McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor

McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Malaysia - Alhamdulillah baru-baru ini, bertempat di McDonald's Banting selesai Majlis pembayaran zakat perniagaan McDonald's untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor

McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor


McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor


McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor


Majlis ini, turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir.

Penyerahan bayaran zakat oleh McDonald’s Malaysia ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, Encik Azhar Darbi, mewakili McDonald’s Malaysia yang menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Encik Mohd Sabirin  bin Mohd Sarbini.  Zakat ini akan diedarkan kepada golongan asnaf di Selangor.


Untuk pengetahuan semua. McDonald’s Malaysia merupakan antara pembayar zakat tertinggi bagi negeri Selangor tau 

McDonald's Malaysia Membayar Zakat RM600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor

Agenda lain pula, McDonald’s juga turut menyumbang bantuan sumbangan wakalah kepada 50 keluarga terpilih yang terjejas banjir di sekitar Banting dan Kuala Langat. 

Alhamdulillah… tahniah McDonald's kerana menunaikan tanggungjawab.

Selanjutnya tentang McDonald's Malaysia boleh layari ke : www.mcdonalds.com.my



Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com