Translate

Main Ad

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE? - Fuh, paling mencabar zaman sekarang ini adalah bab password. Pening weiii, sistem kerja je dah berapa banyak password nak kena ingat, password portal peribadi lagi. Dah tua-tua gini, mummy selalu ada masalah lupa password, sebenarnya ada juga lah tulis di buku. Erm...tetapi entahlah....mana ntah buku-buku tu hehehe. Konon takut orang tahu, di sorokkan, sekarang amek ko ! Entah mana pulak buku tu ye !

Password untuk akaun ASB ni, rasanya sangat mencabar kot. Sebab jarang-jarang mummy buka. ASB ini, mummy lebih kepada SIMPANAN BUNIAN. Ada tapi , nak buat-buat tak nampak. Kegunaannya, untuk masa betul-betul terdesak atau kegunaan hari tua nanti. Tak nak lah, korek lubang, tutup lubang. Esok-esok kita susah, ada ke orang nak tolong bagi ribu-ribu setiap bulan kan. Nak bagi pinjam RM50 pun belum tentu lagi huhuhu.

Bab saving ni, jika korang ada incoem tetap atau income yang nampak positif. Buatlah beberapa tabung simpanan dan perlindungan ! Bab perlindungan mesti korang menyampahkan? "alahai, aku dah adalah insurans, aku dah ada lah takaful". Pampasan duit perlindungan (jika kena sakit / musibah) itulah yang akan selamatkan duit saving kita. Kalau boleh hat saving tu, biarlah untuk saving.

Okay, korang koreklah ilmu tu sendiri, sebab entri kali ini mummy nak cerita tentang mummy yang ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?


ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

Sebenarnya senang je ! Kalau korang lupa passsowrd akaun ASB korang sebenarnya ada banyak kaedah yang korang boleh buat seperti :

1. Ke pejabat ASNB itu sendiri , lokasi boleh rujuk di SINI
2. Menelefon talian ASNB
3. Atau secara email.

Antara pilihan untuk aktifkan balik passowrd ASB mummy, mummy suka kaedah nombor 3. Sebab apa? Sebab ianya tak buang masa mummy hehehe. Email, dan tunggu aje jawapan.

Cara aktifkan password ASB melalui Email ni mudah je.

1. Siapkan gambar selfie dengan MyKad
2. Ambil gambar MyKad depan belakang
3. Siapkan gambar lesen memandu / passport / penyata bank/ bil utiliti (elektrik dll)

Hantarkan gambar berbentuk JPG/PNG/PDF (semua ni hand phone pun ada, pakai hand phone je pun ok dah tu) melalui kaun email memasing ke myasnbid@pnb.com.my

Siap ! Senangkan !

Dalam talian , mummy dah cuba juga ada banyak step verification, dan nak menunggu call kita di angkat pun agak lama juga huhu


Post a Comment

2 Comments

  1. Bab nak ingat password memang masalah... Haha... Selalu je reset... 😜

    ReplyDelete
  2. Kita sampai skrg xbuat2 lg asb online.. Terukkan.. Duk simpan tolak kt maybank terus link dengan asb bagai.. Tpi akaun online asb xpernah activate kan... Skrg ni nak kluarkan duit kena pergi kaunter ke boleh keluarkan online ke acc2 bank kita terus kak?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com