Translate

Main Ad

5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK

5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK - Alhamdulillah, lega bila followers tiktok mummy growing. Sebelum ni, mummy memang malas nak layan tik tok. Tapi, sebenarnya, tik tok ni, jika kita nak sampaikan sesuatu tu, orang lebih mudah faham.  Nak naikkan followers tiktok pun sebenarnya mudah je, kalau tahu cara yang betul. Eh..sebelum tu, korang jangan lupa follow mummy dulu ye di :  https://vt.tiktok.com/ZSeAAj6qf/

5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK

5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK ni mummy dah cuba. Alhamdulillah dalam sehari boleh naik 100 followers. Bila dah cuba, dah nampak macam mana caranya. Barulah mummy berani share di blog. Biasanya, mummy akan pulun masa cuti atau weekend je untuk naikkan followers. Ye lah hari kerja ni banyak benda nak fokus. Tak mahu di bebankan untuk tiktok je. 

Niat asal mummy nak naikkan followers tiktok ni sebabnya:
1. mummy suka buat video, kalau korang ada subscribe YouTube mummy . Macam-macam video ada, tak kiralah video bodoh-bodoh ke apa ke..semua taram upload hehe. Tapi, Youtube ni, nk kena video panjang sket. So, ada kepenatan di situ.

2. Bila tepek video di IG, FB ni response slow..bosan pulak tepek situ hehehe. Behavior / perangai audience di tik tok, ig, fb ni tak sama tau.

3. Edit video di tiktok ni sangat mudah, lagu best, filter memacam, ada game, dan mudah nak buat video. User friendly gitu.


5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK


APAKAH 5 5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK?

Haaaa....apakah 5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK? Jom baca sampai habis ! 

TIK TOK TAK SAMA DENGAN FB, IG
Nak naikkan follower di TT ni, korang jangan ikut rentak IF, FB !

Seperti yang mummy terangkan awal-awal tadi. Tik Tok ni tak sama dengan Facebook, Instagram dan Youtube. Audience nya lain, behavior pun lain. Malah cara berkawan pun lain !

Facebook, Instagram ini ada limit friends dan followers. sebab tu, memasing kedekut nak follow dan add sebagai friends (mana yang famous tu, memang jangan haraplah dorang nak follow korang)

Tapi di Tik Tok, mana yang kita follow tu akan follow back. Kita boleh tahu juga sapa yang follow dan unfollow. Nampak di bahagian lists followers.

TIK TOK BUKAN UNTUK CONTENT JOGET-JOGET
Content bermanfaat orang suka !

Ramai beranggapan tik tik ni medium joget-joget. Ermmmm, please lah, jangan kolot sangat. Tik Tok ni, memang ada konten joget, ada konten bermanfaat juga seperti content tips, doa

Mummy nak fokus kepada sharing is caring. Samalah macam medium blog ini. Kalau boleh nak bagi manfaat pada followers. Walau followers senduuuu i dont care hehehe

AUDIENCE TIK TOK
Target audience korang !

Audience tik tok ini yang mummy suka, dorang rajin. Rajin follow, like, komen. Mereka tak suka orang sombong. Kalau IG, FB tu ntah ek..Ada masa nampak macam kedekut nauuuu nak like, komen. Padahal lalu timeline dorang tu..

FYP MACAM WALL DI FB
Aim video masuk FYP !

Tik tok ni ada wall macam FB (timeline) , tapi di panggil FYP. For You Page , kalau lalu wall kawan-kawan tiktok, view je dah di kira walau tak like komen. So, kita nampak engagement rate tu.

TONTON LIVE TIK TOK
Tik tok kena peramah tau ! Korang kena rajin tengok live orang dan komen. Insyaallah dari situ korang akan dapat ramai followers nanti.


Haaaa...macam mana 5 TIPS NAIKKAN FOLLOWERS DI TIK TOK? Rerasa nak try ke idak? Try lah ye ! Dah try nanti komen balik, macam mana dengan followers korang tu . Naik ke tidak.


Post a Comment

2 Comments

  1. sy baru buaka akaun tiktok tapi tak fikir nak naikkan followers lg kak...ig, fb dan blog pun terabai...huhuhu..duk seru semangat tak sampai2

    ReplyDelete
  2. Wah baru tau.. good sharing Linda..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com