MALAS MASAK, ORDER ONLINE NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM

MALAS MASAK, ORDER ONLINE NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM - Ada yang sejenis macam mummy tak? Ada masa, macam malas je nak masak, dan dalam masa yang sama malas nak bersiap dan keluar rumah jugak ! Solusinya, order online je NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM HAWKER STYLE. Anak-anak kami memang suka nasi ayam, dan kalau chinese style tu lagilah dorang suka ! NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM ni nasib baik ada delivery. Senang kerja mummy !

MALAS MASAK, ORDER ONLINE NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM

Siapa tak suka dengan nasi ayam Chinese Muslim kan, boleh di katakan ramai yang suka Chinese Muslim punya menu. Sebab agak healthy dari kita orang Melayu masak, dan rasa herbs mereka tu pulak memang sedap dari yang lain ! 

Ahad semalam, mummy ada appointment dengan client di Semenyih. Dari Subang rumah mak, mummy angkut tok mak, kids semua ikut mummy. Tapi, masa mummy appointment tu. Dorang semua tunggu dalam kereta. Daddy kerja straight tak ada off. Allahu ! Moga di berikan kesihatan yang baik untuk daddy ! Supaya boleh kuat kerja ! Daddy memang sangat sibuk, lebih sibuk dari mummy.

Oleh kerana mummy nak ke Semenyih, nak ke rumah sendiri di Kajang untuk delivery pre-loved item kepada jiran-jiran dan destinasi terakhir rumah adik di Kajang. Katanya, gugur, so bawa mak tengok adik sekali harung.

Balik dinner, mood nak masak dan fikir makan apa, memang pendek kata malas ! Nasi baik ada NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM 


Penyelamat weekend mummy, daddy pulak balik kerja petang tidur (power nap) sebab nak sambung kerja malam sampai pagi. Sebelum pergi kerja, dah boleh hidangkan pantas dinner untuk daddy . Hanya dengan Nasi Ayam Oriental

Terasa hebat pulak diri ni, hehe ke sana sini seharian. Tapi, masih dapat prepare good dinner untuk my family.

Memang tak mudah jadi seorang mak yang bekerja tak tentu masa ni, tapi, korang jangan mengeluh banyak. Macam-macam cara ada untuk mebahagiakan family. Terima kasih Nasi Ayam Oriental !


Nampak 2 bungkus macam sket, tapi ok cukup untuk kami sekeluarga. Nasi Ayam Oriental ini rasa sangat sedap. Roasted chicken dia level restaurant femes tau !



Kicap cair tu, berebut dengan kids hehe. Sambal ini, lain dari yang lain. Agak pedas bagi orang yang tak tahan. Tapi, Dhia selamba je ambil dan makan dengan Nasi Ayam !





Bagi yang nak order, nak rasa. Korang boleh PM / DM direct ke IG atau FB Nasi Ayam Oriental ye 

1 comment on "MALAS MASAK, ORDER ONLINE NASI AYAM ORIENTAL CHINESE MUSLIM"
  1. Nasi ayam chinese ni memang sedap, lain sikit dari nasi ayam air tangan orang kita heheee.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com