Translate

Main Ad

5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba

5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba 


Malaysia dengan makanan memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Makanan di Malaysia ini tersangat banyak hingga kadangkala rasa tak tahu nak nikmati menu makanan apa hari ini. Usahkan nak fikir tentang makan malam, menu sarapan pun sudah boleh bikin rasa pening kepala. 


Kepelbagaian makanan di Malaysia diperkuatkan lagi dengan adanya berbilang kaum yang hidup bersama. Menu makanan masyarakat Melayu, Cina dan India berada seiring dan terpulang ingin nikmati menu yang mana. 


Disebabkan itu terjadilah pilihan menu kegemaran yang berbeza untuk setiap individu. Yang pasti, menu-menu itu semua InshaAllah sedap dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. 


Antara menu makanan best yang berjaya menjadi antara makanan favourite rakyat Malaysia ini adalah seperti yang tertera di bawah ini. 


No.1 - Nasi Ayam


5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Nasi ayam bermula dari masyarakat cina. Buat masa ini banyak restoran menjual nasi ayam dan setiap nasi ayam itu sendiri ada pelbagai jenis. Sebagai contoh ada nasi ayam hainan, nasi ayam madu, nasi ayam penyet dan bermacam jenis lagi.


Setiap menu nasi ayam ini boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan yang sememangnya paling digemari oleh masyarakat tanpa mengira  bangsa, malah terdapat juga pelancong dari luar negara yang juga meminati hidangan ini. Hidangan ini biasanya dinikmati pada waktu tengahari berikutan masa yang diperlukan untuk menyediakannya yang singkat.



No.2 - Nasi Lemak


5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Bukan rakyat Malaysia namanya jika tak kenal apa itu nasi lemak dan tak pernah merasa makan nasi lemak. Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu yang sudah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Kerana itu nasi lemak diangkat sebagai salah satu makanan kebangsaan Malaysia. 


Bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini tidak begitu banyak seperti beras, santan kelapa, halia, dan juga daun  pandan. Cuma sambal bilisnya akan memberi impak kepada rasa keseluruhan nasi lemak itu sendiri. Nasi lemak kini sudah semakin banyak pilihan dengan bermacam jenis lauk sambal. Antaranya ada nasi lemak sambal kerang, nasi lemak sambal sotong, nasi lemak ayam goreng, telur goreng, rendang dan banyak lagi. 


No.3 - Teh Tarik

5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Teh tarik merupakan salah satu minuman yang sememangnya terkenal di restoran mamak dan ianya diperkenalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Kini ia juga boleh didapati di mana-mana restoran dan kedai yang biasa. Minuman ini sememangnya digemari oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia termasuk lah kanak-kanak. 


Bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini sangatlah ringkas. Dan bahannya ialah serbuk teh yang telah dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh merupakan salah satu keistimewaannya yang membuatkan ramai orang yang terpikat. 



 No.4  - Milo Kepal


5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Hampir semua orang sukakan makanan yang manis. Lagi-lagi jika dapat dinikmati selepas makan sebagai salah satu menu pencuci mulut. Untuk Malaysia, turut ada pelbagai jenis pencuci mulut yang bersifat tradisional. Walaupun agak berbeza dengan pencuci mulut di negara barat tetapi rasanya tetap juga enak dan tidak mengecewakan. Soal harga sudah tentulah murah dan berbaloi. 


Antara menu pencuci mulut yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah ABC (singkatan kepada ais batu campur) dan juga ais kepal. Ais kepal lebih simple dengan pelbagai topping. Paling best sekali ais kepal milo. 


Milo kepal pada asalnya merupakan ais kepal yang biasa tetapi diubah suai bahannya supaya sesuai dengan cita rasa masyarakat sekarang.



No.5 - Lok-Lok


5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Untuk menu masakan ala chinese pula, terdapat satu menu yang dikenali sebagai Lok-lok. Lok-lok merupakan hidangan steamboat versi Cina yang tidak kurang hebatnya berbanding steamboat lain yang ada di Malaysia. 


Walaubagaimanapun hidangan ini agak berbeza kerana dihidangkan dalam bentuk makanan yang dicucuk dengan lidi, kemudiannya direndam dalam air rebusan sup yang sedang mendidih. 


Lok-lok di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti kepah, telur puyuh, sosej, kerang, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran dan banyak lagi. Ia turut sedap dinikmati bersama wantan dan juga tauhu. 


Nak makan menu apa saja, boleh order terus secara atas talian. Tak perlu nak bersusah payah untuk terus ke premis kerana tempahan online jauh lebih mudah. 


Servis penghantaran makanan begini secara tidak langsung dapat membantu kita dari membahayakan nyawa sendiri. Nak makan menu apa saja, boleh order food hanya dengan menggunakan hujung jari.Salah satu servis yang boleh digunakan adalah Foodpanda. 


5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba


Di Malaysia, nama Foodpanda memang sudah sinonim dengan kita. Dah tak perlu nak diperkenalkan lagi. Kecil besar tau apa itu Foodpanda. 


Dengan Foodpanda pelanggan bebas untuk membuat pesanan makanan pada bila-bila masa yang diperlukan. Pelanggan juga boleh membuat pesanan seberapa banyak yang mahu. Sudah semestinya ada caj servis penghantaran makanan tetapi ia masih di tahap berbaloi untuk di bayar.


Itulah serba sedikit info mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia. Lain-lain orang lain makanan kegemaran, yang penting kita Malaysia serumpun dan terpulang pada citarasa masing-masing. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Musim PKP ni kalau x der mod masak mmg Cik Fatin laju mengoder dgn abg Panda... hehehe

    ReplyDelete
  2. Dekat pukul 2 pagi tengok entri ni sedap pulak nasi lemak tu.
    Naniey x pernah try lagi no.4. Percaya tak? Hehe. Tak pernah rasa lagi macam mana la rasenye milo ais kepal tu.

    No 5 tu bezanya cucuk kat lidi je kan? :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com