blog kite salah tu.. Hihi.. Btw, kite mai dari Penang tapi kena pindah duk Ganu.. Salam kenalan Kak Alin.. Kite follow dah tau..

    ReplyDelete
  9. Setuju..semua blogger hebat ni...

    ReplyDelete
  10. Tak pernah jumpa mommy Linda lagi.. in syaa allah satu hari nnt kan..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Mummy Lynda, jangan lupa follow blog Bonde www.bondezaidalifah.com

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com