SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021 - Alhamdulillah, selesai daftar kemasukan darjah 1 Sekolah Agama untuk Dzal di...

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021 - Alhamdulillah, selesai daftar kemasukan darjah 1 Sekolah Agama untuk Dzal di tahun 2021. Pendaftarannya telah di buka Mei hingga September 2020. Tapi bulan Mei PKP / MCO dan Jun pula, mummy nak settle kan macam-macam benda ! Bulan ni, tak nak tangguh dah. Kang tangguh, kang MCO 2.0 pulak. Huhuhu Mampuihhh ! So, syukur dapat selesaikan semua benda-benda yang penting. Bila benda penting ni settle. Allahuuuu tenanggg sangat rasanya !


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021 


Sekolah agama dorang ini, sekolah agama 100% bawah kerajaan negeri Selangor, bukan KAFA atau tahfiz yang private. So, silibus dorang pun sangat bagus. Tu bila fikir balik, malas nak tukarkan dorang sekolah lain. Untuk sementara ini, sekolah di sekolah kawasan rumah tok mak depa je.

Daftar tahun 1 untuk tahun 2021 ini tak susah mana pun. Hanya bawa surat beranak asal dan 4 salinan surat beranak Dzal. Dah ! Siap. Tunggu nanti bulan 10 (Oktober ) datang lagi untuk pengesahan

Sekolah turun temurun, dari mummy kecil sampailah mummy besar, anak-anak pun sekolah kat sini juga hehehe.

So, tahun depan. Dhia dan Dzal akan bersekolah di sekolah yang sama. Walau sekolah sama, tapi waktu rehat dan waktu balik murid darjah satu tak sama dengan darjah 2,3,4,5,6. mereka dapat previllage awal sedikit.




Sekejap je rasa anak-anak dah besar, semakin dorang besar , semakin busy lah kami mak pak ni ha. Nasib baiklah atok depa ni bawa van sekolah . So, bolehlah cucu cucu nya naik dengan atok pi sekolah, balik sekolah, pi ngaji.

Satu kelegaan, bila semua urusan di permudahkan. Dan kami suami isteri boleh fokus pada kerja masing-masing tanpa ada kerisauan.

Baca Ini Juga


6 comments

  1. Alhamdulillah dah selesai urusan mummy ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai sudah ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga cemerlang dlm akademik

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah.
    Moga dipermudahkan urusan pembelajaran di sekolah itu pada 2021 nanti.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dipermudahkan urusan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -