OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK

MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK ANTARA MASALAH KULIT YANG PALING MEMBIMBANGKAN - Mujur ada OXY Anti-Blackhead Gel yang bersifat lembut pada kulit dan berkesan mengatasi masalah bintik hitam terutama di bahagian hidung mummy.

OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK

Bintik hitam dan kulit berminyak merupakan antara masalah kulit yang paling kerap dihadapi oleh remaja. Apabila mencapai usia baligh, kelenjar minyak remaja menjadi aktif sehingga menghasilkan minyak berlebihan. Bintik hitam terbentuk akibat daripada lebihan ini serta
daripada penambahan sel kulit mati di dalam folikel rambut.

OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK


Keperluan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang musim wabak ini menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih buruk lagi akibat daripada kotoran dan bakteria yang terperangkap di bawah permukaan kulit. Tanpa penjagaan dan rawatan yang betul, bintik hitam berkemungkinan menyebabkan liang pori membesar.

OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK


OXY, jenama penjagaan kulit untuk remaja telah memperkenalkan OXY Anti-Blackhead Gel baharu yang dirumus khas untuk menangani masalah bintik hitam. Ia lembut pada kulit serta berkesan untuk menghilangkan bintik hitam yang biasanya muncul pada permukaan hidung.

OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK


Bahan-bahan berkesan yang terdapat di dalam rumusan ini termasuklah:
i) Asid Glikolik (AHA) dan Asid Salisilik (BHA)

Asid Glikolik dan Asid Salisilik adalah bahan aktif yang menyasarkan lapisan kulit yang berlainan. Asid Glikolik mengelupas dan menyingkirkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit. Manakala, Asid Salisilik menembus secara mendalam ke dalam kulit untuk membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap di dalam liang pori untuk memastikan kulit di permukaan hidung bersih dan licin.

Asid Salisilik yang digunakan dalam OXY Anti-Blackhead Gel baharu ini berasal daripada Ekstrak Daun Wintergreen, yang merupakan Asid Salisilik 100% semula jadi yang mempunyai manfaat penjagaan kulit seperti membersihkan kulit, menyingkirkan minyak berlebihan dan akhirnya membantu menghilangkan bintik hitam.

ii) Ekstrak Daun Witch Hazel
Dengan kemungkinan adanya keradangan yang disebabkan oleh pengelupasan, OXY Anti-Blackhead Gel dirumus dengan Ekstrak Daun Witch Hazel yang berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan keradangan. Selain daripada itu, Ekstrak Daun Witch Hazel juga membantu mengecilkan liang pori untuk mengurangkan penampilannya pada bahagian yang bermasalah.

iii) Ekstrak Centella Asiatica Asli yang Tinggi
Ekstrak Centella Asiatica menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, yang membantu memperbaharui dan memperbaiki sel-sel kulit. Bahan ini juga didapati membantu menenangkan keradangan, melegakan kemerahan, dan memperbaiki kulit untuk mencapai tona kulit yang sekata.

CARI PAKAI OXY Anti-Blackhead Gel

1. OXY Anti-Blackhead Gel sebaiknya digunakan selepas membersihkan kulit. 



OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK



2. Selepas mengeringkan kulit, picitkan sejumlah gel yang mencukupi pada hujung jari, dan sapukan pada bahagian hidung.

3. Biarkan kering selama kira-kira 3-5 minit.

4. Kemudian urut dengan lembut untuk mengeluarkan dan menghilangkan bintik hitam.

5. Akhir sekali, bilas dengan air.

Produk ini disyorkan untuk digunakan 2-3 kali seminggu.

Kaedah penyingkiran bintik hitam tradisional seperti penggunaan alat atau memicit dengan jari kita berisiko untuk menyebabkan parut yang kekal pada kulit serta menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit; oleh itu, pengelupasan kimia yang lembut adalah pengantian yang wajar.

OXY ANTI-BLACKHEAD GEL PENYELESAIAN MASALAH BINTIK HITAM DAN KULIT BERMINYAK

OXY Anti-Blackhead Gel baharu ini berharga RM14.90 (18g)

Boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai OXY Anti-Blackhead Gel baharu, sila log masuk ke oxy.com.my
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com