Translate

Main Ad

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA - Alhamdulillah 2020 , zaman PKP yang penuh dengan hikmahnya. Salah satunya, Dhia terpanggil untuk menerima sijil dan hadiah sempena penyertaannya pada PKP Raya Got Talent di sekolahnya.

Pertandingan yang berlangsung pada PKP tahun 2020 ini boleh di sertai oleh pelajar sekolah DHia dengan menghantar apa sahaja bentuk penyertaan yang merujuk kepada talent murid seperti memasak, edit video, sains, magician atau apa sahaja. Macam biasalah, Dhia gadis Tik Tok. So, mummy menghantar sebnyak 2 penyertaan Dhia. Dhia kategori editing TikTok Potong kertas secara reverse mengenai  rayanya di musim PKP.

Video Dhia tu, mummy yang skodeng cari sendiri di TikTok Dhia dan hantar mana yang nampak elok. Biasalah budak-budak kan, buat video pun semberono aje hehe

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA


Mengikut kata pengetua, penyertaan PKP dan Raya Got Talent mempunyai sambutan yang hangat, setiap bulan beratus penyertaan yang mereka terima.

Manakala, pemenang pula di pilih sebanyak 10 orang murid setiap bulan dan disaringkan sehingga peringkat akhir. Pertandingan ini , mempunyai 2 tahap. Tahap satu (darjah 1- 3) manakala tahap dua (darjah 4-6)

Dhia merupakan kategori tahap 1, mummy tak sangka Dhia shortlisted, mummy sebenarnya saja je memeriahkan pertandingan kekdahnya.


DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA


Walau dedulu ...awal-awal kehadiran Tiktok , ramai mengatakan TikTok ni tak bagus dan tak sihat. Bagi mummy, setiap media sosial yang ada di Malaysia ini ada baik buruknya. Kena pandai guna , bukan di salah gunakan !

Kami suami isteri tak menghalang kreativiti anak kami selagi pelajaran tak terabai dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang kami benarkan.

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA

Majlis penyampaian hadiah DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA di bolehkan untuk seorang penjaga sahaja datang ambil.

Giliran mummy ke sekolah Dhia pulak, daddy dah datang last week sebelum tu.

Seminggu sebelum tu, daddy datang ke sekolah Dhia, untuk sesi pengambilan buku teks dan juga pembelian buku sekolah. 

DHIA BATRISYA MENANG KIDS GOT TALENT 2020 DI SEKOLAHNYA

Dalam amsa yang sama, cikgu ada serahkan juga hadiah pada daddy, katanya Dhia Batrisya memenangi hafazan sempena hari Pendidikan Islam antara kelas. Alhamdulillah, moga Dhia terus konsisten hendaknya. Seimbangkan dunia serta akhirat juga.

Aminn.....

Post a Comment

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com