26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE - Hai..Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua ! Esok dah mula kita cuti CNY , Tahun Baru Cina. Alang-alang cuti tu, jomlah kita habiskan ziarah blog TOP MALAYSIAN MUMMY BLOGGER nak hehehe. Memula sekali, ampun ye, jika korang seorang mummy tapi tiada dalam senarai. Nanti bila mummy free lagi, mummy senaraikan TOP 100 mummies ,k ! Jangan sedih tau, ni baru first batch 2021 je ni !

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE 


Sebelum mummy listkan senarai 26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE. Mummy kenakan diri mummy terlebih dahulu lah ye. Kot ada yang tak kenal mummy ni siapa. 

Macam mana boleh mummy terjebak dalam blog?
My first blog...blog mummy adalah budget cupcakes. Masa tu tahun 2007, 2008 . Agak sibuk dengan urusan kerja. Blog pula, hanya statik blog aje masa tu hehe. Tak ada kenal pun rakan blogger masa tu. Kerjaya mummy sebagai officer di CIMB Bank, memang membuatkanmummy tak berapa nak sempat blogwalking pun. Walau pada masa tu, status mummy single and available. Memang niat asal blog tu...Update blog hanya untuk simpan memori dan order je.

Blog kedua, kenapa muncul?
Lepas diri mummy di risik, mummy mulai sibuk dengan urusan peribadi dan sesi persiapan nak tunang, nak kahwin. Umur dah 30 masa ni, so tinggalkan urusan buat cupcakes, tinggalkan urusan sambung belajar, tinggalkan urusan blog, tak buat baking langsung dah lepas tu. Sampai sekarang pun baking main2 aje ! 

Dalam masa yang sama...Mummy juga agak sibuk dengan career, mummy bertukar dari CIMB Bank (ass Sales Manager) ke RHB Bank sebagai Outlet Manager.  Alhamdulillah , rezeki nak kahwin kan..

So, tak update blog langsung dari pada tu sehinggalah selepas berkahwin

Bersalinkan Dhia Batrisya pun tak sentuh blog cupcakes tu. 

Dah lah tak update, pi pulak buat blog kedua hahaha. Takkan nak campur blog pulakkan, nama blog pun budgetcupcakes...

Mummy pun, buat satu personal blog untuk menyimpan memori breastfeeding anak pertama. Alhamdulillah berjaya fully breastfeed sehingga anak ketiga.

Sejak tu, terus menulis bab parenting, lifestyle dan juga macam-macam niche.




Alhamdulillah, sekarang mummy dah ada 3 cahaya mata, dah ikat pun tak boleh tambah dah hehe.

Dan, fokus membesarkan kids, fokus kepada business dan kerja. Kerja mummy adalah kerja sendiri sekarang. Buat bisnes dalam AIA TAKAFUL, busines urusan roadtax insurance, insurance pekerja, insurance bangunan, dan banyak jen lagi insurance yang mummy buat.

Selain itu, mummy juga menjaga business online yang di daftarkan di bawah nama daddy. Business online kami juga since Dhia (anak pertama lahir) dalam tahun 2013 kami bermula. Alhamdulillah.

Selesai pengenalan dari mummy ! Sekarang kita berkenalan pula dengan 26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE

SIAPAKAH 26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE

Jom kita berkenalan, untuk terjah ke blog mereka, korang boleh klik pada gambar banner sahaja !


26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE

Aida merupakan ibu kepada 3 orang anak yang sempurna, Nurin, Syuhada dan Izzat. Beliau bekerja sepenuh masa, membantu kewangan keluarga bersama mr.asben tercinta. Menulis blog ni sejak lebih 11 tahun lepas adalah minat di masa lapang. kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, gi makan-makan di tempat yang best, dekorasi rumah dan serba-sedikit ilmu susun atur kat rumah. ada isu semasa yang relevan. Blogging dan menaip di blog merupakan satu cara beliau release stress!



26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2017)

Siti Awadah owner kepada biters group. Beliau merupakan mommy kepada 6 orang anak. Sis Hawa merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan dia pakar dalam menjana pendapatan dgn Adsense. Mummy suka dengan segala ilmu yang beliau sharing. Gigih tau, mak mak pun boleh berilmu dalam blogging  !

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2008)

Ardini Humaira merupakan seorang mommy blogger kepada 2 orang cahaya mata. Lama beliau ni menulis blog, sejak dari zaman persekolahan. Full time mommy blogger Dini pernah keguguran sebanyak 5 kali, dan ada banyak lagi cerita menarik boleh di vaca di blog Dini ye !

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2006)

Bie Mohd . Mommy blogger kepada 3 orang cahaya mata. Asal blog Bie ini adalah perkongsian bride-to-be hinggalah sekarang. Walau bergelar ibu, Bie rajin kongsikan pengalam DIY nya.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2015)

Mrs.Pip seorang mommy blogger kepada 3 orang anak. Blog MrsPIP ini banyak genre kekeluargaan dan juga tentang drama terkini. Best kan ! Sambil jaga anak, sambil buat kerja rumah pun boleh menulis.
26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2013)

Lea Razali merupakan mommy kepada 2 orang anak, surirumah tangga dan mula ingin menjana pendapatan melalui blog. Lea gemar berkongsi tentang resipi, travelog, informasi kesihatan dan panduan blog.


26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2006)

Fuzy, surirumah sepenuh masa and a mommy blogger kepada 6 orang anak. kak Fuzy ini, ada banyak pengalaman dalam menulis blog dan income adsense nya pun boleh tahan sekarang tau. Hehe. Kak Fuzy kini menulis blog secara serius, mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan menjadi pegawai media sosial (PMS).

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2012)

Syuhadah merupakan mommy blogger kepada 3 orang anak, Naufal, Nufael dan Hawraa. 9 tahun ber PJJ dengan suami, banyak perkongsian dan tip semasa PJJ di blog beliau. Aummmmms, so gigih mommy . I love your strenght

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2008)

Alia Farhan  fulltime housewife, fulltime blogger juga. Ada 2 anak perempuan yang comel dan bijak, blog Alia ni ada macam-maca cerita best dari perkongsian deko, travel luar negara dalam negara dan juga menu masakan yang best!

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2020)

Wawa seorang ibu kepada 1 orang cahaya mata, menulis blog parenting, adsense dan juga perkongsian tentang Shaklee !

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2011)

Chaza Xiaojie CX juga meruapakan seorang housewife dan juga seorang fulltime blogger. Blog CX juga selalu mendapat tempat di google. suka dengan sifatnya yang rajin menulis dan sharing

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2020)

Nurul Aleya 😉JDT blogger dengan new niche parenting, food dan lifestyle. lama beliau menulis tapi sekarang new blog katanya, jom kita terjah blog beliau

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2008)

Nora (Izarra)  mommy blogger kepada 3 orang cahaya mata dan bekerja di sektor kerajaan (sekolah). asalnya dulu Nora ada blog just suka-suka update kisah peribadi, madah, seumpama diari. sekarang dah byk entri pelbagai perkongsian. dulu aktif join event di mana-mana, tapi bila berpindah, blog pun kurang update. sayang punya pasal, maka blog Nora masih wujud sehingga kini.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2010)

CikTom  fulltime mommy blogger kepada sepasang cahaya mata. dulu, awal-awal blogging tertumpu kepada perkongsian tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. sekarang, lebih banyak entri blog create awareness tentang parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2010)

Yaya Azura merupakan mommy kepada 2 orang anak lelaki. mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian pula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2008)

Rozita 😊 mommy blogger kepada 4 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang bekerja sebagai Pegawai Veterinar di sektor kerajaan. suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. menulis blog bermula sebagai hobi. berkongsi tentang pengalaman hidup, masak-memasak dan mencuba resepi baru, travelog dan tempat-tempat makan yang best . Rozita juga berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2010)

Bonde Zaidalifah 😊 mommy blogger kepada seorang puteri. menulis blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2020)

Meksah, mommy blogger kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. mula membina blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
Fadzi Razak  mommy blogger kepada Aneeq dan Anas yang kini dah pun berada di Australia. berhijrah ke sana. perkongsian Fadzi di blog sama seperti mommies yg lain berkisarkan anak-anak, resipi dan menu makanan sekeluarga dan juga tips parenting.


26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2007)

Maesarah . mommy blogger kepada 3 org anak. asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak. Kemudian jadi blog bisnes sekejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah anak-anak.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2016)

Atul Hamid merupakan seorang lagi mommy blogger kepada sepasang cahaya mata 😍. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.


26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2020)

Zaza Azman kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mommy blogger utk sepasang anak-anak monsta yg comel. full time housewife, part time blogger. blog berbahasa inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak-anaknya.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2019)

Marina Bashah, mommy blogger yg bekerjaya. ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2010)

Siti Rohaida, mommy blogger kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2017)

Norhana Rosmida, mommy blogger kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. hobi suka menulis dari zaman university dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE
(blog bermula dari 2010)

Sharina, mommy blogger kepada sepasang anak, Edan Eshal. dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki😄. alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.'

Selesai perkongsian 26 blogger mak mak hehe yang moden , rajin, banyak tips yang ada di blog mereka. Jangan lupa terjah, k !


9 comments on "26 TOP MUMMY BLOGGER 2021 YANG SUKA SHARING TENTANG PARENTING LIFESTYLE"
  1. Semua mommie best2 dan sporting..teruskan blogging wahai mommies..

    ReplyDelete
  2. Maceh mummy... Tq mummy byk sharing baik2 dekat blog mummy ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tersenarai juga dalam 26 Mommy blogger nih.. selamat berkenalan semua

    ReplyDelete
  4. hebat semua mommies ni ye. saya follow kebanyakan mereka. and more to follow.
    thanks for suggesting! ;)

    ReplyDelete
  5. Wow, menarik list mommy blogger, best baca..

    ReplyDelete
  6. terima kasih linda, salam perkenalan dari sis hawa dot com pd yg belum kenal. terus sukses utk linda juga =D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semua hebat-hebat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, seronok ramai kenal mommy blogger.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com