FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK

FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK - “Balik je dari sekolah, terus mandi ye....”
inilah pesanan yang sama dari mummy untuk Dhia dan Dzal setiap hari .
Walau mummy dah bekalkan hand sanitizer Follow Me ke sekolah. Selain anggota tangan, badan juga perlu di jaga bersih sebersihnya . Lelagi , sekarang zaman virus pandemik Covid-19 , kena extra jaga .

FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK



Set kebersihan mummy sekarang menggunakan jenama Follow Me. Follow Me bukan sahaja keluarkan rangkaian anti bakteria pada hand sanitizer sahaja. Malah , Follow Me ada mengeluarkan set mandian dan sabun basuh tangan juga. 

Untuk mandian, mummy suka dengan mandian Head To Toe Follow Me. Senang, 1 botol ni boleh pakai dari kepala hingga ke kaki tak payah banyak-banyak range ada dalam bilik air . Baunya pun sedap ada bau tembikai dan juga strawberry.

Harum dan sedap je bau anak-anak bila lepas mandi ...yang penting anti bakteria .  Anak-anak memang happy dengan set kebersihan dari Follow me ni, sebab dorang rasa wangi sepanjang hari dan juga sangat segar. Walau penat ke sekolah seharian

FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK


Dalam kegigihan negara melawan COVID-19, tidak dapat dinafikan bahawa tekanan semakin bertambah terhadap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka kekal selamat. Meskipun mencuci dan menyahkuman tangan adalah kunci untuk perlindungan diri, kebanyakan produk antibakteria di pasaran dirumus untuk golongan dewasa dan mampu menyebabkan kulit kanak-kanak kering sehingga mengakibatkan kerengsaan serta kulit sensitif dengan penggunaan jangka panjang. Menyedari keperluan terhadap perlindungan yang lembut dan selamat untuk kanak-kanak, Follow Me dengan bangganya menampilkan rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids yang dirumus khas bagi membersihkan dengan lembut serta melembapkan kulit kanak-kanak, di samping memberi perlindungan 99.99% terhadap bakteria.

FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK




Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids yang direka khusus untuk kanak-kanak tidak mengandungi sebarang komponen yang berbahaya, dan mampu melindungi kulit lembut kanak-kanak bagi memastikan waktu bermain serta pembelajaran yang selamat dan menyeronokkan. Rangkaian ini terdiri daripada Head To Toe Wash dalam dua varian (Bursting Melon dan Cutie Peach), cecair pembersih tangan (Hand Wash) dan cecair penyahkuman tangan (Hand Sanitizer) untuk perlindungan lembut yang menyeluruh. Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, di samping mengandungi ekstrak asli tumbuhan yang telah diuji oleh pakar dermatologi serta direka khusus tanpa bahan kimia bagi memastikan kulit anak-anak anda sihat secara semulajadi.


Kedua-dua Follow Me Anti-Bacterial Kids Head To Toe dan Hand Wash direka khusus untuk bebas daripada empat bahan perengsa utama: sabun, Triclosan, Paraben dan Pewarna; membolehkannya untuk mengekalkan keseimbangan pH dan mengelak kekeringan kulit kanak-kanak. Dengan menampilkan ciri-ciri pelembap yang melegakan, Head to Toe Wash mengandungi ekstrak Levender dan Bunga Kamomil sementara Hand Wash mengandungi Vitamin E dan A yang berkhasiat untuk kulit. Ibu bapa juga akan mendapati kandungan Aloe Vera dan Vitamin E dalam Follow Me Anti-Bacterial Kids Hand Sanitizer yang memberi 99.99% perlindungan terhadap bakteria.


Meskipun ibu bapa terus mendidik dan mengukuhkan lagi langkah pencegahan kepada anak-anak mereka, masih terdapat keperluan untuk anak-anak untuk kekal aktif dan sentiasa terhibur dengan selamat di rumah mereka. Bagaimanapun, untuk memastikan keselamatan anak-anak tatkala membiarkan mereka bebas meneroka adalah cabaran yang dihadapi ramai ibu bapa, kerana anak-anak yang sihat dan gembira adalah keutamaan setiap ibu bapa. Sehubungan dengan pelancaran ini, Follow Me ingin menggalakkan ibu bapa dan anak-anak untuk turut sama menikmati #FunWithFollowMe yang memastikan keselamatan diutamakan tanpa perlu berkompromi terhadap keseronokan dan kulit yang lembut.

HARGA PRODUK FOLLOW ME  ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK


Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids dijual pada harga pasaran antara RM 5.50 ke RM 19.60 dan boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar terkemuka, serta platform perniagaan dalam talian Shopee dan Lazada. Produk dalam rangkaian ini terdiri daripada:





Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash (Bursting Melon)

800ml

RM 19.60



Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash (Cutie Peach)

800ml

RM 19.60



Follow Me Anti-Bacterial Kids Hand Wash

400ml

RM 9.90



Follow Me Anti-Bacterial Kids Hand Sanitizer

60ml

RM 5.50



Kenali lebih lanjut mengenai rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids dengan melayari http://followme.com.my/

Untuk perkembangan terkini dan promosi, layari Facebook Follow Me di https://www.facebook.com/followmefollowlove.
2 comments on "FOLLOW ME MEMPERKENALKAN RANGKAIAN ANTI-BACTERIAL YANG DIRUMUS KHAS UNTUK KANAK-KANAK"
  1. Masa kecik2 dulu memang pakai Follow Me...bila dah dewasa ni takde dh..eh murah lagi la product dia...

    ReplyDelete
  2. Jenama yang lama ada n masih bertahan. Boleh la cuba yg baru ni. Trusted brand

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com