BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI !

BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI ! - Hai semua, dah beli kasut sekolah 2021 ke tu? Bila munculnya awal tahun atau hujung tahun ini, kebanyakan ibu bapa dah mula survey dan beli kasut sekolah anak. Samalah macam kami, kebiasannya kami akan tunggu Bata buat sales je ! Hehe jimat oiii. Kita ada anak ramai nak sekolah, ni ! Kalau beli waktu tak ada offer atau sales. Memang rabaklah poket kan ! Bukan nak beli kasut sekolah je. Nak beli stokin sekolah, kapur hitam kasut sekolah, baju sekolah, alat tulis sekolah, buku sekolah dan yuran sekolah. Jadinya, wajiblah kita berjimat. 

Walau tahun 2021 ini, kita tak tahu macam mana dengan sesi persekolahan anak kita. Tapi, kena juga beli kasut sekolah tahun 2021, juga ! Tak, mungkin,kan sepanjang tahun 2021 anak kita akan bersekolah 100% online sahaja kan? Kasut sekolah pulak...kalau beli lambat, nanti akan ada kerugian sedikit. Sebab apa? Haaa..sebab Kasut sekolah ini, bukan setiap hari ada offer dan diskaun yang banyak tau. Untuk kasut Bata sesi persekolahan 2021, ada sales tau sehingga hujung Januari 2021 ni. Dan, memang harga kasut Bata sangat murah jika korang beli sekarang.


BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI !


Yeayyy..Kami dah BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI ! Memang murah dan berbaloi beli sekarang. Right time kami lah masuk kedai Bata time gini ! 


Dhia dah besar , darjah 2 tahun ini. Bila anak dah semakin besar, semakin aktif dan dah ada aktiviti yang pelbagai di sekolah. Mummy sarankan Dhia untuk memakai kasut sekolah 2021 anti bakteria dari Bata. Dhia pun setuju. Alhamdulillah

KELEBIHAN KASUT SEKOLAH BATA ANTI BAKTERIA

Kasut SEKOLAH ANTI-BAKTERIA BARU BATA di cipta khas untuk perlindungan dan juga koleksi terbaharu dari Bata untuk tahun sekolah pada tahun 2021. 

Antara keistimewaan Kasut Sekolah Bata Anti Bakteria ini ialah :-

1. Bata ini menampilkan rangkaian kasut sekolah bergaya yang dilengkapi dengan bahan Life Natural, di mana ianya dilengkapi dengan bakteria yang melawan kekuatan tumbuhan untuk mengawal bau peluh. 


2. Bahan revolusioner menghilangkan 99% bau menyebabkan bakteria untuk kesegaran yang bertahan sepanjang hari. 

3. Rangkaian sekolah antibakteria Bata juga telah diuji makmal untuk perlindungan dan prestasi maksimum. 

4. Pengurus Negara Bata, Encik Ajay Ramachandranpula berkata, "selain memberi keselesaan , gaya, kasut sekolah ini juga boleh membantu menjaga kesihatan kaki


Oleh kerana Dhia menghabiskan rata-rata 6 jam sehari di sekolah yang boleh menyebabkan kaki berpeluh kasut anti bakteria seperti ini penting untuk melindungi kaki untuk jangka masa yang lama. Terutama pada kaki berbau.

Kaki berbau biasanya timbul apabila keringat berlebihan tidak dapat menguap. Kelembapan ini meresap ke dalam lapisan kasut yang mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk bakteria tumbuh dan mengakibatkan bau busuk. Maka, sangat penting bagi anak-anak untuk memiliki sepasang kasut sekolah yang baik yang memberikan keselesaan dan sokongan kerana ini dapat meningkatkan postur dan tumpuan dalam kelas secara drastik.


Dzal pula, beliau memilih kasut sekolah 2021 Bata - Ejen Ali. Ejen Ali pun Ejen Ali lah ye. Nak masuk darjah 1. Peratma kali pengalaman ke sekolah, makanya, kita ikut kehendak anak dulu.



Bagi ibu bapa yang mencari kasut sekolah comel yang lain untuk anak-anak. Di Bata, terdapat juga kasut sekolah Hello Kitty yang asli dan kasut sekolah Ejen Ali lesen asli . Hanya di Bata !




COMBO SET BACK TO SCHOOL BATA KASUT SEKOLAH 2021


Combo set Bata - Kasut sekolah 2021 ini ada 3 pilihan :
Combo 1 : 2 pasang kasut sekolah hitam pada harga RM69 
Combo 2 : 2 pasang kasut sekolah hitam dengan 4 pasang stoking berharga RM99 
Combo 3 : 2 pasang kasut sekolah hitam dengan 4 pasang kasut sekolah stoking dan beg sekolah NorthStar berharga RM149 


Kami grab combo set 2 berharga RM99 iaitu 2 pasang kasut sekolah warna hitam dan juga 4 pasang stokin berwarna hitam. Dan add on, kapur kasut hitam untuk kasut sekolah.

Untung tau, apabila kami dapat grab promosi kasut sekolah Bata's Smart Combo. 



Ada juga offer kasut sekolah Bata pada harga RM49 (2 pasang) tetapi kebanyakannya bersaiz kecil dan mempunyai 2 designs sahaja.






Promosi Back to School Combo sah dari 11 Dec 2020 hingga 31 Januari 2021.


Untuk melihat pelbagai jenis kasut Back to School, sila klik pada Katalog Kembali ke Sekolah - https://www.bata.com.my/media/backtoschool.pdf 


Bata juga menawarkan kedai online , penghantaran PERCUMA untuk pembelian lebih RM60 dan dalam 10KM dari outlet Bata. Whatsapp sahaja mereka di https://chatshop.mybata.com.my


Jadi member hari, dan dapatkan RM10 voucher !


Yeay, selesai sudah part beli kasut anak-anak. Satu kelegaan bila dapat beli kasut masa ada offer macam ni kat Bata.

Korang jangan lupa tau dapatkan offer kasut sekolah 2021 di Bata, selanjutnya tentang prmosi dan update terkini boleh layari website Bata di : https://www.bata.com.my/

12 comments on "BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI !"
  1. Wah.. Happy jer dpt kadut baru yer.. Kasut BATA thn ni ada Anti Bacteria lgpun kasut BATA kualiti terbaik

    ReplyDelete
  2. Kasut bata memang jadi pilihan pelajar sejak dulu.
    Cantik, selesa dan harganya sangat mampu milik.

    ReplyDelete
  3. kasut anti bakteria? perghhh ini bukan biasa-biasa...mmg terbaik utk anak yg lasak

    ReplyDelete
  4. Wah Bata dah ada delivery order ya sekarang.. menarik..

    ReplyDelete
  5. Dulu pun belikan utk anak buah kasut bata ni.. Memg ada sales.. Selesa kasut bata ni.. Wah ade ejen ali.. Bgus siap anti bakteria smeua

    ReplyDelete
  6. Jenama bata ni pun elok juga ya.. Ramai juga yg guna sbb thn lama

    ReplyDelete
  7. Wah design kasut bata nampak cantik dan kemas. Nampak happy anak anak akak dapat kasut sekola baru bata.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kasut sekolah bata, selesa dan bergaya lagi.. kita pun harian pakai bata.. mmg berbaloi beli kasut bata nie.. tahan lama..

    ReplyDelete
  9. Ok.. Anak kita pun pakai bata gak.. Tpi rasa mcm dah kecik... Nk beli la yg pattern baru ni.. Hrp2 lpas ni sek buka mcm. Biasa la ya

    ReplyDelete
  10. lebih semangat nak ke sekolah lepas ini

    ReplyDelete
  11. I memang suka kasut Bata, its comfortable, affordable, and durable too.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com