SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH  - Tak susah dah kot nak samak atau sertu najis Mughallazah (najis berat) ! Bila SAFI dah keluarkan skrub mandian antibakteria yang boleh di guna pakai untuk sertu / samak. .Mummy sangat yakin dengan SAFI Sertu ni sebab produk ini telah mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dirumus dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi, dan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara. Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang dapat membantu untuk membasmi kuman.

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH



Kini umat Islam boleh #WashwashTanpaWasWas dengan mudah dan cepat bagi menunaikan ibadah agama 

Jenama penjagaan diri halal nombor 1 di Malaysia, Safi, tampil dengan solusi mudah dan pantas bagi umat Islam menjalankan proses menyucikan najis mughallazah dengan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Sertu ialah menyucikan diri daripada najis mughallazah (anjing dan khinzir serta terbitannya) yang terkena pada badan, pakaian, tempat ataupun permukaan. Ia dilakukan secara tujuh kali basuhan dengan air mutlak, dan salah satunya air bercampur tanah (sebaiknya pada basuhan pertama).

Berbeza dengan sertu, samak ialah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) untuk sebarang kegunaan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dapat memudahkan masyarakat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah, seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba.

Kaedah mudah sertu menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara panel penasihat Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dari IFFAH diketuai oleh Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan dianggotai Ketua Program, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Mahyeddin bin Mohd Salleh dan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Nasir bin Abd Majid.

Kesemua produk Safi dibangunkan melalui kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik berdedikasi di Safi Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan produk Halal berkualiti tinggi, mengikut piawaian kualiti global.

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


CARA PAKAI SAFI ANTIBAKTERIA UNTUK SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


Mudah gunakan SAFI sertu berbanding sertu / samak cara tradisional.

Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria :
i. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut

ii. Basuhan pertama adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh.

iii. Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.


Compact package . Nak bawa ke mana-mana pun senang. Tak kiralah nak bawa berjalan dalam Malaysia. Ataupun nak bawa ke naik flight bercuti di luar negara
Memang mudah !

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300 gram. Masyarakat Islam yang ingin melakukan proses sertu kini boleh #WashwashTanpaWasWas dengan mendapatkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di pasar raya dan pasar raya besar atau secara atas talian melalui Shopee pada harga RM 15.90 sahaja.


2 comments on "SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com