Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman

Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan OsmanHai semua, hari ini kita nak menyelusuri kisah perjalanan seorang mentor usahawan terkenal di Malaysia iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ya, pelbagai isu timbul jika nama ini naik. Dari dulu lagi, ramai orang tak puas hati dengan DWDAO ini. Tapi Alhamdulillah, sekarang terbukti sebenarnya Datuk Wira ini benar-benar seorang mentor usahawan yang sangat berjaya.

Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Bukan senang-senang nak dapat gelaran Datuk Wira tau, semuanya diiktiraf. Malah, Syarikat RichWorks international juga diiktiraf sebagai syarikat pemasaran No 1 di Asia.


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Terdetik nak menulis entri ini kerana baru-baru ini ada ternampak di Instagram Asyraf Khalid, Datuk K meluahkan sesuatu pada majlis sempena hari lahir beliau. Agak panjang juga ucapan Datuk K, tetapi amat terkejut sebab rupa-rupanya ada kaitan Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan Asyraf ni.

Tonton Video Instagram Asyraf Khalid Di Sini



“Perubahan Asyraf Adalah Kerana Azizan Osman” - Datuk K

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K jelas telah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ceritanya, Asyraf sebenarnya telah dibimbing oleh Datuk Wira sendiri dalam perniagaannya dalam tempoh 3 tahun sahaja, dilihat bukan sahaja perniagaan berubah, tetapi juga kehidupannya.

Menurut Asyraf, setelah bertemu dengan Mentornya iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, Asyraf telah memasang niat dan tekad untuk mengubah diri lebih berjaya. Beliau juga mempunyai matlamat jelas ingin berjaya kerana bapanya.


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya.

Datuk K juga bercerita bahawa dahulunya, Asyraf adalah budak nakal dan mengecewakan kerana selalu merasa diri sukar berjaya. Tetapi perubahan hidupnya jelas dilihat setelah bersama Datuk Wira dalam program bimbingan Titan RichWorks.

Biarpun telah ada perubahan dan kejayaan dalam hidup, Asyraf melihat bahawa perjalanannya masih jauh dan beliau perlu teruskan dengan lebih baik lagi. Namun, sangat bersyukur mendengar luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”

“Azizan Osman Mentor Terbaik Bukan Untuk Bisnes Semata” - Asyraf Khalid


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Menurut perkongsian video itu juga, bagi Asyraf, Datuk Wira adalah mentor terbaik yang bukan hanya membantu dari sudut bisnes semata-mata, tetapi secara holistik dimana ia turut membimbing berkaitan kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan yang Maha Esa.


Selain pengajaran yang menyeluruh tentang kehidupan, nilai-nilai juga diterapkan dalam kalangan titan RichWorks. Titan adalah kelas bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira secara keseluruhan bisnes usahawan Titan.


Beruntungnya jadi Titan, segala masalah dalaman dan luaran syarikat semuanya akan dibimbing oleh Datuk Wira. Boleh dikatakan Titan ini adalah mereka usahawan yang bakal jutawan dan multi jutawan.

Ahli titan juga tidak sendirian, rakan-rakan sesama sendiri sangat terbuka untuk berkongsi ilmu.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," - Asyraf


“Saya Cemburu Dan Kagum Dengan Azizan Osman” - Datuk K


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”

Ungkapan Datuk K ini benar-benar membuatkan kita semua terfikir, sebenarnya besar sangat jasa Datuk Wira sampaikan Datuk K yang merupakan ahli perniagaan berjaya sendiri merakamkan penghargaan kepada beliau.

Datuk K juga menasihatkan ramai usahawan diluar sana untuk terus menjaga sikap walaupun telah berjaya, jangan ego. Sebaiknya kita semua haruslah merendah diri dan saling bantu usahawan yang lain juga.

RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan Osman Komited Bantu Usahawan



Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Dengan pelbagai masalah yang dihadapi usahawan pada tahun 2022 ini, Richworks komited membantu para usahawan. Banyak kelas percuma diadakan untuk menaikkan semangat dan membimbing usahawan dalam kepimpinan dan pemasaran.

Sangat rugi jika dilepaskan begitu. Terbaharu, ada program Bina Bisnes Berjaya yang bakal diadakan Percuma. Dengar kata, ada jutawan usahawan richworks yang boleh kita saksikan sendiri nanti. Menariknya!

Semoga usahawan di Malaysia ini terus berjaya dan jangan putus asa. Mentor sangat penting untuk kita berjaya dengan lebih cepat dan mudah. Richworks yang bakal menjadi netflix buat usahawan pada tahun 2025 ini sentiasa memberi terbaik buat kita semua.

Maklumat lanjut, boleh layari www.richworks.com

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
1 comment on "Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com