BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?

BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA PERLU KAMI BUAT? - Ye, kami dalam mood kuarantin ni . Sebelum ni, tak kena dengan kita, kita tak rasa. Bila benda ini sendiri terjadi pada kita. Terus mummy jadi blur, bingung dan seakan-akan tak tahu nak buat apa. Ye lah, dah orang penting dalam rumah ni kena, kan? Memanglah mummy risau sangat. 

BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?

BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?


Benda yang mummy terfikir dari awal, macam mana lah kalau daddy kena covid-19? PPapppp, terus beliau positif hari Rabu baru ni. Dalam pada tu, sebenarnya mummy memang boleh agak juga. Ye lah... sebab daddy ni penghidap Thyroid dan juga ada g6pd. Ketahanan badan beliau tak sekuat mana. Mudah di jangkiti dan badan tak kuat sangat nak melawan.

Dan, bila hari Rabu kami sekeluarga buat cek RTK menggunakan air liur. Tetiba Covid19 kits daddy double line ! Sah covid-19. Buat lagi sekali, pun positif juga ! Masa ni, kami semua boleh relax lagi, sebab takut juga result RTK tak tepat. Paling tepat adalah result PCR. 

Nak buat covid test PCR ini samada ke klinik kerajaan atau swasta jelah. Kebetulan Rabu malam, memang tak ada tempat buat PCR. Khamis pula, Hari Malaysia. Klinik goverment tak buka. Maka, daddy seorang je yang buat appointment PCR test secara drive thru di KPMC Kajang.

Kenapa kami berempat tak buat PCR? Okay ...kami dah buat melalui RTK air liur, keputusan menunjukkan negatif. Mujur mummy ada kenalan doktor (memang jaga bahagian Covid-19). Malam tu, mummy called beliau dan terangkan situasi kami. Beliau (doktor) nasihatkan kami guna pakai result RTK sahaja.

Tak perlu buat swab atau ke klinik. Hanya perlu, update di mysejahtera berkenaan contact rapat.

Kerana, jika ke CAC atau klinik di khuatiri dari negatif, boleh jadi positif pula.

Lagi pun, kami semua tak ada simptom. Suami pun tak ada simptom juga.

 

MACAM MANA KAMI TAHU KAMI POSITIF COVID19?


Sejujurnya, seminggu sebelumnya, daddy, mummy, dhia. Buat RTK test sebabnya

1. Daddy kena hantar ke ofis setiap 2 minggu keputusan RTK. Nak pastikan semua pekerja sihat.Dalam 7 September 2021 daddy NEGATIF. Alahamdulillah

BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?

BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?


2. Mummy dan Dhia memang ada demam minggu lepas. Dalam 2-3 hari kami baik demam.

Keputusan kami semua pada masa tu dalam 9 September dan 10 September 2021, negatif alhamdulillah.

Sabtu 11 September 2021, daddy ada appointment di Columbia Hospital untuk Thyroid beliau. Kemudian, daddy balik rumah, mandi, makan dan petangnya kami sekeluarga ke Decathlon USJ.

Malamnya pula, kami ber 'camping' di rumah adik suami. 

Pada waktu ini, kami sekeluarga sihat walafiat. Termasuklah family suami dalam 3 keluarga ke semuanya. Tak ada seorang pun demam.

Selasa, adik ipar (perempuan) kami yang kami ber 'camping' di rumah mereka itu ke PPV vaksin 2nd dose. Beliau demam agak teruk. Pada hari Rabu, beliau cek RTK dan beliau POSITIF Covid-19.

Dan, inlah punca kami sekeluarga semua terus buat test RTK semula. Malam Rabu 15 September 2021. Daddy positif Covid-19. Kami berempat semua NEGATIF alhamdulillah.

Dalam situasi ini, kami tidak pasti siapa pembawa dan dari mana daddy dan adik ipar positif.

Orang kata , dah nak kena kan. Di mana-mana pun boleh jadi.

Alhamdulillah, anak-anak kami, anak-anak adik ipar, dan kakak ipar, family adik ipar semuanya negatif. Dan satu lagi keluarga juga negatif.

Bab dapat dari mana, kami tak mahu fikir dah. Yang kami tahu, nak sihat sahaja !

Buat masa ni, kami semua dah update di mysejahtera. Maka, mysejahtera kami sudah berubah ke warna merah. Walau kami tak memakai gelang. Kami tidak boleh ke mana-mana pun.

Daddy je so far pakai helang sebab beliau di panggil ke CAC pada hari ke -3

Bila suami positif Covid-19 ni, apa kami buat?


1. Kuarantin 10 hari (seperti arahan di mysejahtera)
2. Mummy jadi nurse kepada daddy
3.Mummy merangkap Chef juga, pastikan makan ikut time, makan bernutrisi, air mencukupi. Biasanya, air kosong, air teh o cengkih, air lemon dan juga 100 plus mummy berikan kepada daddy.
4. Ubat pula, paracetamol, jika ada demam. Untuk masa ni, daddy tak de demam.
5. Kami yang lain, memang ada amalkan madu hutan. Mungkin asbab madu ni kami yang lain negatif . Daddy je susah nak makan madu, sebab kata beliau, beliau sedang makan ubat thyroid. Apa pun, mummy hormati keputusan daddy. Apa yang dia nak makan, tak mahu makan.

Dan, keadaaan daddy tak seteruk mana, mungkin sebab dah lengkap 2 dos vaksin covid juga tu. 

Doakan yang baik-baik buat kami ye !


2 comments on "BILA SUAMI POSITIF COVID-19 APA KAMI BUAT?"
  1. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat akak sekeluarga.. Semoga diberikan kesembuhan, dpermudahkan urusan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Moga sihat-sihat sahaja hendaknya semua ahli keluarga. Covid-19 memang tak mengenal mangsa. Sekarang ia ada di mana-mana.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com