MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWATHai korang, ada masalah jerawat? Jerawat susah hilang? Haaaa…jangan risau. Meh mummy kenalkan pada korang produk Mentholatum Acnes dari jenama Penjagaan Kulit Harian No.1 Jepun untuk Kulit Berjerawat.

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT


MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT boleh menjadikan kulit wajah korang lebih sihat dan bebas dari jerawat. Betul ke? Berkesan ke? MENTHOLATUM ACNES ni?

Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72% responden telah menunjukkan perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari apabila mereka menggunakan Mentholatum Acnes

Manakala, 3 daripada 4 pula, mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik selepas 7 hari menggunakan Mentholatum

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT


Nampak tu, boleh di katakan set rangkaian Mentholatum Acnes memang sangat berkesan. Sekejap je, kulit jadi licin dan mulus tanpa jerawat barulah confident nak keluar jumpa orang, kan?

SET RANGKAIAN MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT


Rangkaian Mentholatum Acnes baharu terdiri daripada rangkaian lengkap rutin penjagaan kulit jerawat, iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT


Mentholatum Acnes Creamy Wash (RM19.90, 100g)

Formula pencuci muka berunsurkan Asid Amino yang bebas sabun ini hampir sama dengan tahap pH semula jadi kulit untuk pembersihan yang lembut dan sangat berkesan, sesuai untuk kulit sensitif berjerawat. Ia juga mengandungi Asid Salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat. Kandungan antioksidan dan antiradang Ekstrak Avocado adalah agen penenang untuk menenangkan kulit, serta berfungsi mengawal masalah kulit berminyak. Vitamin C + E antioksidan juga terdapat dalam formulasi ini untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT


Mentholatum Acnes Powder Lotion (RM19.90, 150ml)

Formula pengimbangan dan pengawalan minyak ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan melawan cela dengan menembusi ke dalam liang pori untuk mengeluarkan kotoran. Ia juga mengandungi penyerap minyak serbuk mineral untuk membantu menyerap minyak berlebihan dan mengetatkan liang pori untuk kulit yang lebih licin. Untuk mengelakkan kekeringan, Ekstrak Aloe Vera ditambahkan untuk melembap dan menyegarkan kulit. Sama dengan Creamy Wash, Powder Lotion juga mengandungi Vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT

Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser (RM29.90, 45g)
Sifat pelembap pada pelembap ini berasal daripada ekstrak epal, aloe vera, rumpai laut, dan chamomile agar kulit terasa lembut dan lembap. Ekstrak epal dan Asid Salisilik (BHA) membantu mengelupas kulit dengan lembut; sementara Ekstrak Ceri Liar (Bitter Cherry) ditambahkan untuk meningkatkan keanjalan kulit sekali gus menjadikan kulit kenyal dan awet muda.

CARA PAKAI SET MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT

Cara pakai set MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT, mudah je korang just follow je step bawah ni

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT

1. Bersihkan kulit dan letakkan sedikit Mentholatum Acnes Creamy Wash pada telapak tangan yang basah , sapu rata di kulit wajah dan bersihkan muka dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air.

2. Selepas itu, tepekkan Mentholatum Acnes Powder Lotion ke kulit dengan pelapik kapas atau menggunakan telapak tangan sahaja. Jangan lupa untuk menggoncangkan botol sebelum guna tau.

3. Kemudian, sapukan Mentholatum Acnes Oil-Control Moisturizer secara rata pada kulit dan urut perlahan-lahan sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Gunakan ketiga-tiga produk ini untuk rutin harian pada waktu malam bagi penjagaan kulit jerawat.

MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT

Untuk rawatan jerawat pula, boleh sapukan Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel secara kerap 2 hingga 3 kali sehari pada kawasan yang berjerawat.

Anti-Acne Spot Gel boleh digunakan sebelum memakai alat solekan juga

Oh ya ! Sebelum menggunakannya, pastikan tangan dan kulit korang dibersihkan dengan sempurna

Mentholatum Acnes Creamy Wash, Powder Lotion, Oil-Control Moisturizer, dan Anti-Acne Spot Gel boleh didapati di farmasi Watsons serta Laman Online.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian baharu Mentholatum Acnes, sila layari https://www.facebook.com/MentholatumAcnesMY

1 comment on "MENTHOLATUM ACNES SAY NO TO JERAWAT"
  1. Salam, nak tanya. Produk ni selamat utk ibu mengandung tak? Tq

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com