Translate

Main Ad

HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK UNTUK SIMPAN DUIT ANAK-ANAK KAMI !

HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK UNTUK SIMPAN DUIT ANAK-ANAK KAMI ! - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua ! Korang dah ada akaun simpanan anak ke belum tu? Mummy sangat pasti ! Korang mesti dah ada akaun simpanan untuk anak-anak korang. Betul, tak? Zaman sekarang , tak macam zaman dahulu. Kalau dulu, ramai yang simpan duit bawah tilam, bawah bantal, dalam almari. Ye lah , zaman dulu kala, bukan mudah nak keluar ke bank.


HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK


HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK UNTUK SIMPAN DUIT ANAK-ANAK KAMI !

Cerita bab simpanan anak-anak kami ni, bak kata pepatah MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA" "SEDIKIT_SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT !". Maka, kami seawal beberapa bulan umur anak kami, kami sudah sediakan akaun simpanan masing-masing. Tapi, bila mummy sertai satu temuramah di webinar Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank ("HLB" atau "Bank") bertajuk 'Raising DuitSmart Kids in a Digital Age' mummy teruja dengan HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN di HONG LEONG BANK. Akaun ini, sangat lain dari yang lain ! Apa yang lainnya? Ha..jom baca sampai habis !


HLB Pocket Connect

HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN di HONG LEONG BANK mempunyai aplikasi HLB Pocket Connect. Ianya adalah aplikasi Duit Poket Pertama Di Malaysia. Anak-anak boleh melihat akaun sendiri, baki duit, berapa yang perlu di simpan atas tujuan tertentu dan ada pelbagai bahan interaktif dalam ini.


HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK UNTUK SIMPAN DUIT ANAK-ANAK KAMI !

HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK sangat mudah di monitor, hanya dengan telefon bimbit sahaja !



HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK UNTUK SIMPAN DUIT ANAK-ANAK KAMI !

Webinar ‘Raising DuitSmart Kids in a Digital Age'
Webinar yang dihoskan oleh Sheahnee Iman Lee, ibu kepada tiga orang, menampilkan tetamu yang berkongsi pelbagai pengalaman mereka sebagai ibu bapa, pendidik dan usahawan muda. Menerusi pendapat yang dikongsi, semua ahli panel bersetuju untuk satu perkara - celik kewangan harus diajar lebih awal. Ini supaya anak-anak dapat mengetahui dan menguruskan kewangan sekaligus membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat didalam hidup.




Akaun ini dilengkapi dengan Kad Debit Junior yang boleh digunakan oleh anak-anak untuk berbelanja, namun ibu bapa boleh memantau dan mengawal perbelanjaan wang saku anak-anak mereka. Bahkan ibubapa juga boleh menambah wang saku melalui pemindahan dari aplikasi HLB Connect. Sekaligus kita boleh dapat menetapkan had perbelanjaan, mengawal apa yang boleh dibelanjakan oleh anak-anak serta memantau perbelanjaan semasa.



Ibu bapa juga boleh menyekat atau membekukan Kad Debit Junior dengan serta-merta sekiranya mereka mengesyaki perbelanjaan palsu atau tidak wajar dan ini semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi HLB Connect. Untuk menanamkan tabiat jimat cermat, HLB Pocket Connect mempunyai ciri Menyimpan yang membolehkan kanak-kanak menetapkan matlamat simpanan mereka untuk perkara yang mereka mahukan. Laporan status penyimpanan juga boleh disemak.




CARA MEMBUKA AKAUN HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK

Terdapat 3 junior akaun di Hong Leong bank iaitu :
Junior Saving Account - khas untuk yang berumur 18 tahun ke bawah, buka akaun serendah RM1 sahaja

Junior Debit Card - satu-satunya akaun simpanan kanak-kanak yang mempunyai kad debit

Junior Fixed Deposit - serendah RM1000, untuk simpanan 12, 24 bulan dan banyak lagi plan. Yang penting profitnya lebih tinggi dari simpanan biasa.

Untuk membuka akaun di HLB POCKET CONNECT 3 DALAM 1 JUNIOR AKAUN HONG LEONG BANK, hanya di perluka kad pengenalan ibubapa atau penjaga dan juga mykid anak. Mudah, kan !


Ibu bapa yang berminat untuk membuka Akaun Junior 3-dalam-1 boleh memohon di Bank Hong Leong Shopee (www.shopee.com.my/hongleongbank.os) 

Hanya perlu klik untuk membeli produk dan seterusnya pihak HLB akan menghubungi dan bertemu dengan anda. 

Pihak HLB akan membantu proses pembukaan akaun tanpa perlu pelanggan mengunjungi mana-mana cawangan bank HLB.

Untuk rangkuman webinar, tonton video penuh di sini https://www.facebook.com/HLBMalaysia/videos/735735070446514

Ketahui lebih lanjut mengenai HLB Pocket Connect, sila lawati: www.hlb.com.my/pocket

Post a comment

0 Comments