JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI - Mummy agak cerewet jugalah bab mencari rak pokok untuk balkoni ni. Bukan apa, mummy tak mahu balkoni mummy nampak hutan belantara hehe. Mummy suka balkoni mummy lapang dan ada ruang sket. Oh ya, balkoni ni juga merupakan tempat sidai baju juga. Mummy suka sidai baju kat balkoni sebab bila sidai tu kan. Bau wangi dari basuhan tu , masuk sampai dalam rumah. Secar automatik, rumah berbau wangi je sepanjang hari hehe. Selain tu, angin bawa masuk wap air, sampai dalam rumah rasa macam ada ekon je. Sejuk ! Hehe padahal rumah kami tak ada econ pun !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !


Berbalik kes beli rak pokok untuk balkoni ni, mummy nak cari saiz ngam-ngam je untuk tepi dinding, rumah kami ni memang banyak dinding yang bersegi-segi huhu. So, di bahagian penjuru depan tu, panjangnya 1 kaki lebih. Mummy nak rak yang ngan panjang 1 kaki je . Puas godek sana sini, tak jumpa pun rak yang 1 kaki ni. 

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Alhamdulillah, jumpa di Lush Flora Sg Kantan, paling best, kalau tak pakai pasu banyak-banyak. Tempat letak pasu tu boleh tutup satu per satu. Alaaa, gambar tak de pulak ni, korang bayangkanlah sendiri ek !

Bagi mummy rak pokok ni, sangat minimalis. Tak serabut. Pasu outdoor untuk balkoni pulak, memang malas nak tukar. Biarlah warna macam-macam sket hehe.

Harga rak pun,sangat ok . Untuk 8 pot ni, berharga RM120. 


JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Macam biasalah, pergi nurseri ni mesti terjebak beli pokok. Tapi, mummy ni jenis boleh kawal diri sketlah pi nursery. Memang awal-awal dah bercakap dengan diri sendiri.

Kalau nak beli pokok, boleh ! Tapi, beli yang mudah hidup, tak perlu penjagaan sangat. Paling penting ! Jangan beli yang mahal sangat, kalau pokok mati nanti sapa yang rugi ! Jengggg...

Dari situ, dah boleh berjimat. Siapa lagi boleh kawal diri kita, selain diri sendiri. Betul, tak?

Paling bijak, beli 2 pokok. Tapi kita jadikannya 10 pasu terus hehehe.


JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Pokok Snake Plant tu, mummy pilih yang ada banyak anak kecil-kecil. Jumpa yang dah beranak 3. Beli pasu dan jadiklah 4 pokok Snake Plant .

Money Plant pun sama, mummy pecahkan kepada 6 pasu. Memang plan, nak letak dalam candle holder tu. Letak gel, letak air, masukkan money plant yang dah di pecahkan kepada 6 tu ! Nampaklah lawa sket, rak kasut tu kan.

Pakistan yang kerja kat nurseri sampai geleng kepala dengan mummy hehe. Jimat sungguh, dia cakap.

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !

Mummy ni, memang perangai kedekut sket, ye lah kita bukan nak nampak wow sangat pun. Meriahkan rumah sket-sket je dengan dedaun. Dan, mummy pun jenis busy. Tanam hat yang senang jaga je lah. 

Snake Plant tu mummy suka sebab ye lah, zaman sekarang zaman macam-macam virus. Mengikut kajian, Snake Plants ni dia akan sedut udara yang kurang baik serta boleh kurangkan habuk. 

Nak jaga snake plants pun mudah sangat. Seminggu atau dua minggu sekali je siram. Lepas tu, biarkan je lah. Cuma, mummy letakkan juga baja osmocote slow release tu. Sekali baja untuk 4 bulan. Mudah kerja mummy kau ! 





7 comments on "JUMPA JUGA RAK POKOK UNTUK BALKONI !"
  1. Cantik lahh rak tuu. Haaa lepas ni kalau orang2 yang duduk rumah tinggi complain ckp takde ruang nak tanam pokok kita bagi link mommy je

    ReplyDelete
  2. wah bestnya tentu byk oksigen ni

    ReplyDelete
  3. good idea utk ammi yg tak suka benda semak.
    haritu baru cakap ngan husband apa kata cari pastu tanam sayur at least takyah asik nak membeli je

    ReplyDelete
  4. Hehhehehe.. Udah terjebak ye kak....

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com