4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan

4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan - Teringat sebelum kami bercuti di Ipoh Perak, singgah makan McDonald's di KLIA Sepang. Pepahamlahkan, McDonald’s di KLIA tu sentiasa ramai orang. Jadi, bila kami dah dapatkan meja dan tempat untuk kami 3 keluarga. Takkan nak bangun pula. Risau tempat duduk atau kerusi di ambil orang . Mujur boleh order McDonald's dari meja menggunakan telefon bimbit sahaja. Order di meja tu baru satu (1) ciri yang dapat memudahkan pelanggan dari aplikasi McDonald's tau !

4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

Sebenarnya, ada 4 Ciri Order & Collect McDonald’s memudahkan Pelanggan. Antaranya :-

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu susah payah beratur di restoran. Hanya membuat pesanan melalui telefon bimbit kemudian terus ke kaunter mengambil pesanan di kaunter.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


2. Makan di Restoran (Dine-in)

Yang ni, seperti keadaan kami makan di McDonald's KLIA. Duduk di meja, dan terus boleh membuat pesanan di meja melalui telefon bimbit. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja di restoran.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pandu lalu ini pula, bukan pandu lalu secara beratur. Tak perlu beratur pun. Buat pesanan awal di aplikasi McDonald's dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

4. Pandu-Masuk (Drive-In)

Yang ini pula, ciri terbaharu juga, hanya meletakkan kereta di tempat letak yang disediakan. Buat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


Mummy sangat sukakan ciri terbaharu McDonald's ni. McDonalds's sangat memahami kehendak pelanggan mereka. Kerana cirinya, dapat menjimatkan masa kita. Masa itu emas, bukan ! 

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan



“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Sistem ini tak kiralah kita nak makan di restoran ataupun bawa pulang. Semua dapat menjimatkan masa pelanggan ketika ingin memesan hidangan McDonald’s kegemaran.

Hanya dengan mudah hanya dengan satu klik. Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

Ciri Order & Collect McDonald’s pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Tetapi, Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini. Hebat,kan McDonald's Malaysia?

Manakala aplikasi McDonald's pula telah dilancarkan pada April 2018, menjadikan salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. 

Jangan lupa ye, mulai sekarang hingga 6 Mac, semua pelanggan McDonald's boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. 

Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store.


2 comments on "4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com